Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Thursday, April 1, 2010

executive mcm aku buat apa ye??????????

ada kwn2 yg sgt2 tidak jelas dgn tanggungjawab aku di office, aku tak salahkan mereka sbb tidak jelas kerana mereka tidak terlibat dlm bidang peruncitan ni....nampak mudah secara kasarnya tp yakin la kerja di bidang peruncitan ni bukan mudah pada permulaannya.........ia melibatkan proses yg berperingkat dan memerlukan pemerhatian yg agak tinggi berkaitan dgn kehendak pelanggan dan keadaan ekonomi semasa...........aku tak minta org memahami kepayahan dan kesibukan aku di bidang ini............tp harapan apa yg akan aku jelaskan ini memberi sedikit gambaran pada kalian berkaitan dgn tanggungjawab yg sedang aku pikul ini......bukan mudah tau, so paham ckit ok

pengurusan perniagaan sebut mcm mudah je, tp nak laksanakan pengurusan perniagaan tu bukan mudah...sbb kita menjadi tunggak utama utk sesuatu kejayaan perniagaan tu...kita yg melaksanakan visi dan misi syarikat dgn mengerakkan proses kerjaya yg telah di berikan............klu nak cerita satu persatu part berkaitan peruncitan ni mmg amik masa la.............so buat masa ni aku cuma boleh jelaskan bahagian tanggungjawab aku dulu........kemudian di lain hari kita ckp pasal tanggungjawab org lain pulak....yg nyata setiap peringkat ada kelebihan dan kepentingan nya...........dlm peruncitan kalian semua kena tahu, bahawa org bawahan adalah aset paling penting dlm menjayakan sesuatu misi dan visi..................jd anda2 yg di luar sana jgn pandang rendah pada mereka2 ni....kerana mereka adalah tunjang utama dlm bidang peruncitan di ikuti pihak pengurusan dan yg seterusnya..................

di bahagian aku, aku dipertanggungjawabkan dlm mengendalikan dan mengawal operasi syarikat cawangan supaya berjalan dgn lancar dan mengikut prosedur yg betul...................

jadi seawal pagi bila smpi saja di office perkara utama yg akan aku lakukan adalah :

1) 10.20 pg check emai terbaru..................mungkin ada yg perlu di update kan pada team aku masa morning briefing 10.45 pg.........jadi maklumat dan informasi yg aku sebarkan perlu la tepat dan memenuhi kehendak company.............jadi communication dan penyampaian perlu la tepat, jelas dan mudah di fahami...............

2) selepas itu dlm jam 11.00pg aku perlu meneliti hasil penjualan utk hari semalam nya............hal2 berkaitan update figure dan data semuanya di serahkan kepada pembantu tadbir yg senantiasa di sisi aku.........so kerja aku adalah melihat graf penjualan naik turun dan buat analisis........kenapa dan mengapa............

selain itu perlu juga lihat sekiranya ada perkara2 berbangkit berkaitan collection pendapatan berupa wang tunai dan bukan wang tunai....semua ni di uruskan oleh penyelia2 tetapi tugas aku adalah memantau dan mengawal..................

3) selepas 2 perkara utama ni aku lakukan utk setiap hari .......baru aku akan move pada isu2 berbangkit seperti yg di email kan..............so dlm sehari ada byk isu berbangkit kadang kala ada byk report yg perlu di selesaikan dlm masa kurang dr 1 jam ..............apa kah report tu............tu yg susah nak jelas kan tu, sbb ada byk sgt..................

4) bila isu2 berbangkit selesai baru la aku uruskan urusan lain yg aku rasa kan aku perlu ambil perhatian.....seperti follow up purchase order penyelia2 yg merangkumi 6 department...........dlm sehari ambil tahu semua department mmg tak lojik la...coz masa kerja 9 jam saja....mana mungkin nak selidik semua perkara....jadi aku bahagikan setiapnya...............dlm sehari mungkin aku hanya go through pada department2 tertentu.................checking byk benda, sbb aku perlu pastikan semua yg di lakukan mengikut proses kerja yg betul....................

5) biasa dlm kul 2 aku dah take rest for lunch...........mmg ni masa yg aku pilih utk lunch setiap hari.....

6) biasa pertengahan bulan, ramai la supplier2 yg akan visit outlet dan update isu2 berbangkit........biasa supplier hanya perlu berurusan dgn penyelia2, tp paham2 la ada supplier sengaja dan lbh suka berurusan dgn org yg atas lg penyelia.............so bila diperlukan terpaksa la bersemuka dan ambil sedikit masa utk berhadapan sgn supplier.....tp serius ada masa klu aku bz sgt mmg aku tak nak jumpa supplier...biasa bila dah bz bebenar tu aku juz inform penyelia bgtau yg aku bz so tolong berurusan dgn peyelia saja.............mmg tak boleh elak.........kadang2 perbincangan gan supplier dr isu kerja ke isu gosip so mmg amik masa 1-2 jam...........

