Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Sunday, July 11, 2010

sekadar sebuah coretan biasa

lama tak berblogging..............bukan malas tp tiada mood menulis..

hari ni baru boleh mula bangun dr katil..klu tak terlantar berhari2....

nak berblogging tp tak de mood dan idea....tak ada kisah yg nak di sharing klu ada pun semua citer tak best....citer2 yg best tak ada lg...betul ke tak de??? atau aku yg tak tau bersyukur....................ermmm entah



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
fenomena dunia dah nak berakhir.....bola yg bulat itu dah smpi ke penghujung.............spain VS belanda...mana satu???????? bukan kita yg tentukan tp bola bulat itu............jika dia ingin bergolek di gawang belanda maka bersorak lak spain awal pg ni.............tp klu bola bulat itu ingin bergolek kegawang spain makanya bergema la sorakan jersy orange nnt......................so mlm ini penentunya, selepas itu tiada lg la MC yg memanjang di atas meja opis2 di malaysia ini....................

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sakit............citer pasal sakit...........ni la dia minah sakit ni sedang cuba menyehatkan diri dan berblogging............aku mmg la manusia yg tak tahan sakit............klu dlm keadaan sakit mmg la aku menangis....sbb aku mmg tak tahan sakit................dan org yg boleh tahan dgn sikap aku masa aku dlm kesakitan adalah ibu aku sorg...........time sakit mmg aku perlukan perhatian 100%.....adoiiiiiii susahkan nak jaga aku ni...................

seminggu sakit tp 3 hari  yg terlantar telah menyebabkan aku kehilangan 4kg........................woWWWWWW 4kg tu, tak perlu habiskan duit beribu2 utk turunkan berat badan................skrang ni terasa ramping sekejap............mmg tak de selera makan langsung...........nak makan tp tekak terasa pahit...........................

teringin nak minum air kelapa.........beli air kelapa
terasa nak makan jeruk, 3-4 paket jeruk di beli
terasa nak makan pelam muda, kak arey jolok 3 biji pelam muda kat depan umah dia...........
tp tak de pulak terasa nak makan nasi ke atau apa2 yg berat2..................

terasa syahdu lak bila my mum hari ini masakan semua makanan yg aku suka, demi membuka selera makan aku..................nak tak nak aku gagahkan juga diri utk makan.............

ikan masak asam pedas letak daun kesum
jering masak sambal kering
sambal tempoyak.........................

mmg 3 menu kat atas tu my fav.................................aku makan juga ckit tp semua rasa pahit

pastu teringin nak makan tembikai beli lak tembikai
teringin nak makan buah mata kucing beli lak, tp makannya tak byk mana pun.............................ni la perangai org sakitkan semua nak............tp bukan makan pun..........................

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya aku tahu kenapa aku sakit..........................aku terlalu byk fikir sampai aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya.............................


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Related Posts with Thumbnails