Sukar mengenali dan memahami si gadis. Betul ke sukar. Jawapannya YA, kerana manusia yg bernama wanita dan lelaki itu adalah 2 makhluk allah yang sangat berbeza dan memiliki keunikan tersendiri. Naluri dan sifat nya sukar di fahami antara satu sama lain. Jadi bagaimana untuk mengenali dan memahami manusia yg belawanan jenis ini????
.
.
.
.
Sy pun tiada jawapan yg kukuh, hanya la melalui penulisan ini, sy cuba terjemahkan apa yg si gadis perlukan dr si jejaka dlm perspektif yg sangat ringkas dan mudah di fahami. Ini bukan la satu ilmu yg sy perolehi dari sumber kajian khusus, tetapi kerana sy juga adalah wanita maka itu sy berani katakan apa yg di jelaskan di bawah ini, pasti akan di persetujui hampir 70% wanita di luar sana. Ianya hanya sekadar satu sumber pembacaan semata2.
.
.
.
.
Apa yg si gadis perlukan dari si jejaka ???? . .
.
.
.
.
Perhatian
Bukan bermakna si gadis itu perlu di pandang atau di lihat sentiasa. Ianya lebih kepada perbuatan seperti bertanya kaba, memberi ucapan, saling bekerjasama, saling mengingati ttg sesuatu pekara, dan sebagainya.
Perhatian yg di berikan akan memberikan satu impak dlm sesuatu perhubungan. Perhatian juga akan mendorong pergerakan graf sesuatu perhubungan itu ke atas atau kebawah.......adakah anda faham apa itu graf perhubungan??? Saya tidak fikir untuk menghuraikan nya dgn lbh jelas dan tepat.
Jadi anda semua fikir-fikir kan la. . .
.
.
.
.
Sentuhan
Nampak agak gedik / mentel / sengal / miang je statement tu kan..tapi itu la realitinya. Sentuhan bukan saja dr segi fizikal seperti berpegangan tgn dan sebagainya, ia juga boleh di tafsirkan seperti lontaran senyuman yg boleh menyentuh sanubari. Kata-kata juga mampu memberi satu kuasa sentuhan jiwa yg dpt mengatasi sentuhan fizikal. Jadi sentuhan itu menyeluruh, bukan sahaja fizikal, malah emosi dan rohani..
(berat betul permintaan si gadis ni ya) – faham ke????? . .
.
.
.
.
Tanda ingatan
Walau ke mana saja si jejaka berada, nama si gadis tetap dlm ingatan. Itulah yg di harapakan oleh si gadis.....Tanda ingatan tu perlu la melalui perbuatan dan ucapan. Contoh tanda ingatan melalui ucapan seperti menelefon, sms, email dan seangkatan dgn nya. Tanda ingatan melalui perbuatan seperti memberi sesuatu cenderahati dan sebagainya. . .
.
.
.
.
Sikap yang sedikit itu sedikit ini.
Si gadis tidak pernah impikan si jejaka yg sgt sempurna di depan mata. Ini realiti.. cukup sempurna di mata si gadis, andai sikap si jejaka itu sedikit garang, sedikit lemah lembut, sedikit gentleman, sedikit nakal, sedikit manja, sedikit sombong, sedikit eksen dan sedikit itu ini dlm segala segi, pada keadaan dan situasi yg sesuai..... . .
.
.
.
.
Pujukan
Ini yg sgt penting, apa yg si gadis perlukan dr si jejaka. Pujukan dan rayuan...chewahhh, mengada2nya si gadis ni ye......si gadis yg merajuk lama tu, bukan la tanda dia membenci / sakit hati pada si jejaka tetapi lebih kepada permintaan pujuk rayu yg di dambakan.
.
.
Situasi pujukan itu memberi ruang kepada si gadis utk bermanja dgn si jejaka. Bukan ke istilah manja tu cukup serasi gan si gadis. Dah la mengada2 ye, manja pulak tu..... Maunya tak pening si jejaki utk fahami. Tp itu la realitinya
,
,
Lelaki yg berhati kayu, biasanya hanya memandang ringan situasi pujuk rayu ni...kerana itu la biasanya apa yg di harapkan dlm sesuatu perhubungan tidak menjadi seperti yg di harapkan. . .
.
.
.
.
Bunga
Tersangat sinonim dengan si gadis. Satu-satunya pemberian yang sangat2 di harapkan dan di nanti2kan. . .
.
.
Sedondon
Ada masa, si gadis sangat ingin kelihatan sedondon dengan si jejaka. Bukan selalu tetapi ada ketika dan saatnya. Bila kah saat dan waktunya itu???? Tepuk dada dan tanya la diri. Pasti anda akan jumpa dgn jawapannya..
Sedondon itu melambangkan kemesraan dan keserasian. Itu yg selalunya si gadis fikirkan. . .
.
.
.
.
Sikap kebapaan.
Bagaimana sikap itu di nilai, pastinya melalui cara layanan dan perhatian yg di berikan oleh si jejaka. Di mana si gadis, akan di marah bila cuai, di kasihi setiap saat dan di beri galakan saat di perlukan Bila si gadis merasai dirinya di sayangi dan di layan seperti anak kecik, saat itu pasti si gadis sudah pun terpikat dan terpaut pada si jejaka. . .
.
.
.
.
Manja
Si gadis suka kan si jejaka yang tidak malu utk memperlihatkan sikap manja nya. Si gadis lbh kepada sikap manja yg mengada2, tp si jejaka lbh kepada sikap manja yg di pamerkan melalui senyuman dan tingkah laku.
Sweet nyeeeeeeeeee
.
.
Jadi jgn la malu pamerkan sikap manja itu, sbb si gadis suka melihat sikap manja anda itu. . .
.
.
.
.
Cemburu
Ni realiti, si gadis suka melihat si jejaka menyemburui dirinya. Jadi jejaka2 di luar sana, jgn la terlalu ego utk memperlihatkan tahap kecemburuan anda. Tapi ingat cemburu perlu la bertempat. Jadi pamerkan sikap cemburu anda, kerana ia kunci memikat hati si gadis.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
.
.
.Mungkin melalui coretan ini, ada beberapa ilmu yg sudah di serap masuk. Dan pastinya bukan itu saja permintaan si gadis pada si jejaka. Ada byk lagi yg sukar di huraikan dan di terjemahkan melalui penulisan. Tp dari apa yg di perkatakan di atas, pasti ianya boleh di jadikan gambaran utk anda mengenali gadis2 yg anda ingin kenali.
.
.
.
.
.Mungkin melalui coretan ini, ada beberapa ilmu yg sudah di serap masuk. Dan pastinya bukan itu saja permintaan si gadis pada si jejaka. Ada byk lagi yg sukar di huraikan dan di terjemahkan melalui penulisan. Tp dari apa yg di perkatakan di atas, pasti ianya boleh di jadikan gambaran utk anda mengenali gadis2 yg anda ingin kenali.
.
.
Secara jujurnya saya akui , wanita ini penuh dgn emosi dan permintaan. dan ada byk yg ingin di minta tetapi si gadis itu kadang kala tidak mampu menterjemahkan nya melalui kata2, dan akhirnya membuatkan si jejaka pening kepala untuk memahami apa yg perlu di lakukan utk memenuhi permintaan si gadis yg sukar di fahami.
Itu baru permahaman sifat2 dan sikap2 si gadis yg membuatkan si jejaka pening kepala.
Bagaimana pulak, dgn permahaman sifat2 dan sikap2 si jejaka yang kebanyakkanya menyakitkan hati si gadis???????
.
.
.
.
Kesimpulanya , kurang sabar dan sikap ingin sentiasa menang bagi sesuatu pihak, membuatkan proses pengenalan dan permahaman itu tidak berjaya mencapai matlamatnya. Lalu itu graf pengenalan itu menjadi rundum dan tidak mencapai sasaranya.
.
.
.
.
Lelaki dan wanita itu sangat berbeza sikap dan sifat, itu tidak mampu di sangkal, TETAPI apa yg boleh menyamakan meraka adalah tolak ansur , saling menerima kelemahan dan kelebihan diri pasangan serta saling memaafkan.
.
.
.
.
Bila semua itu boleh di lakukan, proses pergerakan graf akan mencapai takat didih yg di harapakan iaitu PERKAHWINAN.
.
.
Dan bila ianya terjadi pasti proses saling menerima dan kenal mengenali itu akan menjadi lebih rumit dan komplek. Jangan anda fikir melalui PERKAHWINAN proses pengenalan itu sudah pun tamat takat itu saja. Pastinya anda silap.
.
.
Jadi mengenali dan memahami si gadis itu bukan la untuk tempoh 2-3 tahun sahaja , tetapi adalah untuk selamanya.
.
.
Dan bagaimana pula utk si gadis memahami apa yg di perlukan oleh si jejaka pada si gadis.............ini saya tiada jawapannya, kerana sehingga hari ni saya sgt la tidak arif dlm soal2 memahami lelaki.
Jadi luas kan pembacaan dan lebarkan penelitian, agar kita akan saling kenal mengenali dan saling faham memahami antara satu sama yang lain.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LELAKI + WANITA = COMPLICATED
No comments:
Post a Comment