7) dlm jam 4-5ptg mcm tu akan mengadap komputer semula utk checking mail update....dan masa ni kadang2 kala byk la isu2 berbangkit di belah petang nya....mmg tak penah free dr receive mail2 ni....................

8) ada masa juga bila dapat mail ttg stock level, so masa tu akan ada la proses menganalisis stock level pulak............klu nak tau stock level ni boleh mengambarkan performance sesebuah outlet  dan kemampuan pengurus dan penyelia sesebuah cawangan................so mmg kena jaga habis la............nak jaga stock level bukan mudah ok,susah sbb byk cabang yg kena tgk................

9) dlm sebulan pasti akan ada 3-4 complaint dr org sana org sini...........jadi menangani perkara ni adalah sesuatu yg sgt stress pada aku............bila pula pihak atasan minta penjelasan lbh jelas............so paham2 la terpaksa la membuat karangan dgn bukti2 yg kukuh utk mempertahankan kedudukan............tp buat masa ni setiap kali cawangan aku dapat complaint mmg aku berkerja keras utk memberikan penjelasan.....dan akhirnya pihak yg membuat aduan akan memohon maaf sbb kesilapan teknikal ending nya..........part ni yg paling aku tak suka....masa buat aduan ke main lg, bila kita beri tunjuk sbb dgn bukti2 yg kukuh mula la, minta maaf la kesilapan teknikal la, kadang2 pihak yg mengadu terpaksa cari kambing hitam utk tutup kesalahan sendiri.............

10) sekali sekala kadang2 turun padang menangani pelanggan, paham2 la pelanggan ni mcm2 hal...kadang isu kecik je mula nak masuk office............so terpaksa la campur tangan...

11) paper work jgn ckp la dlm sehari pasti ada 1-2 yg perlu di uruskan...............bukan mudah tau..............

12) awal bulan jgn fikir mudah ada hampir 6-7 report perlu di siapkan sebelum 6hb..............so pengalaman dan kecekapan sgt2 diperlukan utk menyiapkan semua report tu........alhamdulillah aku dapat kuasai semua report2 tu dgn baik....jarang ada masalah..............

13) dlm sehari perlu juga monitor kerja2 pembantu tadbir aku...sbb byk kerja2 dia melibatkan performance aku, so aku perlu pastikan dlm sehari dia dapat selesaikan 85% kerja dia dgn baik.................klu tidak mati aku.......................kiranya kehebatan pembantu tadbir sgt2 mempengaruhi kejayaan aku.........so sokongan perlu di bahagian ini...........

14) dan jgn fikir kaki tangan di outlet aku bebas dr masalah disiplin.....................so paham2 la

15) ada masa aku juga perlu monitor kerja2 penyelia dan staf2 membuat return barang2 niaga kepada supplier.............jadi byk document perlu aku teliti di bahagian ini..............

16) sebulan sekali hadiri meeting di melaka............

17) politik di tempat kerja lagi perlu di tangani ....huhuhu kena byk hati2

18) promosi yg paling mencabar.....nampak mudah tp nak membuat persiapan bagi setiap promosi bukan mudah ok.....kerja aku hanya monitor....nampak mudah check2 saja...........tp di sebalik check2 tu tak de yg mudah.............tp klu org bawahan especially penyelia2 kuat2 selamat,  kerja bahagian ni akan jadi mudah dan senang...............tp klu org2 bawahan kurang kuat, perlu la aku lbh kehadapan utk menjayakan sesuatu promosi............mean terpaksa turun padang la namanya

19) dlm seminggu terlalu byk document perlu di sign dan disahkan..........bayangkan dlm sebulan tak tau berapa ratus sign aku diperlukan..................wah kalah artis oiiiiiii

so ada byk lg kerja2 yg perlu aku selesaikan dlm masa satu hari........sbb tu aku bz ok kwn2..........so pembahagian masa sgt2 la penting bagi aku la ..............silap masa, habis semua kerja akan tertangguh dan memberi beban kemudian harinya.................................

so u all rasa mudah ke kerja aku ni..................nmpk mudah sbb semua nya monitor monitor monitor.............tp hakikatnya tidak la semudah yg anda semua fikir...........nak tau susah ke tidak , kena la ceburi bidang ini.............................dan rasakan sendiri kemudian baru la komen................... betul tak????????

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails