Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Sunday, May 30, 2010

serba serbi NEGETIF

hati rasa berdebar2 dah setengah jam, dgn tiba2...............tak tau kenapa...sgt2 berdebar2..apakah pertandanya....harap2 satu petanda yg baik2 sahaja utk kehidupan ini.........

tak cukup masa utk diri sendiri akhir2 ini..kerap berfikir yg tidak positif juga....ada feeling prajudis dgn tiba2....kurang selera makan...kenapa semuanya aura negetif...........dan sekarang hati masih berdebar2......

berfikiran negetif kerana semua unsur2 negetif di hidangkan depan mata serta di tadahkan utk halwa telinga..mcm mana tidak feeling negerif.............ada unsur berat sebelah di rasai dlm perbincangan yg berlaku....jadi segalanya menjadi negetif kini dlm fikiran dan emosi hati...

rasa prejudis, sukar di nyatakan..................tp itu yg di rasakan kini

kurang selera makan dah masuk 2 minggu....lalu mengakibatkan pembaziran.....beli A, kemudian makan sesuap rasa menolak A, masih terasa nak makan, tp tak tahu nak makan apa, lalu beli B pulak...makan dua suap, tekak dan emosi menolak pulak B...kemudian naluri ingin membeli C pulak...dapat C dah rasa aura penolakan itu, makan sesuap terus menolak utk suapan yg seterusnya......................ini la yg aku lalui dlm tempoh 2 minggu ini..............kenapa?? dan mengapa???? tak pasti dan tak tahu.......................stressssssssssssssssssssssssss..NANDOS yg sgt2 aku gemari pun aku tolak dr memasuki rongga rasa.............................

ya allah beri aku sedikit ketenangan dan kebaikkan utk diri ini ya allah.........................teras kusut dan kurang keyakinan diri beberapa hari ini.............................

Wednesday, May 26, 2010

aku pentingkan diri sendiri

aku sgt2 rasa marah tp tak dapat nak di luahkan...dan tak ada siapa yg akan paham apa yg aku lalui...kenapalah aku mudah sgt naik marah, akhir2 ini.........panas baran melampau2 , setiap kali cuba kawal tp tak mampu..keadaan terlalu memaksa dan mendesak...tak tahu kat mana silap, tp aku akan pastikan keputusan yg aku akan ambil, tidak akan aku ambil kisah ttg org2 sekeliling aku walau seorang pun....keputusan yg akan aku ambil ni hanya la utk diri aku sendiri...............aku dah tak mampu utk terus bergini.........aku akan jadi manusia yg pentingkan diri sendiri mulai hari ini................

aku tidak akan peduli sesiapa pun lepas ni, keputusan aku adalah demi diri aku sendiri.......ye aku buat keputusan berdasarkan emosi, tp aku nekad dan terlalu yakin dgn keputusan aku ni

Thursday, May 20, 2010

piala thomas


Piala Thomas


Ini memandangkan sudah terlalu lama rasanya piala itu terlepas dari tangan Pasukan Malaysia yang mana kali terakhir memenanginya ialah pada tahun 1992 juga ketika itu kebetulan Malaysia menjadi tuan rumah..kali ini terlepas lg............







Malaysia kalah lagi………..kalah , kalah dan kalah..ramai yg kata skuad Malaysia tidak bersungguh2, kalah dgn rela…..sebagai peminat piala Thomas, aku sgt2 nantikan sukan ini...2thn sekali kan…tp apakan daya, skuad china mmg terlalu ulung utk di tandingi…

Kita terlalu meletakkan harapan kepada chong wei, dan mengharapkan mata pertama dr chong wei, dan berharap mata pertama itu mampu menaikkan semangat pemain ke dua, ketiga dan seterusnya….tp kita sedar atau tidak usia chong wei???…….pada aku, datuk lee chong wei pemain terbaik Malaysia tetapi fikir pulak factor usia……..pada aku dalam usia chong wei kini, dia sudah tidak mampu menjadi pemangkin utama skuad badminton….kita perlukan pelapis utk hari ini…

tp apa yg kita nampak badan kesukanan Malaysia seakan tidak berusaha mencari pelapis terbaru skuad badminton….saban kali adanya pertandingan, pasti chong wei yg mengalas beban di bahu…..pada permain lain pulak, kemampuan mereka sekejap ada sekejap tidak….langsung tidak konsistan, mcm biskut..klu menang di anggap magic, klu kalah mmg dah si jangka awal2…jadi kenapa perlu senarikan nama permain yg sama utk kali ini….bagi permain baru kekalahan kali ini,adalah ilmu buat mereka…tp buat permain lama, kita dah tahu dari factor usia mereka jelas itu salah satu kelemahannya..jadi dlm tempoh 4 tahun yg lalu atau 2 tahun yg lalu kenapa tiada langsung pencarian bakat baru, kemudian semai ilmu2 pertandingan kepada mereka , beri pengalaman yg berguna, dan kemudian menjadi skuad piala Thomas di masa hadapan….ini tidak tiap kali pun senarai pemain adalah org yg sama………..dari segi kemampuan dah jelas kelihatan barisan skuad kita kali ini mmg tidak cukup gagah utk menghadapi skuad yg bertaring seperti Indonesia dan china….

Jadi bila kita akan ada skuad pelapis??? Jika di televisyen sibuk adanya program reality menyanyila, belakon la, cari jodoh la dan entah apa2 lg tu..tak salah bukan adakan pulak program reality mencari skuad pelapis badminton negara……..

Tiap kali tertewas, seakan merelakan di tewaskan….di kampung halaman sendiri, bayangkan………jika beraksi di tempat org pulak, factor sokongan yg kurang di jadikan isu kekalahan..tp kali ini dengar2nya rakyat Malaysia agak memenuhi ruang memberi sokongan tp tertewas juga…..adakah kali ini ingin membuat kenyataan jeritan penyokong Malaysia kurang kuat membuatkan skuad badminton kurang bersemangat?????? Jgn cari alasan kenapa kalah, tp cari sbb mengapa kalah……..setiap kali kita menanti sesuatu yg baik dr skuad badminton, tp kali ini kita sebagai peminat di hadihakan sesuatu yg mmg sudah kita jangka……….

Menang kalah adat bertanding, tetapi kalah dgn bermaruah akan lebih di hargai  berbanding seakan menyerah utk di kalahkan……….

aku tak tgk pun piala thomas kali ni, sbb sibuk gan kerjaya, tp ramai yg merungut skuad malaysia bukan di kalahkan dan menyerah kalah............... 




piala uber....................yg ni baik jgn komen, karang melalut smpi 30000 patah perkataan nnt.........

liya oh liya.....bangau oh bangau







Beberapa hari ni aku sedar ttg sesuatu perkara, beberapa hari ni aku agak sukar utk melelapkan mata, kadang2 tu smpi jam 2 pun aku tak dapat lelapkan mata lg….padahal mata dan badan dah terlalu letih utk terus berjaga………

Dan aku cuba cari pelbagai cara utk lelapkan mata dengan membaca, berinternet, dan mcm2 lagi…tp semuanya gagal……..tapi entah mengapa aku mula sedar yg andai aku mengalami situasi bergini, hanya dgn menyanyikan sebuah lagu utk aku, 15 kemudian ianya mampu utk melelapkan mata ini……….dan akhirnya aku mula sedar bahawa sebenarnya sebelum ini jika aku ada org nyanyikan aku lagu ni, pasti aku akan terlena……..pelik tp benar, ini yg aku alami sejak akhir2 ini, cuma aku tidak sedari……….dan bila aku mula sedari , baru aku tahu betapa susahnya hendak meminta org nyanyikan lagu ni saat mata tidak mampu terlena…….malu dan segan utk yg utama….tp nampaknya ada beberapa kawan yg agak memahami dan sudi mendodoikan aku dgn lagu yg entah apa2 ni……………………

Lawak sungguh, tp kenapa la mata ni mengada2 kan………..aku tak mampu utk mengawalnya………….pasti pada mereka yg sedang membaca ni, tertanya2 apakah lagu yg boleh membuatkan aku terlena dgn mudahnya…………..


















Mungkin aku agak tertekan dgn kehidupan kerja aku akhir2 ini, membuatkan fungsi badan aku berubah sama sekali……tapi tak kurang juga ,ada yg kata, sebenar2nya aku ni manja orgnya cuma kegarangan aku membuatkan org tak sedar aku sebenarnya seakan anak kecil, dan bila keadaan mendesak, ini lah yg berlaku……mengada2 dan mengada2…..entah la tak pasti……










 dan lagu yg dodoi yg mampu buat aku terlena adalah :










































Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus,
Mcm mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Mcm mana aku nak timbul
Rumput panjang sgt
Rumput panjang sgt

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang
Mcm mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Mcm mana nak makan rumput
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Mcm mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Mcm mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Mcm mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Mcm mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Mcm mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Mcm mana aku tak makan
Mmg makan aku
Mmg makan aku













Cukup sekadar serangkap dah mampu nak mengstim dan melenakan aku yg sedang dalam kesukaran melelapkan mata……………….klu dgr mcm merepek kan, tp hakikatnya itu yg berlaku…..tak tahu kenapa

Mujurlah akhir2 ni ada yg sudi menyanyikannya, tp sampai bila ye…

Aku kena settingkan semula fungsi badan aku yang semakin mengada2 ni, utk kesenangan masa hadapan…………apalah aku ni kan.....entah apa2

Malam td dapat lenakan diri dlm kul 2am selepas ada org nyanyikan lagu bangau oh bangau pada aku full series bukan rangkap2 ………………







Sgt2 merepek kan…………..tp itulah kebenaranya





Tapi kenapa mesti lagu bangau oh bangau ye……………aku pun tiada jawapan pada benda merepek ini………….

Wednesday, May 19, 2010

ilham imaginasi - hati menangis siapa tahu



KAU yang merubah segalanya.Kau sebenarnya yang mencuri hati hati ini Aku yang masih meratapi kehancuran cinta lalu yang tidak kesampaian. Apakah aku yang terburu-buru cuba melupakan peristiwa lalu atau mungkin aku mengharapkan cinta lalu.Gelora jiwa silam tak mudah terpadam, gelora kasih tak mungkin terluput kerana hatiku masih merantau jauh menjejaki dirimu dalam bayangan. Ku susuri jalanmu walau ranjau berliku, deraian airmata gugur dalam sujudku. Rindu mencengkam jiwa sebak dada tiada tertahan, hanya pada mu tuhan kuserah diri ini pohon cinta mu sesuci hakiki.Aku dikejutkan bersama ombak cinta luka. Perpisahan yang melanda hanya kerana peristiwa itu. Kiranya takdir mengizinkan ingin aku kembali pada mu.Usah la aku disalahkan terjadinya perpisahan ini kerana itu adalah suratan takdir. Tak ingin aku jatuh cinta lagi tapi takdir yang menentukan.


Benar kata pepatah, cinta itu buta. Perasaaan mencintai dan ingin dicintai tersemat dilubuk sanubari setiap insan yang bernafas di muka bumi ini. Zaman kanak-kanak Ria sering berkata ‘bodoh’ pada mereka yang hilang semangat, saat cinta mereka pada seseorang yang telah pergi sedangkan lelaki itu terbukti memberi cinta tanpa kejujuran dan keikhlasan. Namun kini perkataan ‘bodoh’ itu terpalit pada dirinya sendiri. Barulah dia mengerti dan memahami apa itu cinta dan mengapa ia menjadi buta di mata setiap pencinta.


“Ria oii, ko buat apa” lamunan dia terhenti dek segahan yang tiba-tiba dengan daun pintu bilik yang terkuak menampakkan isi perut dibalik pintu yang tertutup rapat sebelum itu.Pantas jari Ria mengesat baki titisan air mata yang melusuri pipinya. Hati kecil Ria mengomel geram, Si Zara ini kalau masuk main melulu aja,bukan tau nak ketuk ke atau beri salam selalu sangat macam ni. Pintu tu pun kalau ada nyawa rasanaya dah lama menanggung sakit jantung berlubang di buat ko.


“Emm, Zara kenapa?” jawap Ria dengan senyuman yang dibuat-buat walaupun perasaaan terkejut dan geram akibat tindakan Zara tadi masih bersisa di dalam diri. Sikap Zara yang keanak-anakan kadang kala membuatkanRia sedikit bosan takala emosinya tak menentu. Seperti hari ini tiba-tiba dia rasa kesunyian dan amat memerlukan perhatian dari seseorang yang amat diharapkan.


“Ko nak apa?”Tanya Ria sekali lagi dengan nada yang kasar.Tapi dia tahu Zara dah biasa dengan sikapnya yang sering angin pus pus.


“Aku lapar la, jom gi arked makan goring pisang, minum ABC.” Perasaan malas menjalar di dalam diri namun mudah aja Ria menuturkan kata


“Jom, 15 minit siap” Bergitulah mereka, Ria Aliya Hamdini Ahmad Azamudin dan Zara Zarina Muhammmad Amar sering ke mana sahaja bersama terutamanya ketika perut mereka menari tarian zapin atau keroncong. Lapar la tu namanya. Dan antara mereka sukar menyatakan ‘tidak’ jika salah seorang dari mereka meminta apa saja


“Ok, aku siap jap lagi aku datang” dentuman pintu bilik Ria berdentum sederhana kuat namun masih mampu membuatkan hati Ria sedikit berasap dengan tindakan Zara menutup pintu.Tapi apa boleh buat nak marah-marah dah tiga tahun setengah berkawan dan dia pun setia bertahan dengan sikap panas baran Ria yang sukar diramal dan dikawal seperti kata Auri Iskandar ‘Girl Bad Temper’ pada dirinya suatu masa dahulu.Senyuman kecil terukir dibibir Ria bila nama Auri Iskandar tercuit keluar dari memori yang tersimpan rapi dan terpatri dalam hatinya. Lelaki yang mengajar dia erti rindu dendam setelah hati sucinya tanpa pernah dihuni oleh mana-mana lelaki sehingga usia mencecah 20 tahun dilanggar dan dicuri lari oleh dia yang bernama Auri Iskandar. Lamunan Ria diragut rakus apabila si Zara muncul secara tiba-tiba di tingkap bilik sambil menjerit.


“oiiiiiiii, mak cik ko tak siap lagi kata 15 minit, berangan aja tak habis-habis” Walaupun kurang enak dengan sikap Zara tapi kerana menyedari kesilapannya yang mungkir janji Ria hanya tersenyum kambing dan sepantas kilat dia siap menyalin t-shirt hitam berkolar V dan sehelai jean EDWIN yang di terima sebagai ganjaran dari ayahnya kerana berjaya menjejak kaki ke universiti setelah cemerlang dalam peperikasaan SPM 1999.Inilah satu-satunya seluar jean yang paling mahal pernah dia miliki dengan harga RM 99.90 setelah tiga tahun ayahnya mula membina hidup baru setelah perniagaan yang diusahakan selama 19 tahun mengalami kegagalan. Ria sedar tahap kemampuan keluarganya kini tidak semewah dulu. Dengan sedikit bedak dia sapukan ke muka dan semburan perfume kegemarannya GURVEN BOURQUET aroma fantasy Ria pantas keluar mendapatkan Zara yang sedang menantu.

Setengsh jam menghabiskan masa minum petang di arked meranti Ria dan Zara melangkah pulang. Tiba-tiba wajah Ria yang ceria dan rancak berborak riang di samping Zara bertukar suram dengan sekelip mata apabila sebuah kereta honda putih bernumber plat BBB 8381 melintas laju dihadapannya. Hanya dia yang tahu mengapa dia mampu berubah dalam sekelip mata petang itu. Mungkin Zara bosan dengan anginnya yang sering bertukar-tukar sejak-sejak akhir ini. Tapi itu Ria langsung tak ambil peduli dan tak mungkin dia berkongsi cerita denagn Zara walaupun Zara tahu serba sedikit kisah-kisah silamnya bersama Auri Iskandar. Mengapa Ria tak mahu berkongsi semua cerita dengan Zara, biarlah hanya dia yang mengetahuinya. Selagi ada cinta di hati, selagi ada rindu yang membara, selagi ada airmata yang mengalir, kau tetap dihati, cinta mu tetap di sanubari walaupun semuanya telah jauh pergi.


Seperti pelajar-pelajar lain jadual harian Ria sentiasa padat dengan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ulangkaji pelajar untuk menghadapi kuiz, ujian dan peperikasaan akhir.Itulah rutin harian semua mahasiswa yang asyik memburu kejayaan. Tapi bukan buru menggunakan senapang, pisau ataupun panah tetapi memburu dengan menggunakan otak kurniaan ilahi yang dianugerahkan sedikit kecerdikan oleh yang Esa. Ria bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan yang singkat ini untuk melalui dan merasai menjadi seorang yang bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia Skudai.


Selepas siap mandi dan solat maghrib Ria dan Zara makan malam dan tepat jam 9 mereka telah pun berada di atas kerusi di bilik masing-masing untuk menyiapkan tugasan Penilaian Statut. Semakin rancak lagu Jendela Hati nyanyian Erra Fazira yang berkumandang di Radio Era semakin rancak jari jemari runcing Ria menari mengikut arahannya di keyboard dan sepasang mata yang cantik ‘perasan’ melekap pandang di skrin computer untuk memastikan ayat yang di taip betul ejaanya.


Tit tit tit tit


bunyi pesanan ringkas SMS dari telefon bimbit Samsung memberhentikan jari jemarinya dari terus menari di papan keyboard. Pantas dia menekan butang yang sewajibnya untuk melihat siapa yang menghantar dan sekaligus membaca pesanan tersebut. Tapi hatinya mengharap ia dari orang yang di nanti-nanti.Mengapalah dia harus mengharap pada orang yang dah dia buang. Kadang-kadang dia pelik dengan dirinya sendiri.Tiba-tiba lemah seluruh anggota badan apabila nombor yang tertera di skrin.



017-4554528
AURI ISKANDAR
Apabila kotak pesanan SMS dibuka ……………….



Aloo…hai Ria how are you? apa mcm sekarang ok ke?lama tak dengar khabar.



Itulah pesanan yang tercatat. Harapannya menjadi kenyataan setelah sebulan perpisahan dan hubungan mereka setelah itu tengelam timbul. Antara hendak tak hendak untuk membalas akhirnya dia membiarkan menanti tanpa sebarang balasan SMS dari nya malam itu. Betapa dia mengharapkan Iskandar mengirimkan SMS pada dirinya selama ini tapi bila ia tertunai mengapa dia enggan membalasnya pula.


Selalu sikap Ria begini terlalu tinggi ego kewanitaannya mungkin. Ria tak mengeri dengan dirinya sendiri. Terlalu ego kah dia pada diri sendiri. Malam yang suram itu tugasan penilaian statut tertangguh apabila seluruh urat sendi nya lemah dan tak mampu untuk digerakkan. Sukar untuk digambarkan bertapa susahnya membawa diri yang kecewa kerana cinta. Mungkin pada siapa yang pernah melalui dapat merasai apa yang dialmai Ria kini.Terpadam nyalaan asmara yang pernah suatu masa dulu hangat membara. Satu ikatan percintaaan terputus jua diuji masa dan waktu. Kini berlalu langsung pudar dari jiwa. Bila mengenangkan airmata mengalir berjujuran menjadi teman setia kedukaan.

Akhirnya kakinya lemah melangkah ke katil dan tanpa arahan dari pengarah hebat seperti Datuk Yusof Haslam atau Aziz M Osman kotak fikiran Ria ligat berputar seolah-oleh dipasang VCD yang memaparkan kisah silam seorang gadis yang kecewa kerana cinta.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung

Tuesday, May 18, 2010

Politik politik politik politik




Tak tahu kenapa sejak menjadi org dewasa ni  ( bukan remaja lg ) dah terasa mcm bosan dan tak suka dgr cerita ttg politik……..kadang2 rasa cerita politik tu dah mcm cerita dunia artis….mcm tgk melodi tu….paparan kisah artis yg entah apa2, termasuk lah rancangan terjah, yg pada aku satu rancangan yg mmg di tahap bawah sekali input2 dlm intipati rancangan tu….so bergitu juga la penerimaan aku terhadap isu2 politik ni…………kumpulan A ckp kumpulan B, kumpulan C ckp kumpulan A, kumpulan D ckp kumpulan B…dah mcm main gumpat2 pulak, sedangkan isu rakyat kurang pulak di mainkan, melainkan adanya pilihanraya atau pilihan raya kecil………

Apa yg aku nampak hari ini, dunia politik adalah satu dunia kekuasaan…..setiap org mengejar kekuasaan yg ada dlm dunia politik itu……..perbalahan puak2 dlm dunia politik bukan kerana isu rakyat tetapi lebih kepada isu peribadi….

Di warung2 kopi , jgn ckp la, siap buka table utk bincangkan isu politik…dari secawan kopi, tambah cawan yg ke 2, adakala smpi tambahan cawan menjadi yg ke 5………apa yg mereka dapat, dan siapa yg beruntung dr kejadian2 seperti itu……….kita fikirkan bersama


bosan itu yg berlegar2 di ruang akal fikiran aku buat masa ini bila berbicara ttg politik...

Pemikiran manusia yg di belenggu kepolitikan dlm akal fikiran sudah menjadikan manusia tu seakan tidak berakal dan berilmu pada pandangan aku………sebagai contoh , untuk mereka2 yg mengenali aku pasti mereka cukup sedar yg aku seorang yg suka berfesyen, masa di awal usia remaja dulu lg la, sekarang ni bila dah sedar usia tu dah semakin meningkat aku kurangkan sikap suka berfesyen tu mengikut keadaan….fesyen hak individu...setuju???

ada sekali tu aku pergi ke satu kawasan yg agak bukan kebandaran , bila mereka lihat saja aku, terdengar kata2 yg agak kurang bijak pada pandangan aku, klu dalam bahasa kasarnya kata2 org bodoh……………. ( tgk tu, gaya berpakaian dah tau,  org umno la tu) itu antara intipati percakapan mereka yg kedengaran……….bila aku dengar bergitu , aku terasa apa kaitan pakaian aku dgn umno…………tak ke kata2 tu lahir dr akal fikiran org bodoh………..dunia fesyen hak masing2 bukan ada kaitan dgn dunia kepolitikan….pakaian tak melambangkan dunia politik………buka minda dan cerdikkan akal fikiran………jangan jadi manusia yg bodoh kerana politik……..aku benci andai tingkah laku aku di kaitan kan dgn dunia politik………….aku rasa aku tak sebodoh org yg bercakap tu………jadi jgn tunjuk hebat pada cara yg salah…..


dan kenapa umno hendak di persalahkan kerana fesyen yg aku ketengahkan…….apa kaitan umno dgn aku………..dan utk org2 yg berfikiran agak kolot dan tidak cerdik, keluarga aku bukan lah satu keluarga yg taksub dengan dunia politik, masing2 bebas memangkah mana2 parti yg di rasanya menjadi pilihan……….oleh itu jgn kaitkan dunia fesyen aku dgn dunia politik…………..sbb klu nak ckp pasal cara aku berpakaian melambangkan aku anak didikan org umno……….apakah hebat sgt cara berpakaian anak2 org bukan umno……….

Dan kamu semua tahu ke, aku dr parti politik mana sebenarnya?? dan andai aku bukan dr puak umno, adakah cara aku berfesyen itu akan di sanjung dan di puja kerana parti politik yg aku sertai adalah sealiran dgn si pengkritik................kenapa bergitu bodoh org yg mengatakan cara aku berpakaian melambangkan aku dr parti mana....dan kenapa tanpa sbb dan alasan yg kukuh, umno di kaitan dgn fesyen aku.....

Fesyen, gaya dan tingkah laku adalah ciptaan diri sendiri tidak di pengaruhi  oleh mana2 parti………ia hak individu dan tidak melambangkan parti politik yg di ikuti.........kerana tempat yg aku pergi tu agak bukan kebandaran, boleh ke aku katakan org2 di sana agak kekampungan, kekolotan dan kejakunan kerana melihat cara berpakaian aku...................

Negeri yg bukan di perintah oleh org umno, berlambak kisah dan cerita haruan makan anak………..jadi ini di panggil apa pulak???

Kawan2 aku ramai yg kaki club, dan apa yg aku tahu mereka ni bukan dr puak umno?? Jadi mereka ni org dr parti mana?? Tolong jelas kan?? dan sbb mereka bukan parti umno dan mereka kaki club so tingkah laku mereka di anggap betul sbb mereka sealiran dgn org2 bodah mcm kamu yg mengeluarkan kenyataan bodoh tu...................

maka jgn lah jadi manusia yg agak tidak cerdik di sebabkan kebodohan berpolitik……….dalam dunia hari ini segala berbuatan akan di kaitankan dgn kepolitikan……sampaikan nak masuk masjid pun kena tau dr puak mana, klu bukan dr puak yg tak sama, maka faham2 saja la kesannya……

bosan sungguh dan sgt menyempahnya dunia politik hari ini…….heloooooo manusia yg taksub dgn politik, bgn la oiiiiii, dunia ni bukan dunia politik saja, ada byk lg yg indah2 selain politik tu

buka berita kat tv, radio, internet dan segala sumber la, kisah apa?? Politik, politik, politik, politik…….wei aku bayar bulan2 broadband bukan utk lihat paparan kisah politik oiiii……….aku bayar bil elektrik tinggi2 tiap bulan bukan utk tgk news yg boleh di kategorikan sampah...............

Apa beza dunia politik gan dunia artis hari ini???? Anda fikirkan bersama………….

kan dah emo aku ni..................huhuhuhuhu 
klu dah buta dgn ilmu fesyen tu, aku tak tau la entah buta apa lg.....................sekolah sampai tingkat 20 tp akal fikiran mcm org tak sekolah..................

 wei ini ke generasi 1 malaysia kita hari ini..................

Sunday, May 16, 2010

dia teman, abg dan kawan




ini bukan jatuh cinta.........satu rasa yg datang dengan tiba2., tp bagaimana andai rasa cinta itu singgah pada orang yang salah.....bagaimana perlu kita hadapinya.........

wajarkah kita jatuh cinta pada suami org?
wajarkah kita jatuh cinta pada tunang org?
wajarkah kita jatuh cinta pada kekasih org?
wajarkah kita jatuh cinta pada sepupu sendiri?
wajarkah kita jatuh cinta pada kekasih kawan baik sendiri?

jawapan yg paling tepat adalah SEBAIK-BAIKNYA DIELAKKAN..........tapi rasa cinta tu datang sendiri, bukan di undang atau di jemput secara terhormat...bagaimana?


jika kita rasa selesa, rasa bahagia, rasa selamat dan rasa di sayangi, itu rasa cinta ke??? atau itu hanya satu rasa kasih sayang dan bukannya cinta yg pasti...

setuju ke andai aku kata kasih sayang itu bukan makna cinta..............jadi andai kita rasa selamat dan rasa di sayangi, pasti itu hanya curahan rasa kasih sayang sesama manusia dan bukannya cinta..........setuju?

bila jumpa rasa bahagia, bila berkata2 rasa selesa dan bila tidak ketemu tiada rasa apa2..............jadi wajarkah ini di katakan bukan cinta, tp curahan sebahagian dari makna kasih sayang cuma............

mungkin keadaan tidak membenarkan atau tiada kewajaran untuk melafazkan cinta membuatkan hanya curahan kasih sayang yg dapat di rasa..............kasih sayang dan cinta adalah dua perkara yg berbeza sama sekali.............kasih sayang utk mereka yg ingin merasainya dan tiada unsur memiliki, tetapi cinta utk memiliki dan merasai...........berbeza bukan?


lalu itu cuma rasa kasih sayang dan bukan cinta...........cuma kehadiranya agak istimewa...............

dia teman secara jujurnya, dia adalah abg hakikatnya dan dia juga adakala kawan yg adakala memahami serta membuatkan diri terasa di hargai.....

Friday, May 14, 2010

ilham imaginasi



NOVEL

HATI MENANGIS SIAPA TAHU

( catatan dunia imaginasi saat hati merintih pilu  )
by putri khyalan

















satu imaginasi yg tersimpan 3 tahun yang lalu, dan saat hati berbunga kembali ilham imaginasi terbang pergi...........namun masih berharap agar satu hari nnt imaginasi ini dapat di sempurnakan menjadi satu ingatan abadi buat diri sendiri......... sekadar satu imaginasi yg berilhamkan, bertemankan serta berperang dgn kesedihan......................akhirnya hari ini tercuit rasa menyelongkar kembali imaginasi masa lalu........tapi sayang saat ia terbuka, kesedihan masa lalu terasa singgah hinggap di sudut hati.........

Wednesday, May 12, 2010

hanya 1%

terasa mcm ada yg tak kena.......tp tak tau apa.....rasanya tahu tapi tak pasti...seminggu dua ni, hati selalu sgt rasa ragu2 dan sebak.......tanpa sbb dan alasan...........bila mula rasa tak mampu nak fahami kehendak diri sendiri, terasa betapa stress nya diri.................terasa inginkan sesuatu tp tak tau apa, terasa sebak dan sayu tapi tak pasti kenapa, terasa mcm2 tp tak tau utk apa........emosi yg berkecamuk, mungkin berpunca dr kesan menjelangnya jun ini.........byk yg berubah bermula jun, dr segi persekitaran, perhubungan dan keserasian.................


aku ambik masa yg panjang utk selesa dengan sesuatu persekitaran aku amik masa yg lama utk memulakan sesuatu perhubungan dan aku memerlukan kekuatan dan sikap toleransi yg agak tinggi  utk mencari keserasian........dan semua tu memberi sedikit tekanan kepada diri ini......terasa ingin lari dr melalui semua itu, tp tiada ruang yg terbuka utk ku berlari melepaskan diri...............aku ingat aku cukup kuat utk menyambut kedatangan bulan jun, tp nampaknya aku semakin tertekan dr hati ke hari............................bukan semudah yg org fikir, kerana aku cukup kenal dgn diri aku sendiri.........................


rasa sebak, susah hati, tak selesa, tidak bahagia adakah kerana mei berlalu terlalu pantas utk mengundang kehadiran bulan jun..........................mungkin ianya sedikit sebanyak berpunca dr semua itu...........


aku cukup tak pandai nak memaniskan muka andai situati itu bukan yg aku gemari................dan aku tak juga mampu menahan air mata yg mahu mengalir dr pada melimpah walaupun ianya berlaku di lokasi yg tidak sewajarnya................aku tak mampu menipu diri aku sendiri...........jadi bagaimana hendak aku lalui jun yg bakal menjelang ini................aku cukup sedar apa yg bakal berlaku jun ini, mmg la sesuatu yg sudah di jangka, tp mcm mana utk aku elakkannya kerana aku sudah pun terlewat hanya lah seminit cuma............dan kerana seminit itu la aku terlepas peluang utk melalui ruang yg wujud itu.........dan kini ternyata tiada langsung ruang utk aku lepasi............................

ya allah berikan la aku keajaiban dan aku yakin aku akan bersyukur dan menghargai peluang itu..........berilah aku sedikit ruang saja utk aku melepasi apa yg bakal aku lalui................sejujurnya aku langsung tidak cukup kuat utk menghadapi semua itu......................dan utk tersenyum dlm keadaan itu sepanjang hari, sepanjang minggu, mahupun sepanjang bulan adalah sesuatu yg sukar, andai utk mencari sesaat itu terlalu sukar utk diri aku, inikan pulak seminit, sejam, sehari, seminggu malah sebulan atau setahun.................

ya allah, peluang itu hanya akan wujud menjelang jumaat ini, dah aku sedar terlalu tipis, atau boleh di katakan di hujung tanduk...............aku tak berani meletak haraapan yg menggunung tinggi kerana aku yakin peluang itu hanya la 1%, dan sekarang ini aku terasa terlalu sesak dan ingin menangis sekuat2nya kerana aku tau peluang itu sukar utk aku gapai...........................andai ko mendengar ya allah, kasihani lah diri ini ya allah, tolonglah berikan peluang 1% itu kepada aku....kerana aku amat memerlukan nya...............jika peluang itu bukan utk aku seperti yg aku tahu , jika jawapanya negetif tak dapat aku gambarkan betapa kecewanya aku....kerana hanya itu peluang yg ada, jika terlepas mmg tak mampu dan tak tahu mcm mana hendak menghadapi jun yg bakal menjelang.................

aku seakan takut menjelang jumaat ini, kerana aku tahu peluang yg ada hanyalah 1% tp aku tetap mengharapkan sesuatu dr ruang sempit itu......................

Sunday, May 9, 2010

selamat hari IBU






selamat hari ibu, kepada ibu aku puan mastijah bt hj haron.............hubungan yg terbina terlalu indah utk di luahkan dgn kata2.........................kasih sayang di antara kami tidak di luahkan dgn kata2 tetapi lebih kepada perbuatan yg mampu di rasai............................DAN, yakinlah ibu sentiasa yg pertama di hati..........................




special lunch time with my beloved mom at sedap corner giant bukit indah..sponsor by nurul ain hamid




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

di sebelah malamnya celebration mother day at wakaf singgora taman universiti...........for my nenek yg merangkap ibu kepada ibu aku................puan fatimah bt dollah..............thank to my nenek coz berikan ibu yg agak sporting, sgt2 penyabar dan sgt2 mengalah kepada cucu mu ini.................


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita di sebalik tabir :

thank to my lovely cousin kelly yg menjadi co-pilot yg paling setia, tak de nak marah2 dan sabar je memanjang...................jadi pembuli bersiri bersama2 gan adik aku dlm kereta.............tak mampu aku nak buat apa, sbb sedang memandu...........so ada ubi ada kentang ok..........tak jumpa kentang , keladi pun jadi laaaaa...............
.
.
pertama kali bawa kereta dlm keadaan hujan.........so agak mencabar, dan yg lebih mencabar tak tau mcm mana nak function kan wiper keta............nasib baik my beloved cousin di sebelah, so tgn dia yg merayap dok function kan wiper....................
.
.
hari ini hari pemanduan yg paling lama dlm sejarah...............tp bila dah mencecah jam 10mlm, dah tak mampu nak mencabar diri sendiri, so kelly menjadi penganti di kerusi pemandu..............
.
.
salah jalan utk pulang semula ke skudai, atas sikap2 tak mau mendengar...................
.
.
mengodeh-godeh blackberry yg tak habis2 lagi dgn kerja2 mengodeh2nya................finally dapat gak transfer pic secara bluetooth ke device JARI HANTU setelah di cuba berpuluh2 kali........ini yg di namakan berkat kesabaran
.
.
dan yg paling utama di sebalik hari yg berbahagia ini adalah....



adalah....................


































































adalah..........................



















































































































ooooooooooooooooooooooooooohhhhh TIDAKKKKKKKKK DIET AKU HANCURRRRRRRRRRRRRR bersama-sama dgn siakap panggang, kangkung goreng belacan, kerabu seafood for lunch dan tidak ketinggalan 2 potong KEK bersama2 air yg manis2 belaka ...........siakap steam limau, telur bungkus, cap cai, tomyam chiang mai, tomyam campur, sate, otak-otak dan ayam masak merah for dinner time mmg habisssssssssssssss selamat masuk ke dalam perut yg sedang mengempis ini.....................................








SELAMAT HARI IBU KEPADA MEREKA2 YG BERGELAR IBU.............................................walaupun siapa kamu, dari mana asal mu, jika kamu bergelar IBU terima la ucapan ikhlas ini...............semoga ibu-ibu berbahagia, di panjangkan usia, di berikan kesihatan dan akan sentiasa tersenyum.................................utk IBU SAYA , kebahagian ini milik kamu dan anak2 akan pastikan ia kekal milikmu











PUTRI KHYALAN tersenyum bahagia kerana hari ini milik kita bersama.............................
 

Sunday, May 2, 2010

akhirnya...............

2 may 2010, akhirnya di beri kepercayaan dan memahami kehendak dlm diri..............terasa sgt2 di hargai dan berterima kasih............terlalu kecil apa yg aku dapat hari ini, tp terasa terlalu bahagia dan gembira sgt2..........aku perlukan lbh kepercayaan dan sokongan......................


semoga hari mendatang mendapat lebih kekuatan dan keyakinan
Related Posts with Thumbnails