Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Saturday, March 27, 2010

kesilapan dan penyesalan..................

…PERLU KE PENYESALAN.


Dlm kehidupan yg serba moden zaman ini pasti kita tidak lari dr membuat kesilapan dan kesalahan. Kadang kala kita tahu itu satu kesalahan tp tetap kita lakukan juga. Kenapa ?? pasti semuanya kerana nafsu dan ke hendak hati yg tidak mampu kita halang. Masa itu yg masam pun kita rasa manis, yg pahit pun terasa seperti madu, yg hitam kelihatan putih bersinar dan yg suram kelihatan tenang dan suci………kita tidak mampu menghalang diri dr membuat kesilapan tp kita mampu utk mengawal bukan..kerana kita ada akal fikiran

Sesetengah org patut rasa bersyukur kerana di beri byk keistimewaan dr yg maha esa, dan kadang2 kala kita alpa dan lupa utk bersyukur dan segala pemberian… kita lalai dan lupa apa itu erti perikemanusian….kita lupa siapa diri kita yg dulu, dan kita buat2 lupa siapa yg di samping kita saat kita tiada apa2…………


Ya kita perlu menyesali segala perbuatan kita andai ianya adalah satu kesilapan. Tp utk apa hanya menyesali dan utk apa meratapi kekesalan itu…apa yg kita dapat??? Pasti jawapan nya tiada apa2….yg timbul adalah kekesalan, tangisan dan keluhan..yg mana akan membawa kemudaratan kepada kesihatan, kerjaya dan kehidupan seharian…jad berbaloi ke hanya dgn meratapi kekesalan dlm diri???………..apa yg sudah kita lakukan dulu, tidak mampu kita ubah dan kita tidak dapat kembali kepada sedia kala….sesuatu yg mustahil utk kita lakukan…..jadi apa yg perlu adalah bangkit semula utk meneruskan kehidupan yg masih ada…………bina keyakinan diri dan pandang kehadapan…….hidup ini mmg penuh dgn tangisan, kekejaman, pengkhianatan, dan mcm2 lg..tp kita juga tak boleh lupa bahawa dlm kehidupan ini juga adanya senyuman, ketenangan, keabadian, kasih sayang, keikhlasan, kejujuran dan pelbagai lg yg indah2…..jadi bawa diri menuju jalan yg lbh indah andai jalan sebelum ini yg kita lalui terlalu berliku dan berlumpur….cari jalan pulang dan menuju ke jalan yg lbh bercahaya………………..allah kurniakan kita akal fikiran , fizikal yg sempurna jadi gunakan………….


Bukan mudah utk bangun semula apabila kita jatuh tersungkur. Ya bukan mudah, dan tidak mudah…………tp klu kita tidak cuba bagaimana utk kita hadapi semuanya….mmg tidak semudah kata2 utk lakukan semuanya, tp gunakan la akal fikiran utk bantu bangkit semula..kerana akal fikiran akan menceritakan segala2nya berkaitan apa yg perlu dan kesan atas segala tindakan yg akan kita ambil….jgn berkawan dgn emosi , emosi musuh utama bila kita jatuh tersungkur…..jgn biar emosi membuat keputusan , cari dan berkawan dgn akal fikiran………………..emosi tu musah kita, dan akal fikiran teman paling sejati dlm diri….utk berkawan dgn akal fikiran perkara paling utama buang emosi jauh2 dan campak keluar dr lubuk hati……………..dan saat itu yakin la akal fikiran akan membantu kita dgn ikhlas dan jujur.

Penyesalan hanya la jalan menuju kehancuran.. yakin la diri kita masih ada ruang dan peluang utk kembali….kebahagian itu bukan dtg dgn sendiri tp kita yg cari….kebahagian, rezeki tidak datang bergolek2 dgn sendirinya…..jadi cari dan kejar....


Ya payah dan sukar….tp apa yg boleh kita buat saat ini adalah perbaiki diri, cari jalan pulang dan bina keyakinan…………….hidup berdendam adalah satu kesalahan, tp andai kita calitkan sedikit rasa dendam itu dlm diri yakin la ianya adalah penawar utk kita bangun dan bangkit….dan bila kita sudah berdiri semua dgn keyakinan yg lbh utuh,  percaya la rasa dendam yg penah kita calitkan sedikit dlm diri tu akan hilang dgn sendirinya…………..tp jgn sampai pula rasa dendam itu memakan diri kembali…………….berpada dalam segala segi adalah jalan terbaik utk meneruskan kehidupan…



Tiada siapa yg mencari kegagalan dan kekecewaan dlm hidup….tp andai itu yg kita terima dlm kehidupan ini, yakin la pasti di sebalik kegagalan dan kekecewaan itu tersembunyi satu nikmat yg tidak kita sedari…tetapi andai kita bersabar dan yakin pasti apa yg tersembunyi itu akan terbit dan muncul dlm kehidupan kita…dan saat itu pasti tangisan kegembiran dan kesyukuran yg tinggi akan kita rasai…………..jadi beri peluang pada diri sendiri utk membina semula keyakinan yg telah hilang, dan berusaha utk membina tembok kesabaran setabah yg mungkin utk menerbitkan apa yg tersembunyi di balik kegagalan itu…………..



Hidup ini hanya sementara jadi rugi la kiranya kita bersedih dan meratapi kegagalan itu dlm kehidupan kita bertahun2 lamanya….betul bukan mudah…tapi fikirkan la mana yg terbaik itu diri sendiri……………..gagal , jatuh, tersungkur itu kehidupan dunia, jadi hadapi dan cuba tanganinya dgn fikiran yg waras dan positif…………………







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails