Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Wednesday, December 29, 2010

Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010



 Piala AFF Suzuki 2010 
omelan putri khyalan di pagi hari 
 
glory Morry yezahhhhh

Malaysia kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama. Namun Malaysia tidak mudah putus asa sehingga Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara timbal balik, dalam perlawanan di Kuala Lumpur & Hanoi.
.
.
Bermula detik itu Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 14 tahun dan bertemu dengan Indonesia. Berbekalkan jaringan Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin pada peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jali semangat juang masih di teruskan di stadium gelora bung karno dgn benteng pertahanan yg seharusnya di puji the bommmmmmmmmmmmm bastik sehhhh
.
.
Dah segalanya bermula di situ dan berakhir :


29.12.2010 penantian 14 tahun merangkul, memeluk, mencium, merakus, piala keramat akhirnya terbalas harini dgn kemenangan 4 : 2 di gelanggang arena stadium gelora bung karno yg ternyata bergelora dgn terjahan anak2 harimau Malaya Rajagopal. Mmg mendebarkan hingga bisa membuatkan jantung ini berdegup degupan tanpa henti sepanjang 90minit masa perlawanan ………………..jika kita ukur jeritan suara rakyat Malaysia dr perlis ke selatan johor tanah air pasti jeritan itu biasa mengegarkan tembok stadium gelora bung karno………….
.
.
Lagi-lagi bagi penyokong dari johor yg menyaksikan perlawanan dr kaca televisyen langsung dari RCTI bisa membuatkan hati ini geli hati dgn cara pengacaraan pengulas sukanya……….terlalu obsess hingga lupa bahawa taring harimau Malaya terlalu tajam utk di cakari……….masih cuba utk terbang tinggi dan tidak mahu menunduk bumi walaupun ternyata kehebatan adalah milik skuad muda dari Malaysia.
.
.
Jangan pandangku sebelah mata
hanya kerna ku tak pernah juara
walau ada kelemahannya
engkau pun apa tidaknya
jangan pandangku sebelah mata
nanti kejantanmu tercabar
takkanku menyerah kalah
kerana ku tak pernah juara
kelemahanmu akan ku tepis
hingga buat kau menangis  
( nangis anita sarawak dgr aku nyanyi lagu dia dlm blog nie hihihi )
.
.
Nampaknya lepas ini safee sali dan khairul fahmi akan lebih di kenali jika di bandingkan dgn pasanga kembar aidil dan zakuan…….tp ingat jangan menidakkan anak anak harimau yg lain kerana mereka juga hebat dalam percaturan perlawanan ini.......anggap saja jaringan saudara Muslim kegawang sendiri sebagai cenderamata pada pihak lawan yg mengigit jari sekurang2nya mereka boleh melompat keringan utk sesaat cuma….

gerekkkkk sehhh safee sali





jejaka malaya 2010 ~ keeper baikkkkk punyaaaaaaaaaa




Sudah terang lagi bersuluh, ternyata harimau muda beraksi garang dan penuh dedikasi demi memastikan seluruh rakyat Malaysia tersenyum bangga di tanahair . ini lah kenangan pengakhir 2010 yang terlalu manis utk kita kenangan dalam arena sukan tanahair buat masa ini. Aku megah menjadi anak Malaysia…..
.

Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia 
.

Garuda mendabik dada hanya kerana dia bersayap dua, memandang harimau Malaya dari jarak tinggi , hingga dia lupa andai sayap itu tercarit patah pasti garuda terbang rendah jua. Dan ternyata cengkaman, cakaran, gigitan harimau Malaya membuatkan garuda turun padang gelora bung karno dgn terbang rendah gara2 sayap kanan nya patah ketika beraksi megah di stadium bukit jalil lewat hari lalu……………
.
.

Julia perez ngobrol ingin mengoda skuad harimau Malaya dengan aksinya meleser dgn memakai XXX  laser, tp sayangnya Julia perez lupa bahawa anak muda dari Malaysia ini tidak biasa di goyangkan dgn laser murahan itu…..........tp nampaknya Julia perez sendiri tidak bisa menonjolkan dirinya di khalayak ramai dek kerana dia sedar harimau Malaya akan mengaummmmmmmmmmm di stadium gelora bung karno……………… Persoalannya, beranikah Julia Perez duduk atau berdiri satu baris sama dengan penyokong-penyokong yang kesemuanya lelaki di tempat duduk penonton?  
ini la dia julia perez



dan inilah dia liya hamid cewek yg bisa menandingi julia perez dr segi kecomelan tapi tidak mampu utk memandingi ke'leser'an nya wkakakakakkakaka ( merepek sudahhhhh )


Sekadar menyebut beberapa nama asahaari, kunalan, sadee sali, khairul fahmi si goalkeeper idaman Malaya bermula malam ini bersama2 barisan harimau muda yang lain mmg hebat terutama sekali di barisan pertahanan …………mmg jenuh la skuad garuda nak memecahkan tembok menggunakan sebelah sayap……. Sory nasuha sory gondaliz bapak bapak tak bisa melakukannya kerana tembok itu terlalu utuh utk ko robek nya………….lubang satu dua ermmmmmmm ternyata tidak runtuh ya bapak bapak………..
.
.

Namun  kita tidak mampu utk menidakkan kehebatan serangan dr garuda terbang rendah, yg tidak mahu mengalah malah masih cuba mencengkam skuad harimau Malaya tp sayang taring dan kuku harimau Malaya terlalu tajam utk di tangkis….apa pun semangat utk tidak mahu tewas itu harus di puji dan skuad garuda lakukan nya dgn baik tapi sayang seribu kali sayang…………………semangat Malaysia Boleh lebih berapi der ……..api mamee slurpppp pun kalah babe…………….
.
.

seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita bola kita
Rupanya sampai sini
Setelah merebahkan garuda ini hari
Setelah kau kecundang rimau lari lari
Segugus janji-janji utk Malaysia ku kini
tak tergamak ku mungkiri………………….yezahhhh gollllllllllllllllllll
( tangkap leleh siot pagi-pagi subuh nie, salem kesat airmata klu dgr aku nyanyi nie)

.
.

Kita banyak beri ruang pada skuad garuda sebenarnya tp sayang sayap yg satu itu tidak mampu memanfatkan peluang yang ada …………kabarnya penjualan laser di Negara jiran itu mendapat sambutan dan jualan yg tinggi tapi sorry dong ia tidak bisa menganggu gugat terkaman harimau muda dari malaysia ini…..skuad Malaysia beri penalty, tapi sayang kaki mu pincang kesan gigitan harimau Malaya tempoh hari…..harimau muda kasi goal free lagi untuk penyokong penyokong baju merah tapi sayang garuda terbang rendah dan tidak hargai kemulian hati harimau muda ini………lalu harimau Malaya menjulang piala idaman rakyat Malaysia …………..sory dong , cuba lain kali yaaa  ini tahun malaysia punya…………..
.
.

Sekalung  Tahniah untuk pasukan Malaysia apabila berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010 yang mencatat sejarah dalam arena bolasepak Malaysia dan menutup tirai 2010 dengan gemilang cermerlang terbilang !!!!!!!!!!!!!!!!!
.
.

Gol jaringan Safee Sali [Indonesia 0 - 1 Malaysia] Gol jaringan Nasuha [Indonesia 1 - 1 Malaysia] Gol sendiri jaringan Muslim [Indonesia 2 - 1 Malaysia]


waduh waduhhhhh gantang gantang ini anak2 harimau muda




 MALAYSIA BOLEH ~ HARIMAU MALAYA 

MENGAUMMMMMMMMM 

DI STADIUM GELORA BUNG KARNO


Monday, November 15, 2010

kerana U.D.A.N.G

cerita pasal udang ni sebenarnya sesuatu perkara yg agak menyedihkan pada diri aku yg sensetif ni,  sbb tu aku tak pernah ceritakan kisah udang dlm blog nie.......tp harini bila aku tgk ada lagi menu udang dlm tudung saji di rumah nie, aku rasa sedikit terusik dan akan ingat apa yg berlaku...
.
 aku anggap aku terlalu sensetif sbb tu udang pun leh jadi bahan yg bergitu menyentuh hati aku nie...tp aku yakin org yg tak sensetif pun klu lalui apa yg aku lalui bersama kisah udang ni, mungkin akan paham kenapa aku rasa sebal di dada tiap kali nmpak udang nie...
.
perkara dah berlaku sebulan lebih pun, mungkin masih baru jadi ianya masih segar bugar dlm ingatan ni...harap2 cepat2 la ia pergi kan.............ubat segala duka adalah masa....jadi aku perlu masa utk melupakannya....tp aku akan lupa ke?? harap allah swt di samping aku dlm mengharungi segala kesedihan yg sedang melanda dan bakal mendatang...
.

kisah udang yg aku lalui ni , aku cerita kan pada ibu aku....tp jujurnya aku bkn la org yg mudah nak cerita itu dan ini pada ibu aku sejak menjak aku dah menjadi wanita nie...masa remaja2 dulu hal cinta pun aku citer kot kat ibu aku.........tp sbb kisah udang ni sgt2 la menyedihkan hati aku, tp masa cerita kat ibu takde la aku nangis pun, sbb aku kawal rasa sedih dlm diri......kenapa?? bersebab, aku tak nak ibu aku rasa bersalah atau rasa sedih sama mcm aku...................tp nmpknya ibu aku mcm paham apa aku rasa dan aku cuba sampaikan..........
.

dan even perkara tu dah sebulan lepas berlalu, mean berlaku masa bulan raya aidilfitri la kan........smpi ke saat ni ibu aku akan masakkan lauk udang seminggu sekali kadang2 seminggu dua kali utk menu makanan di rumah.............aku tahu ibu cuba nak bantu aku supaya jgn ingat kisah sedih udang, atau mungkin juga rasa bersalah atas apa yg aku lalui..........tp aku tak tahu tiap kali aku nmpk udang , aku akan ingat benda tu..
.

aku tahu udang bkn sesuatu benda yg sukar utk family aku........(maaf aku bkn nak berlagak di sini) tp aku cuma nak org faham yg udang bkn la makanan mewah utk keluarga aku, jadi kenapa udang yg mungkin murah utk diri aku tu menjadi bahan kecil hati yg tidak terhingga pada aku.............aku pun tak paham, mungkin sbb aku sensetif...tapi sungguhnya sebahagian besarnya kerana  sikap org yg membuatkan aku rasa berkecil hati dan sedih tiap kali nampak udang..........huhuhuhu susah nak huraikan kisah udang nie........biarlah aku je yg sebak sebab udang.........tp aku mmg berkecil hati dgn pemilik udang itu...........
.

baru2 ni aku ikut ibu aku g pasar, nmpk udang besar , ibu aku ckp, ahhhh tgk ni udang ni besar lebih besar tak dr udang yg -------------------....aku cuma senyum je... ibu aku beli la smpi 2 kilo di belinya, sekilo rm25.00....lepastu dia ada ckp sorg2 mcm bubbling sorg2 , nak 6 kilo pun boleh, tp nak buat apa pulak byk2 kan.....
.

sampai la ke hari ini : menu bersahur pagi yg hening ini adalah smbal udang dan sayur kailan..........adik aku pulak terus ckp.............ahhhh ko tgk udang nie, lebih besar dr udang -------------------..........apa ingat kita sengkek sgt nak beli udang..................isunye kecik saja sbb udang, tp kesan nya ibu dan adik aku smpi hari ni paham apa yg aku lalui.......tp aku yg rasanya saat itu, mmg sgt2 mendukacitakan..............terlalu kecil saat tu hati aku .........
.

inilah namanya manusia............dan kerana kisah udang ni aku belajar byk benda terutamanya adalah kawalan sikap ...................adakala kita tak tahu yg perbuatan kita tu akan memudartkan org lain...tp kisah udang tu jelas sgt mmg sengaja dan mmg niat org tu bergitu..........tp tak pe la, semoga tiap kali aku nmpk udang, aku akan berazam utk menjadi org yg terbaik di dunia ini.............

kira rasa kita bagus.............

kita selalu rasa kita dah cukup baik tapi kenapa kita tak dapat apa2 sebagai balasan....sbb kita tak cukup baik pun , klu kita baik kita tak harapkan balasan...........org baik saja yg dapat balasan baik..
.

kita selalu rasa yg kita ni mcm dah sgt2 bekorban itu dan ini utk keluarga org keliling, tp kenapa takde org rasa nak berterima kasih dgn kita...........patut apa yg kita buat perlu di balas dgn ucapan terima kasih tapi kenapa tiada.........sebab kita bkn berkorban tp kita sengaja berkorban utk mendapat kata2 terima kasih...sbb niat kita salah dan kita tidak ikhlas berkorban utk keluarga mahupun org keliling..........sbb itu terima kasih tu tidak smpi pada kita.........
.
kita rasa sedih sbb kita gagal dlm apa yg kita mahukan lalu kita salahkan itu dan ini salahkan itu dan ini kerana kegagalan kita.kita rasa dunia tak adil sbb mengagalkan diri kita..kita tuding jari arah sana dan sini demi membuktikan kegagalan kita bkn kerana kita tak layak atau tak usaha tapi kerana itu dan ini...........bagaimana dunia nak adil pada kita, kalau kita sering berprasangka............kerana ada titik hitam dlm hati kita kerana itu kita gagal, kenapa kita tak sedar..............
.

kita sedih bila kita kecewa, kita sakit hati kenapa org tu , org sana tu, org yg situ, semua sedang ketawa....hanya kita je yg sedih..........sgt2 tidak adil sbb hanya kita bersedih.......sgt2 tidak adik............tp kita pernah tak sedar saat kita ketawa ada yg sedang bersedih........adakah kita fikir bergitu saat kita ketawa?? apa kita kata.............aku dah usaha, mmg aku layak utk ketawa....jadi kenapa kita perlu marah jika ada org ketawa.........bkn ke dia pun layak utk ketawa ? dan kenapa kita bersedih?? dan kenapa kita tak boleh terima kita sedang bersedih??
.
kita tak suka org buat kita bergitu, kita nangis bila kita di buat bergitu..........dan bila kita ketawa kenapa kita perlu buat balik apa yg org buat pada kita...........jika kita tak suka di buat bergitu kenapa, kita nak buat pada org pulak............
.

kita rasa diri kita dah cukup hebat utk berada di atas itu, dan kita lupa apa yg ada di bawah......indah sgt ke berada di atas tu..dan teruk sgt ke berada di bawah sana tu..............yg di atas tak tahu apa rasanya berada di bawah??? tak tahu , atau tak nak amik tahu....dan skrg bila berada di bawah?? apa kita rasa......sakit bukan bila org di atas langsung tidak mahu memandang apa yg org di bwh sedang buat.......
.

kita lonjak kegembiraan bila kita dapat kabar bahagia............org sebelah menyebelah sedang menangis pun kita tetap meraikan saat gembira kita..........kerana kita rasa kita sedang gembira maka kita ketawa la, org lain sedang bersedih itu bkn masalah kita.............jadi hari ini jika kita sedih dan tiada yg ingin tahu kabar berita kita...mengada kita perlu marah dan kecewa....
.

kita terlalu rasa kita bagus, sbb tu akhirnya kita bersedih, kecewa, menangis................sbb kita sering alpa saat kita ketawa dan bahagia.........................

Thursday, November 4, 2010

aku yg emo bkn salah org pun

aku emo hari ni....emo tak pasal2 dan tanpa sbb.....terlalu sensetif dgn keadaan keliling....padahal hari ni ok saja td enjoy sgt2... ada byk benda nak buat dan fikir....


tiba2 ada kwn stop chatting tanpa sbb dan separuh jalan  kemudian end goodbye kat phone .......apasalah kan end that chatting kemudian baru out....huhu tiba2 kecik hati tanpa sebab...mcm ada buat salah, klu ada buat salah bgtau la kan....emo emo emo


pastu ada kwn yg dah lama kenal biasa ckp sy awak sy awak, tiba2 ber engkau aku ber engkau aku dgn tiba2 dan tanpa sebab ....terus rasa emo emo emo emo huhuhu


pastu tiba2 jumpa kwn lama yg dah lama menyepi.....lama giler menyepi...kemudian tiba2 muncul dlm ruang FB add as a friends kat aku pulak.....ikut kata hati nak ignore saja tp aku accept gak....sbb dia jenis kwn yg dekat masa susah , kemudian jauh masa senang...........aku emo emo emo




tak suka emo emo.......................................sedih mode :(

Monday, November 1, 2010

kisah putri cahaya dan batman

di kisahkan pada zaman dahulu wujudnya kisah kasihnya putri cahaya pada batman yg tidak berupa........

dalam sebuah kerajaan alam khayalan di kabarkan berhidupnya seorang putri raja yg menjadi putri kesayangan tuanku megat pahlawan sakiti dan permaisuri cahaya pelangi................kelahiran putri nur cahaya amat di nanti2 kan seluruh penduduk kerjayaan alam khayalan.............17thn berlalu dan kini putri nur cahaya menjadi dewasa dan berupa, NAMUN...................................

putri cahaya kabarnya seorang yg sangat tegas dan kuat merajuk..ini menyebabkan di tiada kwn dan tiada teman....sikapnya tegas dan suka merajuk membuatkan putri cahaya kurang gemar utk bersama dgn org2 yg wujud di sekelilingnya............putri cahaya juga seorang yang tidak patuh pada arahan dan panduan...dia sering mengikut gerak hatinya sendiri tanpa meminta pandangan mahupun mendengar teguran sesiapa pun... ada yg mengabarkan putri cahaya bukannya sombong org nya, cuma dia kurang bergaul dan bermesra walau dgn sesiapa pun.............

kisah putri cahaya dan batman bermula di sini...............


kerana sedih dan sering menyendiri putri cahaya berasa dirinya tiada apa2.....kisah perginya sepupunya putra megat seri alam bayu kerana mengahwini putri mawar berduri membuatkan putri cahaya tidak percaya pada kasih sayang abadi wujud di alam kehidupan ini .....tiada teman membuatkan putri cahaya merasakan dlm dunia ini tiadanya kasih sayang abadi yg mampu membuatkan hidup manusia bahagia........dia sering mencari apa itu kasih sayang abadi namun sehingga kini putri cahaya masih mencari dan mencari........dan ketika putri cahaya sedang berjalan2 di taman khyalan , dia terlina di bangku asmara berhadapan dgn tasek impian yg di ilhmakan oleh ayahandanya megat pahlawan sakti.....

kisah mengenal kasih sayang abadi bermulanya di sini.......................

terjaga dr lena putri cahaya terkejut kerana dia telah pun berada di satu kawasan yg agak sunyi dan tidak pernah dia hadir ke situ sblm ini..putri cahaya bingung dan kaku dgn apa yg sedang berlaku.............kemudian dia terus berjalan utk kembali ke istana nya , dengan rasa bimbang dan kesunyian putri cahaya berjalan dan berjalan sehingga dia mula sedar bahawa jejaknya telah jauh meninggalkan kerajaan alam khyalan............putri cahaya terduduk dan kaku di bawah pohon cemara......perasaan bimbang mula hadir dan dia mula menjerit memanggil ayahanda, bonda, kekanda serta dayang2nya........namun jeritannya tidak bersahut dan tidak bersuara..............

putri cahaya semakin takut, kaku, dan kelu membuatkan dia tidak mampu utk berganjak dr kedudukannya..dia risau andi dia akan lbh jauh dr kerajaan alam khayalan...............maka senja pun melabuhkan tirainya, suasana nyaman kehijauan yg dipenuhi dgn alam flora dan fauna mula menghitam dan gelita.......ketakutan yg berbeku di dlm diri putri cahaya tidak mampu dibendung lg............dia kesal kerana tidak mengindahkan ketika bondanya menghalang dia ke taman khyalan menyendiri dan meminta seorang dayang menemaninya...........lalu dia ingkar dan tidak mengendahkan amaran itu...dan kini dia terperangkap dlm gelita kerana keingkaranya...............

putri cahaya termanggu di bawah pohon itu, dan malam pun semakin menghitam bersama2 dgn angin yg menghembus syahdu membelai dedau berbunga, pepokok , pepohon yg tumbuh segar ..........kelam, gelita , putri cahaya masih ada di bawah pohon itu...........

tiba2 lompat seekor katak hijau berdekatan nya.....putri cahaya terkejut lalu dia cuba menghalau katak itu dr mendekatinya...........kakak hijau terhenti lalu memandang penuh kasih kepada putri cahaya........dan katak hijau pun berkata2..............


"wahai putri cahaya, mahukan engkau aku temankan mu sehingga menjelangya cahaya siang sekurang2nya aku dapat menghilangkan rasa takutmu"........................"wahai katak hijau di hadapanku, engkaukah yg berbicara2 itu"................" ya putri cahaya, aku la yg sedang berkata2 dgnmu"......      " wahai katak hijau yg beta hormati pergilah engkau beta tidak perlu teman seperti mu wahai katak, apakah yg mampu kau buat utk ku, badan mu kecil dan beta yakin kau tak mampu utk menjagaku"..............."wahai tuan putri cahaya, kecil badanku bkn bermakna aku lemah, aku kasihan melihat mu tidak berteman di hutan gelita ini, aku kasihan dgn mu wahai putri cahaya".................." beta terima niatmu itu wahai katak hijau yg beta hormati, namun kehadiranmu tidak ku undang dan aku perlukan, beta akan setia menanti di bawah pohon ini sehingga mentari datang kembali, beta tidak perlukan teman, pergila engkau, pulang la engkau wahai katak hijau yg beta hormati"................"jika itu yg kau katakan, aku terima, tinggallah engkau bersendiri putri cahaya, semoga kau selamat di hutan yg gelita ini"............

di dalam hatinya berkata2 mampukan seekor katak hijau sekecil itu menemaninya, jika ada bahaya yg mendatang apakah kudrat yg ada utk seekor katak hijau itu..........lalu katak hijau pun melompat dan melompat sehingga hilang dr pandangan................malam semakin kelam............putri cahaya terlena dan tersedar kemudiannya.......dia semakin takut dan mula ingin menangis , kemudian dia teringat akan si katak hijau yg dia ketemui td.......perasaan mula menyesal jika tidak sekurang2nya dia ada teman ketika itu...............................

putri cahaya cuba melangkah dlm gelap namun mengundurkan semula dirinya..dan kembali setia di bawah pohon menanti mentari muncul lg................kemudian lalu seekor anak kura2 menuju ke arahnya.....

"wahai putri cahaya, kenapa kau bermuram durja"................."wahai kura2 engkaukah yg berkata2 itu"....."hamba lah berkata2 tuan putri cahaya megat pahlawan sakti"................."wahai kura2 yg beta kasihi, beta tersesat dan tidak tahu jalan pulang".................." putri cahaya sudikan kau berjalan beriringan bersama2 hamba dan hamba akan cuba bawa putri cahaya pulang ke pangkuan ayahanda dan bondamu"...................putri cahaya berdiam , di hatinya berkata2 bagaimana kura2 dapat membantunya kembali ke istana alam, berapa hari boleh dia sampai ke istana jikalau langkah kura2 terbesar itu............dia mula berkira2 dlm hati.........."wahai kura2 yg beta kasihi terima kasih atas usulmu itu, beta rasa lebih baik beta menanti di sini menunggu ketibaan mentari muncul lagi, barangkali hulubalang2 dr istana beta sedang menuju mencari beta yg telah hilang dr istana, terima kasih ku ucapkan atas perlawaan mu itu"............."jika itu yg putri cahaya kabarkan semoga putri cahaya selamat di hutan gelita ini"..............................kura2 melangkah pergi, lama melihat barulah hilang dr pandangan......



kemudian putri cahaya semakin kesal kerana mengendahkan usul kura2 td............dia ingin menangis ketika itu, namun dia............................








...............................................................bersambung

Wednesday, October 27, 2010

kenangan yg byk pahit dr manis..

klu nak ckp pasal kenangan zaman sekolah mmg tak boleh nak lari dr imbauan zaman di

  • sekolah rendah kebangsaan kampung melayu kluang (SKKM) dan
  • sekolah menengah kebangsaan sultan abdul jalil kluang (SSAJ) skrg dah jadi (SKSAJ)

dan imbauan dr dua sekolah ini la yg membawa byk kenangan suka duka aku zaman bebudak dulu2..tersangatlah mekar dan indah dlm kotak fikiran ini, sehinggakan kenangan yg semakin pudar jika di gilap semula aku yakin aku mampu mengingatinya.........tersgt la indah dan tersangat la mahal kenangan2 yg aku penah cipta di 2 sekolah itu....


.............sehingga aku agak menafikan atau mengambil lewa kenangan yg ada pada sekolah menengah kebangsaan taman ungku tun aminah skudai (SMKTTA).........namun sejujurnya aku tak mampu melupakan sebilangan kecil org2 yg aku penah kenal dlm sekolah SMKTTA tu............

aku tak pasti sama ada aku penah cerita dlm blog sblm ini ttg kisah SMKTTA atau life aku masa form 4 dan form 5...tapi jujurnya aku lalui kenangan yg indah utk 2 thn semasa aku mula meningkat remaja dan mengenal apa itu erti kehidupan....utk umur 16 dan 17 thn satu tempoh dan kenangan yg tersangat la sukar utk aku lalui sebenarnya............dan aku berani kata menjejakkan kaki ke SMKTTA telah menukar sikap aku dr A kepada Z dgn kadar 360 darjah pusingan nya............boleh bayang?? aku tahu tak boleh....tp itu yg aku lalui tiada kenangan indah yg byk utk aku kutip dan aku titipkan utk 2 thn itu............tapi aku juga tak boleh nak elak utk menjamah beberapa sisa bahagia di sana............cuma ckit dan kerana itu SMKTTA hanya satu cebisan ingatan yg mmg aku tak penah cuba nak ingat dan aku juga tak penah cuba nak lupa.......

u penah tgk citer filem BAGINDA yg benji berlakon tu...........klu penah mcm tu la kenangan yg ada dlm lipatan sejarah aku di SMKTTA..............dan u all pun tak akan penah percaya bahawa wujudnya guru yg tidak bahagia bila anak muridnya berjaya...........percaya?? aku pun tak nak percaya...tapi itu yg aku lalui......tahu apa itu BULI..........paham apa maksud BULI...dan aku hampir menjadi mangsa BULI pada zaman tu, tp mcm aku katakan tadi menjejakkan kaki ke SMKTTA ianya telah menjadikan aku berubah dr A kepada Z dlm kadar 360 darjah pusingan nya............jadi kes BULI bertukar menjadi lain........dan kerana itu aku agak di kenali, menjadi bualan dan perhatian ...................

aku menjadi perhatian kononnya kerana kecantikan dan kepandaian aku
aku di kenali kerana menjadikan kes BULI bertukar menjadi lain....lbh hebat dr kes BULI
dan aku di jadikan bualan kerana sikap sombong yg aku pamerkan pada semua org..........

dan sejujurnya aku akui kejayaan aku dlm SPM adalah kerana rasa dendam yg aku simpan dlm diri utk 2 tahun tersebut................dan sekurang2nya aku bersyukur kerana dendam itu membawa aku ke menara gading........dan aku juga tak dapat nak elak utk tidak meletakkan SMKTTA dlm kenangan indah dlm hidup aku...................

  • guru yg tidak menyokong kejayaan aku
  • guru yg sengaja menjatuhkan aku
  • guru yg tidak bahagia dgn kejayaan aku
  • lelaki yg membenci aku tanpa sebab bertahun2 kemudian hantar surat cinta pada aku
  • lelaki yg rasa aku tak cukup hebat utk didampingi kemudian hantar surat cinta pada aku
  • lelaki yg suka pada aku, bila aku tolak dlm masa 2 hari dia boleh couple dgn kawan baik aku
  • lelaki yg pandang aku sebelah mata kemudia hantar surat cinta pada aku
  • lelaki yg mengelurkan kata2 yg teruk pada aku tanpa sbb munasabab
  • perempuan2 yg iri hati pada aku tanpa sbb
  • perempuan2 yg dengki dgn kejayaan aku tanpa sbb
  • org yg ada bau2 bacang dgn aku, malu nak mengaku siapa aku hanya kerana aku bukan budak kelas pandai...tp bila spm dia dapat pangkat dua hujung2 tanduk aku dgn megahnya tunjuk silp pangkat 1 aku pada dia
  • guru yg ada bau2 bacang pada aku, tp buat2 tak kenal aku
  • perempuan2 yg dengki pada aku bila nama aku ada dlm top list name student sedangkan aku bukan budak kelas depan...........
  • pempuan2 yg menjeling bila nampak aku beli borang kemasukan U, sbb hanya aku dr kelas belakang yg beli borang itu... org pandang aku sebelah mata
  • pempuan2 sakit ati gan aku hanya kerana bf2 dia tgk aku.............
  • org irihati bila ada cikgu lelaki bujang ada ati pada aku............
  • aku hanya bercakap dan berkawan dgn kurang daripada 15 org..........percaya
  • 2 thn kat sana umpama dlm jail yg tidak bertembok dan berpagar.........dan kerana menjadi student di sekolah itu aku mula belajar menjadi SOMBONG dan TIDAK SUKA SENYUM
  • dan aku agak tidak mesra senior even aku agak terkenal di zaman itu.............surat dr abg2 senior yg konon2nya nak jadikan aku adik angkat mmg semua masuk dlm longkang...
  • semua yg ada sbb dengki, iri hati, sakit hati, benci , dan segalanya yg pahit2 aku rasa
  • dan sejujurnya aku tak penah rasa nak ingat semua benda yg aku taipkan point2kan atas nie


walau mcm mana sekali pun aku tak dapat nak elak dan lupakan org2 yg byk memberi semangat dan galakan pada aku saat itu...................

cikgu math ( aku lupa dah nama dia ) - guru lelaki cina yg sgt syg dkt aku dan sering membantu
cikgu ekonomi asa ( aku lupa juga nama dia ) - guru pempuan melayu yg sgt2 memberi semangat dan kasih sayang....
sebilangan rakan2 sekelas 4 dedikasi dan 5 dedikasi .................

sangat sedikitkan kebahagian yg dapat aku nyatakan dlm ni ttg SMKTTA...........tp tu la hakikatnya

dan rasanya dah agak lama aku tak penah nak ingat dan imbau kenangan SMKTTA..walaupun sekolah tu hanya la sekangkang kera je dr rumah aku..........dah tiap kali tgk sekolah tu jujurnya tiada apa rasa.......dan habis saja SPM sehingga la skrg aku tak penah pun jejak kan kaki aku ke sekolah tu lagi......

berbeza dgn bila aku melihat sekolah SKKM dan SSAJ..........aku rasa hiba, sedih, sayu dan tersangat bahagia walaupun hanya dapat lihat bumbung sekolah...aku rasa nak menjerit sepuas hati hanya kerana dapat lihat pokok saga yg masih ada di SKKM....dan aku rasa nak nangis hanya kerana dapat lihat pak hussin iaitu peniaga depan SKKM satu masa dulu...........dan aku rasa nak kembali ke zaman sekolah hanya dgn melihat pagar SSAJ.................sgt berbeza dgn keadaan nya kan..............

tapi hari ini aku rasa nak nangis sbb dpt jumpa kwn lama yg aku penah kenal di SMKTTA......sebak rasa sbb rupa2nya masih ada sisa kenangan yg aku patut di ingati............

kwn2 indian yg rapat dgn aku satu masa dulu
aku pun tak ingat langsung bila pic ni di ambil sgt2 terkejut bila jumpa dlm FB seseorg..hujung kiri najib, guhanesh, huda, aku dan rafi


  • daphne john
  • mohd najib salleh
  • rafiuddin
  • guhanesh
  • siau lan - yg ni tak tau la bila akan jumpa lg
mereka2 ni aku jumpa semula dlm FB hari ini....najib jumpa aku dan aku jumpa yg lain........dan mlm ini kami berchatting dan mengimbau kenangan dulu2...smpi ada kenangan yg tak patut di ingat pun dah habis dah kuar semuanya...............

aku kiri sekali duduk - masa form 5 dedikasi
aku kiri sekali depan duduk - masa 4 dedikasi
terlalu kecil nak tunjuk mana aku - barisan kedua dari kiri org ke - 5...menjadi sebahagian dr pengawas sumber sekolah sebelum aku meletakkan jawatan setahun selepas itu kerana sikap manusia dan kehendak diri sendiri

dan sekarang ni aku menanti arrangement dr rafiuddin utk perjumpaan dgn 4 org yg namanya aku sebutkan di atas td.......................lepas spm mmg terus tak jumpa kecuali mohd najib saleh yg masih berhubung ketika itu kemudiannya menghilangkan diri tanpa berita tak pasti kerana apa....hanya dia ada jawapannya

dan aku tiba2 rasa terharu bila rafi ckp kwn2 dan dia dah lama cari aku tp tak penah jumpa................walaupun yg manis tu ckit aku patut hargainya kan.................skrg ni rasa sebak dan nak nangis pulak bila ingat hal2 di SMKTTA satu kenangan yg aku mmg tak berapa sudi nak ingat.....

najib, rafi - jumpa ko org dlm ni mmg bikin aku syahdu syahdan  la hari ni...................

Friday, October 22, 2010

menuju ke simpang jalan yg masih jauh dan berliku

terasa tak berapa nak gembira, bahagia, selesa, dan semua feel2 positif tu tak tau dah pergi mana...bila kita hilang sesuatu yg kita ada, inilah rasanya....tak bersemangat, bersedih, bersendirian dan hilang keyakinan..menyendiri bukan jalan terbaik namun menghabiskan masa dgn kawan2 dan keadaan sekeliling umpama bahagia sementara cuma........bila kembali menyendiri rasa hiba dan kecewa berlegar di benak fikiran dan kehidupan....kusut, serabut, gelap, sunyi, sepi, gusar, gelisah, gelora, segalanya menyatu dalam satu...


ada bahagia yg menanti dan sebaik mungkin cuba semadikan dlm diri..apa yg di nanti terasa sakit utk terus menanti............kelalaian , kealpaan, kecuaian, keegoan, mungkin memerangkap diri sendiri...tak mampu nak berdiri dgn sendiri, tak berdaya mengukir senyum segaris di bibir, tak kuat menampung badai yg mendatang dan tak mampu utk terus bertahan............



bertemu dgn beberapa teman rapat yg mungkin dapat membantu tapi nampaknya bkn mereka yg tidak membantu tp seakan diri sendiri yang tak mahu menerima semuanya buat masa ini...kata2 yg keluar dr mulut2 org sekeliling di rasakan seakan memerli atau menyindir yang akhirnya memakan diri sendiri.........terlalu memaksa utk tersenyum dan terasa bahagia tp akhirnya sakit yg datang tidak langsung terkira....parah, luka, tercalar, tercarit, duka, semuanya bercampur aduk dan memberi bebanan yg tak mampu nak di tanggung dgn sendiri lg


hidup beroda ada masa di atas ada masa di bawah...dan bila di bawah terasa kejamnya kayuhan itu, terasa beratnya utk di kayuh membawa roda kembali ke atas.........jalan yg di lalui berliku dan tak mampu utk meneruskan kayuhan yg ada.....terasa berat, beban, yg ada rasa utk mematahkan semangat utk terus berkayuh dan bertahan...


tahap kesihatan semakin menurun dari hari ke hari, dari minggu ke minggu...badan terasa lesu, mental terasa sesuatu dan fizikal dah tak mampu utk menampung apa yg di rasa....kehidupan dan tak mcm selalu....


ingin menangis tapi dah tak tahu bagaimana...mahu mengadu domba tapi tak tahu siapa yg ikhlas mendengar...kehidupan sekarang ni sgt2 menekan dan menguji diri........masih tak mampu nak terima bahawa kehidupan yg di lalui selama ini telah berubah dengan drastiknya......hati dan minda dah tak mampu menerima arahan dan ketentuan.............fikiran bercelaru............berat nya apa yg ada di dalam hati, terlalu berat utk di bawa ke sana dan ke sini..................tiada siapa yg tahu dan tak ada siapa yg akan tahu..


berharap diri ini, kaki ini, minda ini, jiwa ini, kekuatan ini, akan mampu utk bertahan dlm menanti kebahagian yg di jamin ada di simpang jalan sana yg sedang menanti...gagahkan diri ini, jiwa ini, hati ini, utk terus berkayuh, bertapak, berjalan, merangkak, mendaki, menuju ke simpang jalan itu...terasa jauh dan tak mampu tapi bagaimana.................................


jiwa semakin rasa kosong diri semakin rasa sunyi.................ada teman yg menanti tapi tak pasti kenapa tangan ini tak mahu di pimpin dan di gari............sendiri yg ingin menyendiri jadi mmg tiada jalan lain yg boleh di ikuti kecuali tetapkan hati dan bukakan apa yg dah tertutup selama ini...........

Wednesday, October 6, 2010

adoiiiiyaaaa pasar malam


Pasar malam...pasar malam ....pasar malam..... ( tapi aku kunjungi waktu siang )

Nak ckp pasal pasar malam hari ni….sbb dah lama tak berblogging…hakikatnya dah hampir 2tahun gak aku tak jejak kaki ke pasar malam…zaman sekolah tu lain ckp la kan…tp sepanjang tu, aku masih makan dan beli sesuatu di pasar malam dgn mengirim pada sesiapa….

Tp nampaknya hari ni tercatat di dada diari yg aku menjejakkan kaki ke pasar malam setelah sekian lamanya dgn bersendirian……..surprise kan??

dan hakikatnya aku tetap tak berapa nak suka ke pasar malam…..opppppppsss jgn salah paham…seharusnya aku kata aku tak berapa nak suka pergi tempat2 yg ramai org seperti tu………ya aku tau bazzar ramadhan pun sama mcm pasar malam…tapi keadaan nya jauh berbeza dan klu nak tau aku pergi bazzar ramadhan jam 4 ptg…so boleh byg keadaan masa tu, takde sesak mana pun..klu dah lepas kul 6 mmg aku tak berminat bazzar ramadhan sbb tak suka dgn keadaan saat tu….

Tp pasar malam klu g kul 4ptg, apa pun takde lg….so takde cara lain 5.30 baru penuh semua gerai2 tp masa tu pun pengunjungnya makkkkkk aiii punya la ramai smpi jalan pun tak de nampak, yg ada kaki2 manusia bila pandang bawaj , dan bila pandang atas nmpk kepala2 manusia pulak, badan2 manusia yg kecik yg besar semua tu……bau-bauan pelbagai flavour ye tak…hehehehehehe………adoiyaiiiiii mmg remas dan pening kepala

Tp aku suka semua benda2 yg ada di pasar malam….terutamanya sayur2 kampung…….aku tak tau la pulak nama2 sayur tu kan, tp aku tau tu sayur2 kampung…sbb mmg kat bandar mcm johor bahru ni jarang la nak jumpa….so apa lg habis sayur2 kampung yg aku tak tau namanya tu aku borong……dan murah2 pulak tu selonggok, seikat rm1.00 saja…………suka suka sgt suka dan suka

Lepas borong sayur kg, beli buah2 yg pelbagai semuanya segar2 dan murah harganya….most of 7-8 biji yg besar2 baru rm10 sahaja …so borong 2-3 jenis buah……….suka suka suka, yg tak suka tgn dah terasa berat …adoiyaaaaa

Kepala dah mula pening sbb org semakin ramai, dan org2 dah mula nak langgar2 aku, lg la buat aku hilang mood , tangan pulak dah berat semacam saja………..jln2 nampak jagung rebus, nak beli tak nak, nak beli tak nak…dah fikir tak nak beli …sbb tgn dah berat jalan lak dah jauh…..tp teringat jagung rebus kegemaran ayah, then patah balik….so beli selonggok rm4 ada la dlm 5btg…………..tambah berat bungkusan2 di tangan….

Terus jalan jalan jalan jalan dan jalan ( dah pusing utk kembali ke jln utama ) jumpa pulak taufu fa………pikir byk kali gak sbb dah tak larat nak angkat dan keramaian org di sekeliling dah buat aku rasa nak pitam dan pening2 dah……last beli gak, utk diri sendiri……..ternampak lak sate sedapppppppnya, kakak yg berniaga tu pun nmpk mesra pelanggan, aku dah berhenti dah nak beli tp lepas tu ubah fikiran,sbb kena tunggu sate yg sedang di bakar…dlm masa yg sama ada 2-3 org sedang menanti …….tak sanggup nak tunggu dlm keadaan mcm ni…dah mula rasa rimas…so jalan dan senyum pada kakak tu

jln ke depan lg dan dah nak smpi ke jln utama …nmpk putu mayam lak…..entah apa miang sgt tekak ni, terasa nak gak…malas nak pikir panjang so beli gak rm2 utk 3ps……………tgn dan berat sgt, dan terasa sikit bernafas sbb dpt lepasi kawasan yg padat gan pengunjung….kemudian kepala berfikir sejenak…entah bila aku akan jejakkan kaki ke pasar malam ne lg…..mmg mencabar utk mengunjungi tempat2 yg ramai org dan sebegini….


Jalan dan jalan, kereta di seberang jln….jln laju2, sbb dah tak tahan nak pitam dah……huhuhu cabaran cabaran ……………

Tu belum cerita pasal g pasar borong yg byk ikan tu……………………….

Wednesday, August 25, 2010

mungkin aku insan paling sedih saat ini..........................

bila berlaku musibah tengahari td mmg sesuatu yg buat aku rasa down sgt2....tp aku sgt2 appreciate pd 2 of my friend sanggup dtg ke balai polis utk pastikan keadaan aku....malah tanpa pengetahuan aku pun...aku dpt tau pun bila masing2 dah sesat tak jumpa jalan....mereka tinggalkan office dengan sedar perbuatan itu adalah satu kesalahan, tp masih lakukan...dan sekurang2nya tindakan itu buat aku ckit terubat dengan kejadian yg berlaku....walaupun terubatnya itu hanya la 1% tp aku sgt2 menghargainya..........


org pertama yg aku call masa berlaku musibah tu adalah abg aku sendiri..dia pun terkejut bila dgr aku nangis, lepas aku ckp apa yg berlaku..dia ada sedikit ketawa walaupun tak jelas tp aku tau dia gelak ckit..lepas tu dia ckp........alah accident ckit aja tu, org lain lg teruk....tak de apa2 la , benda kecik je tu, bukan serius pun..dah2 accident biasa je tu.........lepas tu dia ajar aku buat itu dan ini...............mood aku dah ok ckit lepas ckp2 gan abg aku.........




lepas aku tgk sekali lg keadaan kereta tu, bermula semula mood sedih tu.....kepala kosong tak tau apa, dan tak tau nak call sapa lg sbb sgt2 perlukan teman masa tu, dan dalam keadaan mcm ni baru terasa bahawa aku tiada teman istimewa dlm hidup....jika ada pasti aku ada tempat utk zahirkan rasa sedih ni....dan baru aku sedar aku perlukan sesorg di sisi aku dan menemani aku dlm keadaan yg mcm ini...entah apa2 kan aku fikir masa tu....serabut dan entah apa2....then aku cari org yg dekat dan rapat utk zahirkan rasa sedih tu, terus jari2 ni tanpa fikir panjang call fadzil bgtau dia, tp bukan bgtau pun lebih kepada nak luahkan rasa kesal tu dgn menangis dan dalam keadaan di temani.............so call niat utk ada org teman aku nangis tu saja.......rupa2nya tindakan aku tu buat kan si fadzil terkejut.....dan berita itu pun tersebar la di dlm office..........



chin siong my staff yg sgt concern bila tau apa yg berlaku........di susuli fadzil (walaupun sedang berkecil hati AKA merajuk dgn aku) dia pun dtg juga menyongsong ke tempat kejadian.........walaupun sampai sesat2 cari balai polis, sbb masa di beritahu mereka dtg mencari, aku sudah pun berada di balai polis.....aku siap dah call ckp tak perlu dtg dan suruh mereka terus balik opis....tp tetap berdegil....dan mereka berdua berusaha juga cari balai polis nan satu tu....and finally selepas berkali2 bercalling2 dan bersms dlm keadaan aku yg tak stabil sbb sambil nangis2 sampai juga mereka......










abg2, pak cik2 dan adik2 yg ada kat unit traffic tu jgn ckp la, mereka siap senyum2 dan buat2 lawak lg agar aku berhenti menangis.....sampai ada pakcik polis tu tanya....kenapa langgar apa...ada sesiapa yg cedera ke ....aku terus ckp tak de..... pastu pak cik polis tu ckp ...ooo kemalangan kecik je, sudah2 jgn nangis2 lg, tak de apa2 la...kemalangan ckit je tu......aku tetap juga nangis2 kat ctu....


pastu pakcik polis tu amik statement, bila dia tanya no kereta aku...aku pun ckp...terus dia kata ...oooooooooo patut la kereta baru, tu yg nangis tu ye....lg la aku mengalirkan air mata.......terus cik abg traffic yg kat meja sebelah senyum2 tgk aku....pastu dia kata, pertama kali kena benda2 mcm ni ye...aku senyum dan terus lap2 air mata yg tak nak henti2 kuar tu............dah start rasa malu


sedih sgt2 smpi tak tau nak buat dan fikir apa sekarang ni, tiada teman hanya berblogging tempat aku curah rasa hati..........cuma yg aku fikir sekarang ni, jika aku ada teman istimewa pasti kesedihan yg aku sedang tanggung ni berbeza.......pelikkan aku tak penah fikir2 mcm ni sepanjang 6tahun tanpa teman di sisi...............dan dlm kedaan tersepit antara emosi dan perasaan, perkara ini yg terlintas di benak fikiran aku...........











pada semua kwn2 yg sudi call ( samada aku jawab atau tidak ) dan sms tanya keadaan aku, mmg sgt2 berterima kasih...terasa diri ni masih ada yg sayang..........pada bebudak office yg call tak henti2 dr seorg ke seorg tanya pasal keadaan aku...lg buat aku rasa terharu............











mungkin aku insan paling sedih saat ini......putri khyalan aka daun semalu :(




mungkin ada rahmat di sebalik kejadian ini..........Dia maha mengetahui............



dah tak ada kekuatan

entah la..........apalah nasib.......baru rasa nak ok dgn mood yg berkecamuk....dtg satu lg bencana yg bisa membuat aku rasa down giler2...........aku tak dapat nak kawal emosi saat ni....mmg down sangat...........ralat dan kesal atas kecuaian sendiri......tapi perkara dah nak berlaku tetap berlaku......aku cuba terima apa yg berlaku ada hikmah nya tp apa kan daya aku manusia biasa, yg mudah rasa kecewa.........

tanpa henti dugaan datang.....apa daya yg aku ada utk hadapi semua ini........aku berusaha utk menghadapi perubahan hidup yg mendatang...dan bila hati aku terubat dgn pujuk dari diriku sendiri, musibah ini pula datang.............

bagaimana pecahnya cermin belakang kereta tu, dan pelbagai lg.........bergitu la juga yg aku rasa skrg ni...........pecah dan retak...........sedih dan pilu..........duka dan kecewa.......




tak mampu nak tenangkan diri sendiri saat ini

Saturday, August 21, 2010

hanya KENANGAN.............


Bukan niat hendak menyingkirkan kwn2 dr ruang kehidupan, cuma mengharapkan pengertian dr mereka bahawa ada masa diri ini ingin menyendiri….bukan utk selamanya cuma untuk seketika………..diri tidak mampu utk berfikiran dan bertenang dengan baik……….jadi bersendirian adalah jalan terbaik buat masa ini…..aku sendiri keliru dengan apa yg ada di benak fikiran yg bercelaru ini……aku manusia biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan dan aku akui  kadang kala aku lemah dan tewas dengan perasaan sendiri…………..



Mengenalimu satu kesilapan dan keperitan
Namun mempunyai kenangan2 itu satu keindahan dlm hidup ini….

hanya KENANGAN


Friday, August 20, 2010

bukan semudah 1 2 3

melalui perkara2 yg menjatuhkan kita mmg la sesuatu yg sukar utk kita terima..........tp kerana memilih utk menjaga hati, pasti ada ruang yg memberi kita rasa kecewa............bukan ego kerana mengikut kehendak hati, tp kepuasan dan tanda amarah..................namun rasa kecewa yg bersarang di dlm diri tidak mampu utk kita membuangnya................apa yg kita gapai yg kita gendong, bukan mudah utk kita lepaskan, setelah kita berusaha dgn baik utk kita capai....................melepaskan adalah sesuatu perkara yg agak menyakitkan lebih2 lg perkara itu dilakukan tanpa sepenuh kerelaan..............walaupun keputusan melepaskan itu adalah di tangan kita, tp kerana maruah dan rasa tercabar telah mempengaruhi keputusan yg sukar ini..............

aku yakin dan aku tak penah salah dlm membuat keputusan selama ini..........dan setiap yg aku buat semuanya kerana HATI..............tp kali ini aku cukup sedih dgn keputusan yg aku buat, demi rasa kepuasan dan rasa amarah aku turutkan kata HATI..........aku tak salahkan HATI tp aku agak kecewa dgn keputusan ini...........aku memilih utk melepaskan apa yg aku sayang, tp tidak sepenuh hati................tp apa lg jalan yg ada utk aku pilih.......................ya ada jalan, tp bagaimana dengan HATI............aku lebih sayang HATI aku dr yg lain2, tp jika HATI yang aku pilih sakit yg aku kena tanggung bukan semudah yg org rasa.................

tangga yg kita daki, terpaksa kita turuni satu persatu dgn bergitu mudah sekali, sedangkan masa kita mendaki tapak2 tangga itu bukan semudah 1 2 3.............dan kini aku memilih utk tidak meneruskan pendakian malah menuruni anak2 tangga itu dengan rasa sebak.........................aku sakit hati, aku kesal dan aku marah

aku tak mampu utk sembunyikan apa yg aku sedang rasa, lalu amarah ini telah merosakkan beberapa hubungan yg akrab menjadi tegang dan dingin...............tp aku tak de pilihan ...HATI aku sakit jadi apa yg di sekeliling terbakar sama.............utk elakkan lebih ramai yg terbakar aku tutup semua pintu agar api yg marak tidak menjadikan org sekeliling mangsa keadaan..............................

seminggu melalui saat2 kemurungan bukan semudah 123...tp aku berusaha utk mengatasinya....aku ingat aku kuat tp rupa2nya aku sgt lemah............aku cuba utk memaut pada lengan sesorg tp aku tak tahu siapa yg mampu membantu dan mendorong aku berdiri tegak semula....................

namun aku tak menyesal atas keputusan yg aku ambil dan aku yakin keputusan aku ini akan memberi ruang yg lbh baik utk aku terus mendaki kelak........................aku percaya kepada ketentuan dariNya..........pasti ada bahagian yg sedang menanti aku kelak................









tp dlm mengharungi detik2 yg sukar ini, entah kenapa berhari2 aku mimpikan dia.............dia yg penah aku harapkan, yg penah menjadi tempat aku bersandar dan berpaut.........kenapa aku mesti mimpi dia di saat ini............6thn tak cukup utk aku lupakan dia.............aku berusaha dgn sebaik mungkin dlm tempoh 6 thn ni tp kenapa masih muncul lg.................kenapa mesti saat ini dia masuk dlm mimpi aku..............adakah dia rasa kepayahan aku di saat ini..............dan saat ini entah kenapa semua perkara2 lalu bermain dlm benak fikiran aku..................aku rindu masa lalu, dan aku rindu saat2 itu......................kenapa aku mesti rasa semua ini di saat ini............................tak tak bertapa aku sedang menanggung kesakitan yg tak tau bagaimana utk aku ubatinya..........berikan lah aku kekuatan dan bantulah aku menghadapi semua ini....................dan kenapa saat ini dia yg ada dlm minda aku..........................tak cukup ke 6thn yg dah berlalu...rapuhnya aku pada soal hati, dan tewasnya aku pada diri sendiri....................

beratnya beban yg tergalas di bahu ni...........................dan aku tak tahu sampai bila beban ini akan ku tanggung......................................perlu ke 6thn lagi, atau 12 thn lagi..............dlm perkara ini terasa bodohnya HATI ini.................



ya allah beri aku kekuatan dlm memberi kebahagian pada diri aku sendiri.....dan bantu aku berdiri dengan megahnya di kemudian hari..................aku pohon padaMu

Sunday, August 15, 2010

hati yang di sakiti....................

mood yg sgt2 swingggggg............rasa marah yg membuak2....rasa nak nangis yg teramat2.................gelombang PMS rasanya...............tp keadaan sekeliling juga menambah isi rasa ini............dr pagi cuba mengawal kemarahan yg membuak di dalam dada, tp kerana ini bulan yg mulia, dan aku juga berpuasa aku byk kan beristifar dlm diri.............sungguh sepanjang aku bekerja hari ini mulut aku tak habis2 berkumat kumit beristifar demi mengelakkan rasa marah yg membakar dlm diri.......alhamdullilah aku mampu mengawal rasa itu, tp hingga saat ini aku masih rasa sakit hati yg teramat.................

aku geram bila tengok muka dia, aku geram bila pandang dia....tak tahu la kenapa..........huhuhuhuhu..beri aku kekuatan utk mengakhiri hari2 yg berbaki ini..............tabahkan hati ini  melupakan diri kau dlm ingatan ini...........

kerana diri aku bukan aku saat ini, emosi negetif terlalu memenuhi ruang diri...........masyallah bergitu sekali diri ini................hari ni ada dekat 23 misscall dr 6 org yg berbeza...tp sayangnya kerana ikutkan emosi yg entah apa2 hari ini, satu call pun aku tak angkat dr pagi td...............sbb aku tak nak salah sorg2 dr 6 org tu mendapat tempias dr ketidak warasan ku ini..............sbb aku kadang2 kala menempiaskan emosi ini pada org yg tidak sepatutnya.....................

my granny masih kat wad, td tak dapat nak jenguk dia...so just call dan cakap2 dengan dia............dia mintak aku dtg mlm ni tgk dia, tp mmg aku tak dapat nak penuhi permintaan dia...terasa ralat dlm hati sekarang ni, tp mmg aku tak dapat nak g hospital hari ini............................apa2 pun aku dah luangkan sedikit masa gan granny td borak2 gosip2 dlm telepon...........harap dia semakin sihat dan cepat sembuh.........

aku memangis membayangkan bertapa sakitnya hati aku ni...............aku menangis melepaskan keperitan rasa hati yg aku tak tau bagaimana rasanya, rasanya kau harus tahu, hati aku yg sakit ini.............sgt2 sakit tak tau kenapa dan mengapa...............emosi yg berkecamuk sgt2.........................kenapa nak rasa mcm ni

harap dapat bertahan.................dan lebih positif

ya allah kuatkan diri ini dalam menghadapi dugaan kehidupan ini..........mungkin kerana kelalaian aku , maka aku perlu hadapi semua ini.............
Related Posts with Thumbnails