Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Thursday, February 25, 2010

pahitnya rasa hempedu....................

perjalanan kerjaya dan kehidupan aku bukan la semudah mcm org lain fikirkan...yg melalui onak dan ranjau sepanjang perjalanan itu adalah aku............apa yg orang nampak semuanya indah2 sahaja.............dan kini aku lebih yakin bahawa setiap org ada bahagian nya masing2..cuma masanya saja yg kita tidak ketahui....
.
.
aku juga penah melalui situasi tekanan, apabila melihat kiri dan kanan semuanya melebihi dr apa yg aku ada....keadaan ini biasa dan kita akan sentiasa membandingkan diri org lain dgn diri kita...lumrah kehidupan
.
.
kita selalu lupa atau jarang ingat apa yg kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yg org lain ada...bila pegangan ini yg kita pegang, makanya jiwa kita akan tidak tenteram dan sakit....................rasa kerdil dan tidak bermaya
.
.
bukan mudah utk melalui situasi sebegini................bila kita rasa kita di belakang, bila kita akan rasa kita gagal, bila rasar endah diri dan rasa tidak bahagia...................aku tak boleh elakkan diri aku utk merasa semua itu pada satu masa dulu...dan aku juga telah melalui fasa penghidupan sebegini...........tapi aku bersyukur kerana akhirnya allah berikan apa yg sepatutnya aku ada, bila telah tiba masanya..................cuma kadang2 aku lupa utk mensyukuri apa yg aku dah ada...................
.
.
lepas pengajian , aku melalui satu proses permohonan kerja yg mana sgt2 bersaing dengan graduan2 lain.........smpi ada masa aku jatuh mengeluh dan putus asa, bila mana apa yg aku ingin dan bayang kan apabila keluar dr menara gading, tidak seperti yg di harapkan.........senantiasa aku mengeluh dan mengeluh...menyalahkan apa yg ada di sekeliling, tanpa aku bersyukur dgn apa yg aku ada pada masa itu....
.
.
selepas 4 bulan graduate..........allah berikan jalan, di mana aku berjaya mendapatkan kerja sementara sebagai RA di utm....pada masa itu dengan gaji sebanyak RM1800 agak la besar utk aku, dan aku menikmatinya....selama 2 tahun sebagai RA berstatus kontrak...dlm tempoh itu semua org melihat yg indah2 saja dr diri ku , hakikatnya tidak la seindah itu.........tp aku bahagia dgn keadaan itu di samping tekanan2 sekeliling dan kehendak hati yg tidak di penuhi sepenuhnya.................tempoh 2 tahun berakhir, dan aku mengalami satu proses yg sgt sukar aku huraikan..................graduan berkelulusan ijazah tp berhidup tidak seperti di angankan...................malu berhadapan dgn kwn2, sedara mara, kenalan dan malu utk berhadapan dgn ibu ayah............aku lalui fasa ini
.
.
.
sebagai graduan berijazah, apa yg aku inginkan adalah kedudukan dan tempat........tp aku tidak mendapat semua itu dlm sekelip mata.........lepas tamat kontrak RA, aku menganggur hampir 3 bulan, sebelum aku mengambil keputusan utk bekerja sementara di pasaraya sebagai pembantu khidmat pelanggan di THE STORE, tahu berapa gaji aku masa itu..........................nak ckp pun malu, tp dr aku duduk bertapa di rumah...dan hanya melihat ibu ayah sahaja berkerja, apa guna adanya kaki dan tangan pada diri aku ini......berijazah, bekas graduan , tp aku kerja si pasaraya THE STORE dgn gaji sebanyak RM650.00 , boleh bayang????????????????????????? tahu berapa lama aku kerja di sana??????? hampir setahun setengah....boleh rasa apa yg aku tanggung masa itu...boleh rasa tekanan yg aku lalui saat tu.....boleh rasa?????????? tak ada org boleh rasa apa aku rasa masa tu...............tp aku gagahi juga utk meneruskan kehidupan.........aku hampir putus asa, dan penah juga rasa bahawa allah tidak syg pada aku malah tidak membantu aku...bergitu sekali tanggapan aku......................dan aku mengalami kekosongan hati dan jiwa dlm tempoh masa yg panjang ..............mujur ibu aku yg sentiasa membantu dan membimbing aku utk terus berdiri dan berusaha.......
.
.
bukan saja kerana tidak mendapat tempat dlm pekerjaan tetapi percintaan yg putus di tengah jalan semasa di zaman campus juga sgt2 menguji diri aku....di mana perpisahan itu tidak dapat aku lupakan dgn semudah itu....bayangkan masa tu dah 4 tahun berlalu tp semua itu menjadi beban dan nanah dlm kehidupan aku........boleh rasa tekanan yg aku lalui saat itu...............dan kerana tekanan itu juga, aku mengalami kehilangan tenaga dan rasa putus asa yg boleh di katakan kritikal........aku jatuh sakit selama sebulan, dan aku gagahi diri aku utk berdiri semula dan meneruskan usaha.............
.
.
kemudian atas pertolongan kawan, dr THE STORE aku bertukar kerja sebagai pembantu peribadi kepada salah seorg bos di sebuah kilang di selesa jaya................gaji tidak la seperti yg aku harapkan RM1400 tetapi cukup baik dr RM600 yg aku kecapi selama setahun setengah..................tp siapa tahukan pekerjaan tu hanya la bertahan selama 1minggu sahaja............aku cuba utk menyesuaikan diri di tempat baru dan suasana baru....tp aku gagal, dan aku nekad berhenti kerja tanpa berfikir panjang................dan selepas itu 1 bulan di rumah umpama duduk di atas bara api......................dlm keadaan bergitu bila mendengar kejayaan kawan2 seorg demi seorg umpama racun yg masuk di dalam hati aku.....tp tidak pula aku gambarkan di khalayak ramai.....yg pasti ibu tempat aku melepaskan amarah dan rasa kecewa aku................hanya allah yg tahu apa yg aku lalui dan bagaimana aku mengatasi segalanya.....
.
.
mungkin kerana terlalu kecewa dan mengeluh, allah mendengar rintihan aku akhirnya............ayah yg menjadi watak utama mengenalkan aku pada dunia POPULAR BOOK CO (M) S/B...............dan aku tidak pulak menyedari saat itu , adalah satu perubahan utk diri aku ke arah yg lbh baik.......................di popular aku bermula sebagai RETAIL SUPERVISOR sahaja, gaji hanya la gaji tingkat graduan diploma...........dan masa itu aku mmg langsung tidak memikirkan sgt pasal gaji, yg aku tahu aku perlukan kerja............dan aku perlukan duit utk meneruskan kehidupan aku dan keluarga aku..................6 bulan di popular bukan la satu tempoh yg indah bagi diri aku, aku akui di situ terlalu byk air mata yg mengalir sepanjang bekerja di sana......kerana ketidak serasian jiwa tetapi aku bertahan kerana aku perlukan duit....bayang kan....aku buat sesuatu yg langsung tidak kena pada jiwa dan kemahuan aku..........................tapi aku bertahan kerana terpaksa.........................
.
.
matahari yg semakin bersinar tidak aku sedari, kerana jiwa aku agak kosong di popular, tp aku sgt akui walau sekosong mana pun jiwa aku masa tu, aku berusaha sgt kuat sepanjang bekerja di sana............aku langsung tidak mengambil tahu hal sekeliling, yg aku tahu kerja aku siap dan sempurna sahaja....lain2 mmg aku bohhhh layan masa tu...............................masa itu abg sepupu aku kelly la yg byk melayan kerenah dan tangisan aku...sbb tu aku rasa di byk memberi kekuatan utk aku bertahan di popular
.
.
tanpa aku pernah berfikir utk berada di atas jawatan yg aku sedang sandang masa tu...kerana langsung tiada minat................dan tidak penah terfikir langsung............dan aku juga tanpa sedar bahawa perjalanan di popular adalah satu rahmat dan ketentuan dr yg esa.......................kurang dr setahun berada di popular dgn sikap aku yg menyendiri dan berusaha kuat, tanpa pernah terfikir oleh akal fikiran aku yg pihak atasan menawarkan satu tempat yg agak baik utk aku pada masa itu...........tp masa itu bukan kedudukan yg aku mahukan tapi adalah jumlah gaji yg sewajarnya di tawarkan..................tidak la seindah yg di sangka tawaran yg di ajukan...........tapi kerana kesabaran, dan pengaruh nasihat org2 sekeliling yg sentiasa memberi sokongan, aku terima tawaran itu walaupun hakikatnya hati aku tidak la sebahagia mana....tp aku sedar peluang yg di berikan itu setidak2nya membantu aku di dalam mengenali diri aku sendiri dan kemampuan diri.............menjawat jawatan sebagai RETAIL EXECUTIVE - penolong pengurus cawangan bukan la sesuatu yg mudah, hanya mereka yg mengetahui akan tahu apa rasanya....
.
.
selama 2thn melalui pahit maung dunia perniagaan di popular, aku mula mencipta minat dan kemahuan utk lg berada di atas dlm industri ini..................mula memasang angan2 dan berusaha dgn gigih.............mcm aku kata aku tak sedar bahawa matahari semakin menyinar pada diri aku ini, selepas apa yg aku lalui.............
.
.
di akhir2 ambang 2009 aku melalui fasa pekerjaan yg baru dan kini bekerja sebagai RETAIL EXECUTIVE - PENGURUS CAWANGAN adalah satu cabaran yg sgt2 kuat utk diri aku....dan kini hampir 4 bulan aku memegang jawatan baru ini... dan aku sedar semua ini berlaku kerana masa nya utk aku telah tiba................allah sudah aturkan semuanya utk aku..........dan aku bersyukur atas apa yg aku ada hari ni.....................................
.
.
setiap org sudah di atur kan masa dan saat nya............ada yg cepat dan ada yg lambat.............masa dan saat aku tidak la cepat dan agak juga terlambat...........dan aku sempat merasai sakit maung melalui jalan2 berliku, dan aku bersyukur dapat melalui jalan itu kerana ia membuatkan aku menjadi lbh kuat dan tabah............aku tahu bukan mudah utk melalui onak duri perjalanan , tp yakin la setiap org ada masa dan saat nya............bila ianya tiba, kita akan lbh bahagia kerana kita melalui 2 perjalanan yg bebeza....................duka dan bahagia...............percaya la, semua ini adalah kehendak dr nya..................dan aku masih segar di dlm ingatan utk satu masa dulu...................jiwa rasa kosong, hati rasa sakit, fikiran bercelaru dan diri rasa kaku....tp kini aku menghargai perasaan yg dulu2 itu......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku percaya hidup ini ada roda, jika kita rasa kita di bawah masa ini, yakin la pusingan roda itu ada ada di atas bila tiba saatnya................dan yg berada di atas pulak jgn la lupa bahawa roda itu sedang berpusing, pasti ada masa dan saat nya ianya akan berada di bawa pula......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lalui kehidupan berliku itu dgn penuh kesabaran...............ya bukan mudah, tp tiada apa yg mampu kita lakukan selain berdoa dan bersabar..........................jgn pandang apa yg org ada, tp lihat dan bersyukur la pada apa yg kita genggam hari ni......................................kuat kan hati dan pasti saat dan masanya akan tiba jua...............................................
.
.
.
.
siapa kata aku sudah selesa dgn apa yg aku miliki hari ni................tidak masih ada lg yg tidak aku perolehi....siapa kata aku bahagia dan tersenyum sentiasa..............masih ada saat di mana aku juga tidak mampu tersenyum dan bahagia.....................ada masa juga aku melalui tekanan dan jiwa kacau...........dan ada masa juga aku gagal utk menghargai dan bersyukur dgn apa yg aku ada hari ni..............cuma aku sentiasa mengingati diri aku sendiri bahawa apa yg aku ada hari ni bukan la semudah apa yg org fikirkan...........dan org2 di luar sana jgn la fikir tiada keindahan dlm hidup ini, cuma yakin la masanya saja belum tiba...............setidak2nya cuba la lihat apa yg sudah kita penah miliki sebelum ini.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku merasai dan aku melalui
.
.
pahitnya rasa hempedu
.
.
.
manisnya madu itu
.
.
.
- putri khaylan mengimbau kenangan silam
.
.
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails