Melihat kesengsaraan org lain mampu membuatkan kita buka mata dan lihat bertapa beruntungnya hidup ini…..kita rasa kita yg paling malang dan tidak beruntung tetapi kita tidak sedar bertapa adanya insan yg lebih sengsara malah boleh dikatakan sangat sengsara dari kita………..satu pengajaran buat diri sendiri jgn hanya memandang ke langit kerana yg di atas tu pasti semuanya indah belaka lalu kita akan nmpk kekurangan diri kita…….tertanya kenapa kita sering tidak memandang ke laman bawah….kenapa tidak menilai diri dgn meletakkan diri pada kedudukan laman ….. seperti hari ini bila terpandang apa yg ada di bawah itu, yg terdetik erti kesyukuran di lubuk hati yg paling dalam.........baru tersedar atau lalai selama ini
.
.
Malangkah kita ? yg mana kita masih sempurna anggota fizikal dan mental………kerugiankah kita? tp kita masih di beri kemampuan berdiri walaupun hanya dgn sebelah kaki…………benarkah airmata kita yg paling berharga ? jika kita bandingkan dgn harga airmata orang lain…..hampa sgt ke kita? Andai perut masih mampu di isi dgn apa yg kita mahukan….dukacita sgtkah kita? Andai kita masih di beri ruang utk bersuka ria….hampa sgtkah kita? Anda kita masih di beri kesempatan utk tersenyum……
.
.
Masih ada sisa airmata dlm diri ini jika di bandingkan dgn org lain yang sudah tidak mampu utk memerah airmata andai kedukaan melanda …..ya allah betapa aku sedar aku manusia yg tidak pernah bersyukur dengan segala pemberian mu selama ini……..
.
.
Pangkat, duit dan kedudukan itu yg kita cari selama ini dlm mengukuhkan kedudukan diri, sedangkan kita terlupa kesederhanaan itu lbh bermakna jika kita bandingkan dgn kedaifan org lain yg di perlihatkan….kita manusia lalai rupanya……….
.
.
Sebal sayu bila melangkah ke bawah, patut kita bersyukur sbb kita hanya melangkah ke bawah bkn nya terjatuh , tersembam , terduduk di atas tanah………..kenapa kita perlu rasa diri kita penuh kemalangan hanya kerana kita berdiri di tangga bawah ketika ini, sedangkan kita hanya turun bkn terjatuh terjelupuk…..kita masih ada segalanya utk terus melangkah meniti anak tangga itu, bukan ke sebelum kita berada di atas, kita juga melalui titi anak tangga itu………….jika perlu di ulang langkah itu kenapa kita perlu merungut dan bersedih hati………sewajarnya kejatuhan ini menyedarkan kita bahawa kita manusia lalai…….lalu kita diperingatkan oleh Nya
.
.
Apa yg di perlihatkan harini kisah hidup adik Hairuman BERSAMAMU TV3 , sangat2 memberi pengajaran pada diri sendiri…….lalu aku bertanya pada diri, malang sungguh ke aku? Sengsara sgt ke aku?
.
.
Berada di atas kemudian di bawah mmg sesuatu yg sukar di lalui namun apa yg kita pelajari hari ini, ia hanya satu proses kehidupan………….satu roda yg bergerak atas dan bawah , atas dan bawah…….jadi kenapa kita perlu rasa hidup kita sungguh tidak beruntung, sedangkan hakikatnya apa yg kita hadapi ini hanyalah 1% dari apa yg berlaku pada kehidupan adik Hairuman………..bukankah kehidupan kita jauh lebih baik dari adik Hairuman…………..99% peratus jauh lebih baik ...
.
.
ya allah AKU manusia tidak bersyukur rupa-rupanya……..Menjadi manusia terpilih merasaikan kesakitan duniawi, ia membuatkan aku sedar bahawa aku sedang pelajari apa itu erti bertahan dan bersabar……ternyata ia mengingatkan aku bertapa aku lalai sebagai hambaMu saat aku melalui kebahagian dan kejayaan………….aku insan lalai, bukan insan malang ……..
.
.
- Di beri peluang merasai air sirap segelas rm1.20 mengapa kita perlu mengeluh dan kecewa andai melihat org lain menikmati mocha ais secawan rm16.00…sedangkan ada manusia lain yg hanya meneguk air paip utk meneruskan kehidupan..
- Di beri peluang memandu perodua kancil, mengapa perlu rasa hampa andai melihat kwn kita memandu BMW, sedangkan ada org berjalan berbatu2 kerana tidak mampu membayar tambang bas yg cuma rm2.30 utk kedestinasi itu………
- Di beri peluang berdiam di rumah penuh teguh berdiri, tetapi mengapa menyalahkan rezeki pemberian allah swt andai ada kenalan yg membeli banglo jutaan ringgit..sedangkan ada org berdiam di rumah daif lg usang, malah ada yg menumpang di kaki lima utk mengharungi perjalanan hidup……
.
.
Jika di senarikan lg perbandingan itu, bkn ke jelas bahawa kita manusia tidak bersyukur………bkn saja lalai malah tamak………………
.
.
Jelas berat sungguh dugaan kehidupan adik Hairuman, secara tidak langsung memberi satu perasaan dan pengajaran buat diri ......lalu entry ini aku layarkan utk ingatan diri sendiri.....
.
aku bersedia mencari kesederhanaan bermula harini
No comments:
Post a Comment