Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Friday, February 26, 2010

cik siti wan kembang

wan nur izati nak turun JB dr kelantan by middle of march......kena pastikan aku dapat luangkan sedikit masa utk dia...al maklumlah dia dtg dr jauh dan dah lama juga tak berjumpa.................so alang2 dia dah turun JB ni, harap sgt la dapat luangkan masa bersama dia......nak harap aku g kelantan , entah bila la pulak........klu boleh nak je apply cuti on middle month tu 2-3 hari....tp jadual utk march dah terlalu padat utk di rombak..........harap sgt jangan la last2 minute nnt ada aral yg boleh menghalang....................keje mcm aku ni mudah sgt adanya rombak2 masa kerja for last minute....................
.
.
.
sedang cuba sebaik mungkin buat baiknya planning sepanjang wan ada di jb.........nak mengembalikan kenangan2 zaman2 keremajaan kami 6-7 tahun yg lalu.....rindu2 nye...........tak sabar...................
.
.
lagi ada byk gosip aku nak kepoh2 nnt.....byk story maaaaaaaaaaa hihihihi
.
.
wan nur izati rindu la kat ko sgt2.................................senang ckp rindu kat semua bebudak tingkat 6 kolej kediaman 12 utm skudai...............

Thursday, February 25, 2010

pahitnya rasa hempedu....................

perjalanan kerjaya dan kehidupan aku bukan la semudah mcm org lain fikirkan...yg melalui onak dan ranjau sepanjang perjalanan itu adalah aku............apa yg orang nampak semuanya indah2 sahaja.............dan kini aku lebih yakin bahawa setiap org ada bahagian nya masing2..cuma masanya saja yg kita tidak ketahui....
.
.
aku juga penah melalui situasi tekanan, apabila melihat kiri dan kanan semuanya melebihi dr apa yg aku ada....keadaan ini biasa dan kita akan sentiasa membandingkan diri org lain dgn diri kita...lumrah kehidupan
.
.
kita selalu lupa atau jarang ingat apa yg kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yg org lain ada...bila pegangan ini yg kita pegang, makanya jiwa kita akan tidak tenteram dan sakit....................rasa kerdil dan tidak bermaya
.
.
bukan mudah utk melalui situasi sebegini................bila kita rasa kita di belakang, bila kita akan rasa kita gagal, bila rasar endah diri dan rasa tidak bahagia...................aku tak boleh elakkan diri aku utk merasa semua itu pada satu masa dulu...dan aku juga telah melalui fasa penghidupan sebegini...........tapi aku bersyukur kerana akhirnya allah berikan apa yg sepatutnya aku ada, bila telah tiba masanya..................cuma kadang2 aku lupa utk mensyukuri apa yg aku dah ada...................
.
.
lepas pengajian , aku melalui satu proses permohonan kerja yg mana sgt2 bersaing dengan graduan2 lain.........smpi ada masa aku jatuh mengeluh dan putus asa, bila mana apa yg aku ingin dan bayang kan apabila keluar dr menara gading, tidak seperti yg di harapkan.........senantiasa aku mengeluh dan mengeluh...menyalahkan apa yg ada di sekeliling, tanpa aku bersyukur dgn apa yg aku ada pada masa itu....
.
.
selepas 4 bulan graduate..........allah berikan jalan, di mana aku berjaya mendapatkan kerja sementara sebagai RA di utm....pada masa itu dengan gaji sebanyak RM1800 agak la besar utk aku, dan aku menikmatinya....selama 2 tahun sebagai RA berstatus kontrak...dlm tempoh itu semua org melihat yg indah2 saja dr diri ku , hakikatnya tidak la seindah itu.........tp aku bahagia dgn keadaan itu di samping tekanan2 sekeliling dan kehendak hati yg tidak di penuhi sepenuhnya.................tempoh 2 tahun berakhir, dan aku mengalami satu proses yg sgt sukar aku huraikan..................graduan berkelulusan ijazah tp berhidup tidak seperti di angankan...................malu berhadapan dgn kwn2, sedara mara, kenalan dan malu utk berhadapan dgn ibu ayah............aku lalui fasa ini
.
.
.
sebagai graduan berijazah, apa yg aku inginkan adalah kedudukan dan tempat........tp aku tidak mendapat semua itu dlm sekelip mata.........lepas tamat kontrak RA, aku menganggur hampir 3 bulan, sebelum aku mengambil keputusan utk bekerja sementara di pasaraya sebagai pembantu khidmat pelanggan di THE STORE, tahu berapa gaji aku masa itu..........................nak ckp pun malu, tp dr aku duduk bertapa di rumah...dan hanya melihat ibu ayah sahaja berkerja, apa guna adanya kaki dan tangan pada diri aku ini......berijazah, bekas graduan , tp aku kerja si pasaraya THE STORE dgn gaji sebanyak RM650.00 , boleh bayang????????????????????????? tahu berapa lama aku kerja di sana??????? hampir setahun setengah....boleh rasa apa yg aku tanggung masa itu...boleh rasa tekanan yg aku lalui saat tu.....boleh rasa?????????? tak ada org boleh rasa apa aku rasa masa tu...............tp aku gagahi juga utk meneruskan kehidupan.........aku hampir putus asa, dan penah juga rasa bahawa allah tidak syg pada aku malah tidak membantu aku...bergitu sekali tanggapan aku......................dan aku mengalami kekosongan hati dan jiwa dlm tempoh masa yg panjang ..............mujur ibu aku yg sentiasa membantu dan membimbing aku utk terus berdiri dan berusaha.......
.
.
bukan saja kerana tidak mendapat tempat dlm pekerjaan tetapi percintaan yg putus di tengah jalan semasa di zaman campus juga sgt2 menguji diri aku....di mana perpisahan itu tidak dapat aku lupakan dgn semudah itu....bayangkan masa tu dah 4 tahun berlalu tp semua itu menjadi beban dan nanah dlm kehidupan aku........boleh rasa tekanan yg aku lalui saat itu...............dan kerana tekanan itu juga, aku mengalami kehilangan tenaga dan rasa putus asa yg boleh di katakan kritikal........aku jatuh sakit selama sebulan, dan aku gagahi diri aku utk berdiri semula dan meneruskan usaha.............
.
.
kemudian atas pertolongan kawan, dr THE STORE aku bertukar kerja sebagai pembantu peribadi kepada salah seorg bos di sebuah kilang di selesa jaya................gaji tidak la seperti yg aku harapkan RM1400 tetapi cukup baik dr RM600 yg aku kecapi selama setahun setengah..................tp siapa tahukan pekerjaan tu hanya la bertahan selama 1minggu sahaja............aku cuba utk menyesuaikan diri di tempat baru dan suasana baru....tp aku gagal, dan aku nekad berhenti kerja tanpa berfikir panjang................dan selepas itu 1 bulan di rumah umpama duduk di atas bara api......................dlm keadaan bergitu bila mendengar kejayaan kawan2 seorg demi seorg umpama racun yg masuk di dalam hati aku.....tp tidak pula aku gambarkan di khalayak ramai.....yg pasti ibu tempat aku melepaskan amarah dan rasa kecewa aku................hanya allah yg tahu apa yg aku lalui dan bagaimana aku mengatasi segalanya.....
.
.
mungkin kerana terlalu kecewa dan mengeluh, allah mendengar rintihan aku akhirnya............ayah yg menjadi watak utama mengenalkan aku pada dunia POPULAR BOOK CO (M) S/B...............dan aku tidak pulak menyedari saat itu , adalah satu perubahan utk diri aku ke arah yg lbh baik.......................di popular aku bermula sebagai RETAIL SUPERVISOR sahaja, gaji hanya la gaji tingkat graduan diploma...........dan masa itu aku mmg langsung tidak memikirkan sgt pasal gaji, yg aku tahu aku perlukan kerja............dan aku perlukan duit utk meneruskan kehidupan aku dan keluarga aku..................6 bulan di popular bukan la satu tempoh yg indah bagi diri aku, aku akui di situ terlalu byk air mata yg mengalir sepanjang bekerja di sana......kerana ketidak serasian jiwa tetapi aku bertahan kerana aku perlukan duit....bayang kan....aku buat sesuatu yg langsung tidak kena pada jiwa dan kemahuan aku..........................tapi aku bertahan kerana terpaksa.........................
.
.
matahari yg semakin bersinar tidak aku sedari, kerana jiwa aku agak kosong di popular, tp aku sgt akui walau sekosong mana pun jiwa aku masa tu, aku berusaha sgt kuat sepanjang bekerja di sana............aku langsung tidak mengambil tahu hal sekeliling, yg aku tahu kerja aku siap dan sempurna sahaja....lain2 mmg aku bohhhh layan masa tu...............................masa itu abg sepupu aku kelly la yg byk melayan kerenah dan tangisan aku...sbb tu aku rasa di byk memberi kekuatan utk aku bertahan di popular
.
.
tanpa aku pernah berfikir utk berada di atas jawatan yg aku sedang sandang masa tu...kerana langsung tiada minat................dan tidak penah terfikir langsung............dan aku juga tanpa sedar bahawa perjalanan di popular adalah satu rahmat dan ketentuan dr yg esa.......................kurang dr setahun berada di popular dgn sikap aku yg menyendiri dan berusaha kuat, tanpa pernah terfikir oleh akal fikiran aku yg pihak atasan menawarkan satu tempat yg agak baik utk aku pada masa itu...........tp masa itu bukan kedudukan yg aku mahukan tapi adalah jumlah gaji yg sewajarnya di tawarkan..................tidak la seindah yg di sangka tawaran yg di ajukan...........tapi kerana kesabaran, dan pengaruh nasihat org2 sekeliling yg sentiasa memberi sokongan, aku terima tawaran itu walaupun hakikatnya hati aku tidak la sebahagia mana....tp aku sedar peluang yg di berikan itu setidak2nya membantu aku di dalam mengenali diri aku sendiri dan kemampuan diri.............menjawat jawatan sebagai RETAIL EXECUTIVE - penolong pengurus cawangan bukan la sesuatu yg mudah, hanya mereka yg mengetahui akan tahu apa rasanya....
.
.
selama 2thn melalui pahit maung dunia perniagaan di popular, aku mula mencipta minat dan kemahuan utk lg berada di atas dlm industri ini..................mula memasang angan2 dan berusaha dgn gigih.............mcm aku kata aku tak sedar bahawa matahari semakin menyinar pada diri aku ini, selepas apa yg aku lalui.............
.
.
di akhir2 ambang 2009 aku melalui fasa pekerjaan yg baru dan kini bekerja sebagai RETAIL EXECUTIVE - PENGURUS CAWANGAN adalah satu cabaran yg sgt2 kuat utk diri aku....dan kini hampir 4 bulan aku memegang jawatan baru ini... dan aku sedar semua ini berlaku kerana masa nya utk aku telah tiba................allah sudah aturkan semuanya utk aku..........dan aku bersyukur atas apa yg aku ada hari ni.....................................
.
.
setiap org sudah di atur kan masa dan saat nya............ada yg cepat dan ada yg lambat.............masa dan saat aku tidak la cepat dan agak juga terlambat...........dan aku sempat merasai sakit maung melalui jalan2 berliku, dan aku bersyukur dapat melalui jalan itu kerana ia membuatkan aku menjadi lbh kuat dan tabah............aku tahu bukan mudah utk melalui onak duri perjalanan , tp yakin la setiap org ada masa dan saat nya............bila ianya tiba, kita akan lbh bahagia kerana kita melalui 2 perjalanan yg bebeza....................duka dan bahagia...............percaya la, semua ini adalah kehendak dr nya..................dan aku masih segar di dlm ingatan utk satu masa dulu...................jiwa rasa kosong, hati rasa sakit, fikiran bercelaru dan diri rasa kaku....tp kini aku menghargai perasaan yg dulu2 itu......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku percaya hidup ini ada roda, jika kita rasa kita di bawah masa ini, yakin la pusingan roda itu ada ada di atas bila tiba saatnya................dan yg berada di atas pulak jgn la lupa bahawa roda itu sedang berpusing, pasti ada masa dan saat nya ianya akan berada di bawa pula......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lalui kehidupan berliku itu dgn penuh kesabaran...............ya bukan mudah, tp tiada apa yg mampu kita lakukan selain berdoa dan bersabar..........................jgn pandang apa yg org ada, tp lihat dan bersyukur la pada apa yg kita genggam hari ni......................................kuat kan hati dan pasti saat dan masanya akan tiba jua...............................................
.
.
.
.
siapa kata aku sudah selesa dgn apa yg aku miliki hari ni................tidak masih ada lg yg tidak aku perolehi....siapa kata aku bahagia dan tersenyum sentiasa..............masih ada saat di mana aku juga tidak mampu tersenyum dan bahagia.....................ada masa juga aku melalui tekanan dan jiwa kacau...........dan ada masa juga aku gagal utk menghargai dan bersyukur dgn apa yg aku ada hari ni..............cuma aku sentiasa mengingati diri aku sendiri bahawa apa yg aku ada hari ni bukan la semudah apa yg org fikirkan...........dan org2 di luar sana jgn la fikir tiada keindahan dlm hidup ini, cuma yakin la masanya saja belum tiba...............setidak2nya cuba la lihat apa yg sudah kita penah miliki sebelum ini.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku merasai dan aku melalui
.
.
pahitnya rasa hempedu
.
.
.
manisnya madu itu
.
.
.
- putri khaylan mengimbau kenangan silam
.
.
.

Wednesday, February 24, 2010

25.02.10 ------------------ 1.02am

aku janji pada diri aku tidak akan lg...........................
.
.
.
.
.
.
.
.
feeling want to delete, but i must to be more rasional about my decision....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TITIK,        
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tidak akan lagi dan biarkan saja......................it better i back to my way

Tuesday, February 23, 2010

lebih MENSYUKURI..............

sentiasa berusaha dan akan sentiasa cuba mensyukuri segala yg ada masa kini.............dr satu kehidupan ke satu kehidupan yg jauh lbh baik.................hati dan rasa sentiasa tamak dan inginkan lebih dan lebih dan lebih.........perlu lbh berusaha dgn sebaik mungkin utk sentiasa bersyukur dgn apa yg ada...................
.
.
dapat 1 , nak 2, dapat 2 nak 3, dapat 3, nak 10......................rasa sedih bila apa yg kita mahukan,  tidak kita perolehi, ada pulak sampai memberontak,  tp kita tidak sedar bahawa, apa yg tidak di perolehi tu, sebenarnya sebelum itu sudah pun kita dapat yg lain2nya..................
.
.
tidak sempurna tetapi sudah cukup memadai andai apa yg ada kini jauh lbh baik dr yg sebelumnya....tapi hati manusia ini, tidak lari dr sifat tamak dan sentiasa tidak berpuas hati dgn apa yg ada..............
.
.
jika kita melihat apa yg kita ada masa lalu, sudah cukup utk kita rasa bersyukur dan tersenyum lebar utk apa yg kita genggam hari ini.......................tapi bersyukur ke kita dgn apa yg kita ada harini????????
.
.
apa sebenarnya yg kita cari?????.................lepas dapat , kita mencari lg, lepas kita gapai, kita lompat lagi, lepas kita mengail, kita memancing lg, lepas kita gengam , kita kejar lg....................tak pernah puas dan tak penah rasa cukup..............inikah manusia?????
.
.
ingin menjadi manusia yg lbh mensyukuri dan patuh padaNya.........................mengapa tidak bukan, itulah yg sepatutnya......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
putri khyalan mencari kemahuan hati yg lebih hakiki...............................

awan.......................yg terpilu

umpama mimpi yg tersimpan
jadi rintik
rintik hujan
menciptakan ....awan yg terpilu
.
.
puisi ini, tercipta lantas
tak kesampaian
hajat meronakan
gelora rindu kepadamu
.
.
sepasang sayap tak terlihat
umpama mimpi yg tersimpan
jadi rintik
rintik hujan
menciptakan....awan yg terpilu
.
.
keadaan ku yg memujamu

Friday, February 19, 2010

SI GADIS.. apakah kemahuannya??

Sukar mengenali dan memahami si gadis. Betul ke sukar. Jawapannya YA, kerana manusia yg bernama wanita dan lelaki itu adalah 2 makhluk allah yang sangat berbeza dan memiliki keunikan tersendiri. Naluri dan sifat nya sukar di fahami antara satu sama lain. Jadi bagaimana untuk mengenali dan memahami manusia yg belawanan jenis ini????
.
.
Sy pun tiada jawapan yg kukuh, hanya la melalui penulisan ini, sy cuba terjemahkan apa yg si gadis perlukan dr si jejaka dlm perspektif yg sangat ringkas dan mudah di fahami. Ini bukan la satu ilmu yg sy perolehi dari sumber kajian khusus, tetapi kerana sy juga adalah wanita maka itu sy berani katakan apa yg di jelaskan di bawah ini, pasti akan di persetujui hampir 70% wanita di luar sana. Ianya hanya sekadar satu sumber pembacaan semata2.
.
.

Apa yg si gadis perlukan dari si jejaka ???? . .
.
.

Perhatian
Bukan bermakna si gadis itu perlu di pandang atau di lihat sentiasa. Ianya lebih kepada perbuatan seperti bertanya kaba, memberi ucapan, saling bekerjasama, saling mengingati  ttg sesuatu pekara, dan sebagainya.
Perhatian yg di berikan akan memberikan satu impak dlm sesuatu perhubungan. Perhatian juga akan mendorong pergerakan graf sesuatu perhubungan itu ke atas atau kebawah.......adakah anda faham apa itu graf perhubungan??? Saya tidak fikir untuk menghuraikan nya dgn lbh jelas dan tepat.
Jadi anda semua fikir-fikir kan la. . .
.
.

Sentuhan
Nampak agak gedik / mentel / sengal / miang je statement tu kan..tapi itu la realitinya. Sentuhan bukan saja dr segi fizikal seperti berpegangan tgn dan sebagainya, ia juga boleh di tafsirkan seperti lontaran senyuman yg boleh menyentuh sanubari. Kata-kata juga mampu memberi satu kuasa sentuhan jiwa yg dpt mengatasi sentuhan fizikal. Jadi sentuhan itu menyeluruh, bukan sahaja fizikal, malah emosi dan rohani..
(berat betul permintaan si gadis ni ya) – faham ke????? . .
.
.

Tanda ingatan
Walau ke mana saja si jejaka berada, nama si gadis tetap dlm ingatan. Itulah yg di harapakan oleh si gadis.....Tanda ingatan tu perlu la melalui perbuatan dan ucapan. Contoh tanda ingatan melalui ucapan seperti menelefon, sms, email dan seangkatan dgn nya. Tanda ingatan melalui perbuatan seperti memberi sesuatu cenderahati dan sebagainya. . .
.
.

Sikap yang sedikit itu sedikit ini.
Si gadis tidak pernah impikan si jejaka yg sgt sempurna di depan mata. Ini realiti.. cukup sempurna di mata si gadis, andai sikap si jejaka itu sedikit garang, sedikit lemah lembut, sedikit gentleman, sedikit nakal, sedikit manja, sedikit sombong, sedikit eksen dan sedikit itu ini dlm segala segi,  pada keadaan dan situasi yg sesuai..... . .
.
.

Pujukan
Ini yg sgt penting, apa yg si gadis perlukan dr si jejaka. Pujukan dan rayuan...chewahhh, mengada2nya si gadis ni ye......si gadis yg merajuk lama tu, bukan la tanda dia membenci / sakit hati pada si jejaka tetapi lebih kepada permintaan pujuk rayu  yg di dambakan.
.
Situasi pujukan itu memberi ruang kepada si gadis utk bermanja dgn si jejaka. Bukan ke istilah manja tu cukup serasi gan si gadis. Dah la mengada2 ye, manja pulak tu..... Maunya tak pening si jejaki utk fahami. Tp itu la realitinya
,
Lelaki yg berhati kayu, biasanya hanya memandang ringan situasi pujuk rayu ni...kerana itu la biasanya apa yg di harapkan dlm sesuatu perhubungan  tidak menjadi seperti yg di harapkan. . .
.
.
Bunga
Tersangat sinonim dengan si gadis. Satu-satunya pemberian yang sangat2 di harapkan dan di nanti2kan. . .
.
Sedondon
Ada masa, si gadis sangat ingin kelihatan sedondon dengan si jejaka. Bukan selalu tetapi ada ketika dan saatnya. Bila kah saat dan waktunya itu???? Tepuk dada dan tanya la diri. Pasti anda akan jumpa dgn jawapannya..
Sedondon itu melambangkan kemesraan dan keserasian. Itu yg selalunya si gadis fikirkan. . .
.
.
Sikap kebapaan.
Bagaimana sikap itu di nilai, pastinya melalui cara layanan dan perhatian yg di berikan oleh si jejaka.  Di mana si gadis, akan di marah bila cuai, di kasihi setiap saat dan di beri galakan saat di perlukan    Bila si gadis merasai dirinya di sayangi dan di layan seperti anak kecik, saat itu pasti si gadis sudah pun terpikat dan terpaut pada si jejaka. . .
.
.
Manja
Si gadis suka kan si jejaka yang tidak malu utk memperlihatkan sikap manja nya. Si gadis lbh kepada sikap manja yg mengada2, tp si jejaka lbh kepada sikap manja yg di pamerkan melalui senyuman dan tingkah laku.
Sweet nyeeeeeeeeee
.
Jadi jgn la malu pamerkan sikap manja itu, sbb si gadis suka melihat sikap manja anda itu. . .
.


.
Cemburu
Ni realiti, si gadis suka melihat si jejaka menyemburui dirinya. Jadi jejaka2 di luar sana, jgn la terlalu ego utk memperlihatkan tahap kecemburuan anda. Tapi ingat cemburu perlu la bertempat. Jadi pamerkan sikap cemburu anda, kerana ia kunci memikat hati si gadis.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
.
.
.
.Mungkin melalui coretan ini, ada beberapa ilmu yg sudah di serap masuk. Dan pastinya bukan itu saja permintaan si gadis pada si jejaka. Ada byk lagi yg sukar di huraikan dan di terjemahkan melalui penulisan. Tp dari apa yg di perkatakan di atas, pasti ianya boleh di jadikan gambaran utk anda mengenali gadis2 yg anda ingin kenali.
.
.
Secara jujurnya saya akui , wanita ini penuh dgn emosi dan permintaan. dan ada byk yg ingin di minta tetapi si gadis  itu kadang kala tidak mampu menterjemahkan nya melalui kata2, dan akhirnya membuatkan si jejaka pening kepala untuk memahami apa yg perlu di lakukan utk memenuhi permintaan si gadis yg sukar di fahami.
Itu baru permahaman sifat2 dan sikap2 si gadis yg membuatkan si jejaka pening kepala.
Bagaimana pulak, dgn permahaman sifat2 dan sikap2 si jejaka yang kebanyakkanya menyakitkan hati si gadis???????
.
.
Kesimpulanya , kurang sabar dan sikap ingin sentiasa menang bagi sesuatu pihak, membuatkan proses pengenalan dan permahaman itu tidak berjaya mencapai matlamatnya. Lalu itu graf pengenalan itu menjadi rundum dan tidak mencapai sasaranya.
.
.
Lelaki dan wanita itu sangat berbeza sikap dan sifat, itu tidak mampu di sangkal, TETAPI apa yg boleh menyamakan meraka adalah tolak ansur , saling menerima kelemahan dan kelebihan diri pasangan serta saling memaafkan.
.
.
Bila semua itu boleh di lakukan,  proses pergerakan graf akan mencapai takat didih yg di harapakan iaitu PERKAHWINAN.
.

Dan bila ianya terjadi pasti proses saling menerima dan kenal mengenali itu akan menjadi lebih rumit dan komplek. Jangan anda fikir melalui PERKAHWINAN proses pengenalan itu sudah pun tamat takat itu saja. Pastinya anda silap.
.

Jadi mengenali dan memahami si gadis itu bukan la untuk tempoh 2-3 tahun sahaja , tetapi adalah untuk selamanya.
.

Dan bagaimana pula utk si gadis memahami apa yg di perlukan oleh si jejaka pada si gadis.............ini saya tiada jawapannya, kerana sehingga hari ni saya sgt la tidak arif dlm soal2 memahami lelaki.
Jadi luas kan pembacaan dan lebarkan penelitian,  agar kita akan saling kenal mengenali dan saling faham memahami antara satu sama yang lain.
.
.
.
.
.
.
LELAKI + WANITA = COMPLICATED

Tuesday, February 16, 2010

putri khyalan bangkit dari lena


Sang putri dgn khayalannya…………saat mentari menyembunyikan diri sang putri bangkit dari lena………
.
.



Perubahan sikap dan sifat.....betul ke berubah????...sebenarnya tidak berubah, tp tempoh perkenalan yg agak singkat membuatkan perkenalan itu tidak menyeluruh........jadi bila mana terlalu ramai yg menyatakan sang putri agak berubah dan tidak sama seperti dahulu, sang putri setuju tapi perubahan dan perbezaan dulu dan kini itu sebenarnya amatlah tipis percentage nya........
.
.
.
mereka mengenali sang putri di zaman kanak2, iaitu satu keadaan di mana zaman kanak2 tu terlalu suci utk memperjelaskan sikap yg sebenar.....saat itu apa yg ada di depan mata, semuanya indah saja, lelaki perempuan semua sama, kurang rasa malu dan segan....mesra dan tidak terlalu menilai mana kawan mana lawan.............semuanya indah belaka
.
.
.
dan kini sang putri bukan lg kanak2 kecil yg penah mereka semua kenali...........13 tahun dahulu sang putri hanya seorg kanak2 kecil yg hanya menurut kata, tp selepas melalui tempoh 13 tahun itu,  sang putri kini dah terlalu dewasa, untuk di banding kan dgn sang putri yg dulu...........yg jauh berubah pastinya fizikal dan wajah.............secara jelasnya jika sang putri bandingkan wajah2 kecilnya gan wajah2 dewasa kini, tiada jauh beza..........keaslian wajah itu masih ada, yg bertambah mungkin la parut jerawat , melalui tempoh keremajaan katanya, kemancungan hidung yg tidak sekemek dulu, kemanisan senyuman dahulu mungkin telah berganti dgn kemasaman senyuman, ketinggian yg tidak serendah dulu dan kekepohan dulu mungkin telah bersulam dgn sikap bersendiri. Nyatanya sang putri tidak la berubah cuma sang putri sudah cukup dewasa untuk menterjemahkan apa yg ada di dalam diri dgn caranya tersendiri..............
.
.
persekitran dan kawan2 mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perwatakan dirinya... sang putri akui berlakunya perubahan yg cukup besar dlm hidup ini , apabila berlakunya penghijrahan kehidupan dr kehidupan desa ke kota..dan persekitaran itu,  sang putri sgt akui telah mempengaruhi sikap pasif nya di terjemahkan keterlaluan, sehingga mempengaruhi sikap aktif yg sedia kala...........
.
.
.
bila mana byk keadaan membenarkan dia tidak perlu bermanis muka melebihi keadaan dia perlu bermanis muka, ianya seakan membuatkan sang putri lupa bagaimana caranya utk bersenyum............hingga mana org beranggapan dirinya tidak la semesra alam semesta.....
.
.
.
betul ke 13 tahun lalu, sang putri seorang yg peramah, manis dgn senyuman, sopan santun, dan segala yg indah2 itu adalah dia..................( sang putri pun tidak cukup pasti ttg itu, sbb jujur nya dia  yakin dirinya tidak seindah itu)....dan status garang tu tak pernah lari dr perwatakan sang putri....dan ttg satu ini, agak sang putri mengakunyai....
.
.
dan kini , sang putri agak tegas orgnya, sukar bergaul, terlalu sensetif, kurang penyabar, panas baran, mudah merajuk, cepat menangis, sukar memaafkan org, aktif hanya apabila di rangsang, tidak selembut sutera, dan masam dgn senyuman.............(semuanya kurang indah di dengar ), tp itu la yg sering org katakan ttg si sang putrid ini...............
.
.
ada masa sang putri agak tidak bersetuju dgn pandangan org ttg dirinya, tp mampu ke dia utk mengatakan sesuatu yg positif ttg dirinya sendiri ..............maka itu tercipta la ayat baru di zaman kini  ‘APA DIA  KISAH’
.
.
tp apa sedia maklum apa sang putri kisah dgn kata2 org, sbb sang putri amat memegang peribahasa melayu yg tak akan pernah luput di zaman
.
.
.
‘tak kenal maka tak cinta’ , jadi sang putri andaikan kerana org itu tidak mengenali dirinya maka org itu tidak jatuh cinta padanya..........dan pada yg mengenalinya pastinya cinta mereka saling memberi...............
.
.
dan sang putri juga amat memegang kukuh peribahasa english “dont judge a book by the cover”.......dia benci penilaian tanpa  usul periksa………..
.
.
.
sang putri umpama anak kucing yg cuba menjelmakan diri sebagai anak harimau – itu kata seseorang pada dirinya....kerana terlalu ingin menjaga diri sendiri agar tidak terluka, seekor anak kucing berlagak menunjukkan taring...........kerana sentiasa mengaummmmm, persekitaran seakan lupa bahawa dia hanya la seekor anak kucing, dan bukan la anak harimau yg mana org fikirkan...........dan mereka seakan lupa bahawa anak kucing itu juga seperti anak kucing yg lain manja dan suka dengan sentuhan............tetapi belang anak harimau itu terlalu kuat sehingga mengaburi persekitaran bahawa belang itu adalah belang seekor anak kucing cuma..............................siapa kah yg DAPAT  melihta jelmaan anak harimau itu hanya lah seekor anak kucing yg sgt suka dimanja..............mentari menyinar membangkitkan sang putri dr khyalan semata-mata........................
.
.
putri khyalan berfikir sejenak........................dan tersenyum penuh pengharapan

D.I.A



Dia
Dahulunya sunyi tidak menyapa, memandang mahupun bertanya
Dia
Berpaling dan tidak memaling
Dia
Menyingkir bayangan daku dalam cahaya tidak gelita

Dia
Memberi tamparan luar biasa
Kenangan itu  aku simpan lama di sudut hati tanpa untuk di ingati

Dan kini
Dia kembali menyapa, merungkai simpulan hati yg terikat mati
Aku gembira , tapi untuk apa…………
Dia tetap dia, cuma banyak yg sudah tidak serupa

Dia
tak pasti dulu dan kini samakah dia
Tapi dia masih adalah dia…………………

Dia
Dulu hilang ramah tamah
Kini muncul
Apa aku perlu rasa, gembira?? Bahagia??
Kerana dia adalah dia, yang mungkin akan pergi bila-bila masa
Sama seperti dulu…………….

Monday, February 15, 2010

kenapa................

kenapa bila dlm mood mcm ni, mula teringat kisah2 silam yg sepatutnya sudah tidak perlu di ingati............dlm hati ni bila di gambarkan seakan, berlakunya satu proses kisaran ..yg cuba utk mengadunkan semua rasa menjadi satu..............tp kenapa campuran tu menjadikan satu perasaan yg kurang indah utk di rasai............
.
.
dan kenapa saat ni, wajah itu yg perlu aku ingati..................sudah 6 tahun, kenapa masih mengimbau kenangan itu lg.................adakah akal fikiran ku ini sudah tidak mampu utk menjana kenangan2 lain selain kenangan itu.............
.
.
andai perasaan sedih itu ingin menghantui harian ku, kenapa mesti perkara itu yg perlu aku ingati..............

emo emo emo

harini emosi turun naik, pertukaran hormon tak stabil membuatkan aku cepat terasa hati dan rasa nak menangis.........silap ckit je mula rasa nak mengalir cepat je air mata tu..........nasib baik di office klu di umah , mmg dah tersedu2 dah..........pelik kan , tp itu la yg aku lalui saban bulan........pertukaran emosi yg mendadak........feeling sedih yg over dos.........sindrom PMS (bahasa pakar sains)
.
.
terasa sakit hati bila kwn2 menuturkan kata2 yg menyentuh hati..........rasa mcm sedih dah syahdu sgt2....emo emo emo.........

Sunday, February 14, 2010

hati...............

penolakan bukan bermaksud satu kebencian, tp ketidak adaan keserasian...moga mengerti
.
.
.
.....yg membuat pilihan bukan nya mulut tp hati...............yg memberi jawapan adalah hati, tanpa hati tiadalah jawapan............ada mata, tp mata tidak membantu di dalam memberi jawapan....mata tertawan, tapi hati tidak.....mata terpesona tapi hati diam sunyi......kerana semuanya terletak pada hati..........di mana hati????, di mana?????...........sejak hati terluka, hingga kini hati tidak mahu memberi kata dan janji............
.
.
bila hati mula berbisik, ianya hanya berbisik tanpa kata........
.
.
semuanya kerana dia, dia yg membawa lari hati ini, dan kini tiada lagi nafas di hati ini..............mencuba dan mencuba tapi masih sama dan sama.....................
.
.
siapa dia???????? ye dia dan dia......
.
.
berhidup tanpa hati, tiada siapa yg mengerti...........tersenyum tanpa rasa, bagaimanakah rasanya.........menangis tanpa sendu , indah ke bunyinya.....................


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
putri khyalan mengimbau kenangan silam

Friday, February 12, 2010

kelly

.
.











.
.
harini kelly teman aku g makan malam gan staff2....biasa la klu aku perlukan teman, dan memerlukan teman mmg kelly la yg menjadi pilihan utama....siapa kelly??? jeng jeng jeng jeng ..siapa dia????? dia abg sepupu yg satu2 nya agak rapat gan aku....nak tau tak???? kelly ni kembar...ada adik kembar yg beberapa lewat saja lahir dr dia...namanya kemy....gan kemy pun aku ngam gak, tp lbh selesa gan kelly....abg sepupu yg sgt melayan karenah aku lbh2 masa aku rasa sedih dan perlukan teman menangis..........serius ckp gan org lain aku agak malu nak menangis, tp klu gan kelly mmg aku tak segan sgt...dan berani menzahirkan rasa sedih tu............kelly lak??? layan dan melayan saja....................kira pada aku, kelly ni dah mcm abg aku sendiri....sbb tu aku selesa gan dia............
.
.
harini balik je dr keje kul 6 td terus dia ke tempat kerja aku.........utk ambik aku dan bawa ke danga bay utk dinner gan staff2...rasa terharu sgt sbb dia sudi menemani.....mula2 dia ckp agak segan tp kemudian setuju gak....terima kasih...........
.
.
smpi je nmpk muka dia penat tp mcm biasa mmg klu tgk muka dia, mmg dia manis gan senyuman....gan aku la, gan org lain aku tak tau..................abg sepupu aku ni sebenarnya sgt2 la garang dan panas baran, tp gan aku mmg dia tak penah la tunjukkan sikap2 mcm tu.................sbb apa, sbb dia tau aku pun mcm dia garang dan panas baran........................so andai la kami berhentam sesama sendiri, maunya tak pecah tempat tu...hehehehehe
.
.
.
lepas makan dan berhappy2 , kami bersurai dlm jam 10mlm, mengikut haluan masing2........
.
dah nak tau..................dlm sejarah hari ni tercipta 12.02.10 dgn di temani kelly................mula2 agak was was tp akhirnya aku rasa aku nak mencuba dan melalui pengalaman itu............pengalaman yg agak biasa dan bukan la satu yg luar biasa ..............tp utk aku yg tak pernah ni agak la luar biasa.................(rahsia my mom and my dad mash tak tahu) ............nak tau apa dia ?????????????
.
.
nak tau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak tau apa dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
aku masuk pusat karaoke................hehehhee
.
.
.
.
.sebenarnya kelly ni mmg kaki menyanyi, suka sgt menyanyi....mmg itu minat dia...so karaoke ni jgn ckp la....buka je mata mmg nak tangkap microphone je kerja nye...itu la kelly yg aku kenal...........sbb bila dah ada kat danga bay tu, so dia ckp nak karaoke, mula2 tu aku buat tak tau je.....tp bila dlm perjalanan balik ke parking kereta tu, melalui pusat karaoke............terus dia tgk muka aku, pastu dia ckp jom karaoke...walaupun dia tau yg aku ni ckit pemalu dlm hal2 menyanyi ni..so di sebabkan mmg dr dlm kereta td dia dah ckp nak karaoke....so hari ni dlm sejarah aku menjejak kan kaki ke pusat karaoke.............jejak je kaki, aku dah mmg rasa lain la...sbb tempat2 mcm tu mmg aku tak penah jejak pun sblm ni................
.
.
then kelly amik bilik VIP RM15 utk 10 lagu.............then kelly dgn xcited nya masuk2 je terus nyanyi lagu MAHA KARYA CINTA....habis je dia nyanyi terus aku ckp gan dia yg ni pertama kali aku masuk tempat cam ni..............dia agak terkejut tp lepas tu dia buat muka paham...dia offer aku nyanyi aku ckp sory tak nak........................so apa lg dlm bilik tu aku dah mcm penonton dan dia mcm artis yg menghiburkan org................ada lagu yg dia pilih dan ada lagu yg aku minta dia nyanyi...............jujur ckp tak tau kenapa..........keadaan tu membuatkan aku rasa sgt2 gembira dan happy sgt2.........tak penah rasa gembira mcm tu................dlm 10 lagu yg dia nyanyi tu aku sgt2 teruja gan lagu ke dua................
.
.
lupa nak tanya apa tajuk lagu tu, yg aku tau kelly ckp tu lagu allycats - dan smpi saat ni 12.55am aku dah putar main lagu ni hampir 20 kali.............nak tau semua..........ada beberapa video aku rakam masa menjadi penonton kepada kelly.................dia sgt2 menghiburkan...........
.
.

.
.
.
.
.
.
.so kwn2
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku ingin berkongsi bersama : video kelly yg aku rakamkan - konon2 tak malu dia gan aku, tp sepanjang aku amik video dia langsung tak nak tgk aku......
.
.
.
.
.
.
.
so di persembahkan Nor Fadzly my beloved abg sepupu....
.
.
.
tanpa ku sedari ku petik mawar merah, ku tulis sebuah puisi, tapi sayang , pada siapa kan ku beri
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ALAMAKKKKKKK
tak boleh upload video la.......dah 4 kali failed...so tak de la video nye....lain kali ok....daaaaaaaaaaaaaaa
.
.
harap ko org semua yg sedang membaca ni pun akan happy mcm aku gak hari ni.................
.
.
tq kelly
.
.

Thursday, February 4, 2010

be urself friend.................

harini rasa nak bercakap saja gan kwn2...tak tau kenapa....klu tak org call aku, aku yg call org sepanjang hari ni............feeling happy may be.....dan nak tau org pertama yang aku call hari ni nama dia FARAH mula gan huruf F, dan org yg terakhir aku call nama dia gak mula gan huruf F a.k.a pak lang..........nice ke mula F akhir F......?????....nice kot..............kebetulan yg tidak di rancang.....
.
.
utk semua kwn2 yg berhubung gan aku hari ni harapan semuanya akan melalui kehidupan yg indah2 saja ye sepanjang tahun ini...
.
.
buat farah, ermmm jaga diri my dear, dah byk sgt penyakit dlm badan ko tu.....so jaga diri, jaga family and peluk cium baby khalisha sofiya utk aku....
.
.
buat F a.k.a pak lang, klu u ada terasa pasal kisah2 perbualan kita dulu ttg angka 80 tu.........i tak de pun bermaksud MESTI.......mungkin ayat atau cara sy bercakap masa tu , agak terlalu santai smpi pak lang dah anggap lain......sory ye..betul2 sory.....jgn fikir negetif ok............sapa pun u, apa pun angka u, bagaimanapun u,  be urself ok.............be urself..........
.
.
kepada semua kwn2 terutamanya DIRI INI sendiri,  apa pun kesihatan diri tu penting utk semua, permakanan yg sihat tu bagus utk kehidupan seharian yg semakin mencabar dan tercabar di kala ini.............jadi diet seimbang, kehidupan yg bahagia dan pemikiran yg positif memberi impak yg sgt berbeza pada diri.................kawal permakanan, kawal masalah, kawal kehidupan seharian, dan kawal sikap2 negetif adalah utk kebaikan diri sendiri ok.............kadangkala kwn2 hanya ingin menyampaikan sesuatu yg baik utk kita, cuma cara penyampaian dan keadaan tu kurang bersesuaian sehinggakan ada kwn2 yg terasa atau tersalah anggap..............
.
.
then BE URSELF ok to all my  friendzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............semoga kita akan sentiasa berkawan, berjaya dan bahagia selalu......................


-------------------------------------
putri khyalan beradu tersenyum bahagia..............dan tidak akan berhenti berharap

Wednesday, February 3, 2010

new size maaaaa

finally sesi berdiet yg aku amalkan memberi kesan positif pada diri aku.......rasa gembira dan bersyukur sgt2....terasa puas hati dgn pengambilan pil pati halia nightriem dgn losyen mustajab pati limau nipis&halia, serta mengamalkan permakanan yg agak sihat memberikan hasil yg di inginkan..................so seluar2 kerja yg ada dah mula longgar dan tak fit gan my body...so terjadi la peristiwa membeli belah seluar baru 2 hari lepas yg lbh cun gan new body...hehehehehe 2 jean blue and black, 1 slack black...........
.
.
feeling good and suka suka suka....so tanda aku utk meraikan hari peng'kurus'an , 2 hari ni tiada diet utk diri ku....huahauahuahauhau....mula esok akan kembali kepada diet permakanan yg sihat utk mengekalkan tahap kegembiraan ku ini................
.
.
klu ada keazaman pasti akan tercapai impian............so kwn2 yg lain yg ada keazaman mcm aku, usaha usaha usaha ok.....................kesabaran tu menguji kejayaan.....chewahhhhhhh, apa ko org ingat best ke diet2 ni.....seksa oiiiiiiiiiiiiiiiiiii

tiada maaf..............

ingat semua perkara boleh selesai dgn ayat sory atau ayat maaf.............sbb tu aku tak suka cari masalah, sbb aku tau saat aku betul2 marah, mmg dlm hati aku tak akan ada istilah kasihan atau belas kasihan...apa yg aku tau saat tu adalah rasa marah dan nak menang sahaja......
.
.
lg berani nak menipu aku mmg aku hangin la satu badan....aku bayar bill bolah suka2 ko tak credit dlm akaun bill telefon aku............ko ingat aku cari duit petik kat pokok ke....dr segi jumlah wang tu mmg aku tak heran la sgt...sbb aku penah dah berhabis duit beribu2 gan benda2 yg tak berfaedah....apalah sgt gan duit hanya puluhan ringgit tu, tp apa yg aku benggang ko menipu dan membohong...apa ko ingat muka aku , muka mudah di bohongi ke.....
.
.
entah dah berapa org ko buat mcm ni, akhirnya ko kena buku gan ruas..........jgn ingat aku ni org yg boleh dgn mudah di perlekehkan atau diperbodohkan..........
.
.
mmg aku rasa marah dr semalam smpi la mlm ni...mmg tak boleh reda rasa amarah.....mmg niat aku utk ko bayar balik apa yg aku rasa dgn setimpalnya.....lg berani pg tadi call aku 2-3 kali utk minta maaf dan selesaikan isu ni secara baik..............dia ingat aku apa......ckp sory boleh selesai masalah ke...ye sory boleh selesai masalah tp bukan semua perkara..........klu ko tipu aku kerana ko rasa aku bodoh, ko kena tau ko lg bodoh sbb tipu org mcm aku................aku apa kisah klu ko kena buang kerja..janji hati aku puas.....mmg bunyinya kejam, tp apa yg ko buat tu mmg melampau batas dan norma kehidupan...........
.
.
hidup ini ada batas dan peraturan....andai ko dah melanggari peraturan jgn la sampai melampau batas...sbb saat itu nnt menyesal pun dah tak guna, dan kata maaf pun dah tak laku............apa aku kesah klu org kata aku kejam...............
.
.
bukan satu perkara ko tipu aku tp ada byk lagi kan...klu aku tak check akaun payment aku smlm gan maxis center, entah berapa puluh org lagi org yg ko akan tipu....so saat ko mengenali aku , dan saat ko memberi khidmat pelanggan kepada pelanggan mcm aku, nmpknya petanda malang la agaknya utk ko..............
.
.
apa yg aku buat adalah utk pengajaran utk ko bawa di masa hadapan..andai aku lepas kan kesalahan ko, aku yakin ko tak kan rasa kesal dan menyesal.........jadi ini hukuman utk kesilapan ko.............mmg tak de maaf dlm kamus aku hari ini utk hal ini............maaf tak akan memberi kepuasan kepada aku pun.......jd apa yg aku nak adalah kepuasan dlm ending kisah ini.....
.
.
ini yg paling aku takut ttg diri aku sendiri...andai aku benar2 rasa sakit hati mmg tak ada istilah maaf yg akan di guna pakai...dan sikap belas kasihan mmg aku akan hakis dr diri aku utk situasi mcm ini...........so aku kejam??? apa aku kisah..................
.
.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 hari moody....but finally thank to my old friend dgn tiba2 dia call aku bertanya kaba....she cheer me up...thank so much Mei Lan...........thank sbb call and akhirnya membantu i be back to normal feeling.........luv u my dear friend

Tuesday, February 2, 2010

.................................

dah nak masuk 3pagi, aku masih tak boleh nak lelap kan mata..rasa sakit hati tak reda2 lagi....sgt2 rasa tak puas hati........betul2 rasa tak puas hati...........dah beberapa kwn call cuba tenangkan aku, tp aku mmg rasa tak best lagi...sgt2 tidak puas hati.............aku buat payment suka2 dealer maxis tak bayar dlm akaun aku dgn amount yg sepatutnya.............betul2 aku rasa dealer tu kurang ajar sgt..........dia ada hak ke ambik dan makan duit aku....aku betul2 rasa tak puas hati skrg ni.....kepala aku asyik putar2 perkara yg sama dr tadi smpi la skrg ni.........lg 7 minit kul 3 pagi...tp aku tak tido lg....cuba tenangkan fikiran dan lapangkan minda tp masih tak boleh.............terasa sakit hati bila marah yg aku cuba lepaskan, tidak dapat aku lepaskan 100%
.
.
aku bukan heran sgt pasal duit tu, yg aku marah kenapa dia leh guna taktik kotor utk makan duit customers.....aku dah penah habiskan beratus2 duit aku utk perkara2 yg tidak la manfaat sgt tp sekurang2nya aku puas hati dan aku tau mana pergi duit tu....yg kes ini aku sakit hati sbb dlm senyap2 duit aku hilang mcm tu je sbb ada org main kotor...aku mmg pantang ttg perkara2 membohong ni..............
.
.
klu dah tak amalkan konsep halal haram, sbb tu tak rasa bersalah pun makan duit org secara haram.........selagi perkara ni tak selesai macam yg aku inginkan, selagi tu aku tak puas hati..........mcm mana aku rasa benggang sgt2 atas apa yg berlaku mcm tu la balasan yg mereka kena terima atas perbuatan tersebut............selagi aku tak puas hati selagi tu perkara ni tidak akan aku anggap selesai...tungguuu tindakan yg aku akan ambil seterusnya yg mana akan buatkan ko menyesal seumur hidup ko.............
.
.
aku tak penah nak aniaya org dan aku tak penah menganggu hidup org...tp klu sekali ada org cuba menyusahkan aku, akan aku pastikan hidup org tu akan jd lbh teruk dan sukar di gambarkan....ko perlu bayar atas apa yg ko buat...........ini konsep kehidupan aku....

baik jgn..................

rasa nak menulis meluahkan rasa amarah yg tak reda2....benggang sgt2 dan mmg marah giler

.
.
tp bila fikir2 tak jadi tulis kat sini coz jari jari ni hanya hendak menaip kata2 yg agak kasar dan kesat sahaja.....mcm tak sesuai lak
.
.
baik stop and cerita di lain hari.............
.
.
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Related Posts with Thumbnails