Dia
Dahulunya sunyi tidak menyapa, memandang mahupun bertanya
Dia
Berpaling dan tidak memaling
Dia
Menyingkir bayangan daku dalam cahaya tidak gelita
Dia
Memberi tamparan luar biasa
Kenangan itu aku simpan lama di sudut hati tanpa untuk di ingati
Dan kini
Dia kembali menyapa, merungkai simpulan hati yg terikat mati
Aku gembira , tapi untuk apa…………
Dia tetap dia, cuma banyak yg sudah tidak serupa
Dia
tak pasti dulu dan kini samakah dia
Tapi dia masih adalah dia…………………
Dia
Dulu hilang ramah tamah
Kini muncul
Apa aku perlu rasa, gembira?? Bahagia??
Kerana dia adalah dia, yang mungkin akan pergi bila-bila masa
Sama seperti dulu…………….
No comments:
Post a Comment