KAU yang merubah segalanya.Kau sebenarnya yang mencuri hati hati ini Aku yang masih meratapi kehancuran cinta lalu yang tidak kesampaian. Apakah aku yang terburu-buru cuba melupakan peristiwa lalu atau mungkin aku mengharapkan cinta lalu.Gelora jiwa silam tak mudah terpadam, gelora kasih tak mungkin terluput kerana hatiku masih merantau jauh menjejaki dirimu dalam bayangan. Ku susuri jalanmu walau ranjau berliku, deraian airmata gugur dalam sujudku. Rindu mencengkam jiwa sebak dada tiada tertahan, hanya pada mu tuhan kuserah diri ini pohon cinta mu sesuci hakiki.Aku dikejutkan bersama ombak cinta luka. Perpisahan yang melanda hanya kerana peristiwa itu. Kiranya takdir mengizinkan ingin aku kembali pada mu.Usah la aku disalahkan terjadinya perpisahan ini kerana itu adalah suratan takdir. Tak ingin aku jatuh cinta lagi tapi takdir yang menentukan.
Benar kata pepatah, cinta itu buta. Perasaaan mencintai dan ingin dicintai tersemat dilubuk sanubari setiap insan yang bernafas di muka bumi ini. Zaman kanak-kanak Ria sering berkata ‘bodoh’ pada mereka yang hilang semangat, saat cinta mereka pada seseorang yang telah pergi sedangkan lelaki itu terbukti memberi cinta tanpa kejujuran dan keikhlasan. Namun kini perkataan ‘bodoh’ itu terpalit pada dirinya sendiri. Barulah dia mengerti dan memahami apa itu cinta dan mengapa ia menjadi buta di mata setiap pencinta.
“Ria oii, ko buat apa” lamunan dia terhenti dek segahan yang tiba-tiba dengan daun pintu bilik yang terkuak menampakkan isi perut dibalik pintu yang tertutup rapat sebelum itu.Pantas jari Ria mengesat baki titisan air mata yang melusuri pipinya. Hati kecil Ria mengomel geram, Si Zara ini kalau masuk main melulu aja,bukan tau nak ketuk ke atau beri salam selalu sangat macam ni. Pintu tu pun kalau ada nyawa rasanaya dah lama menanggung sakit jantung berlubang di buat ko.
“Emm, Zara kenapa?” jawap Ria dengan senyuman yang dibuat-buat walaupun perasaaan terkejut dan geram akibat tindakan Zara tadi masih bersisa di dalam diri. Sikap Zara yang keanak-anakan kadang kala membuatkanRia sedikit bosan takala emosinya tak menentu. Seperti hari ini tiba-tiba dia rasa kesunyian dan amat memerlukan perhatian dari seseorang yang amat diharapkan.
“Ko nak apa?”Tanya Ria sekali lagi dengan nada yang kasar.Tapi dia tahu Zara dah biasa dengan sikapnya yang sering angin pus pus.
“Aku lapar la, jom gi arked makan goring pisang, minum ABC.” Perasaan malas menjalar di dalam diri namun mudah aja Ria menuturkan kata
“Jom, 15 minit siap” Bergitulah mereka, Ria Aliya Hamdini Ahmad Azamudin dan Zara Zarina Muhammmad Amar sering ke mana sahaja bersama terutamanya ketika perut mereka menari tarian zapin atau keroncong. Lapar la tu namanya. Dan antara mereka sukar menyatakan ‘tidak’ jika salah seorang dari mereka meminta apa saja
“Ok, aku siap jap lagi aku datang” dentuman pintu bilik Ria berdentum sederhana kuat namun masih mampu membuatkan hati Ria sedikit berasap dengan tindakan Zara menutup pintu.Tapi apa boleh buat nak marah-marah dah tiga tahun setengah berkawan dan dia pun setia bertahan dengan sikap panas baran Ria yang sukar diramal dan dikawal seperti kata Auri Iskandar ‘Girl Bad Temper’ pada dirinya suatu masa dahulu.Senyuman kecil terukir dibibir Ria bila nama Auri Iskandar tercuit keluar dari memori yang tersimpan rapi dan terpatri dalam hatinya. Lelaki yang mengajar dia erti rindu dendam setelah hati sucinya tanpa pernah dihuni oleh mana-mana lelaki sehingga usia mencecah 20 tahun dilanggar dan dicuri lari oleh dia yang bernama Auri Iskandar. Lamunan Ria diragut rakus apabila si Zara muncul secara tiba-tiba di tingkap bilik sambil menjerit.
“oiiiiiiii, mak cik ko tak siap lagi kata 15 minit, berangan aja tak habis-habis” Walaupun kurang enak dengan sikap Zara tapi kerana menyedari kesilapannya yang mungkir janji Ria hanya tersenyum kambing dan sepantas kilat dia siap menyalin t-shirt hitam berkolar V dan sehelai jean EDWIN yang di terima sebagai ganjaran dari ayahnya kerana berjaya menjejak kaki ke universiti setelah cemerlang dalam peperikasaan SPM 1999.Inilah satu-satunya seluar jean yang paling mahal pernah dia miliki dengan harga RM 99.90 setelah tiga tahun ayahnya mula membina hidup baru setelah perniagaan yang diusahakan selama 19 tahun mengalami kegagalan. Ria sedar tahap kemampuan keluarganya kini tidak semewah dulu. Dengan sedikit bedak dia sapukan ke muka dan semburan perfume kegemarannya GURVEN BOURQUET aroma fantasy Ria pantas keluar mendapatkan Zara yang sedang menantu.
Setengsh jam menghabiskan masa minum petang di arked meranti Ria dan Zara melangkah pulang. Tiba-tiba wajah Ria yang ceria dan rancak berborak riang di samping Zara bertukar suram dengan sekelip mata apabila sebuah kereta honda putih bernumber plat BBB 8381 melintas laju dihadapannya. Hanya dia yang tahu mengapa dia mampu berubah dalam sekelip mata petang itu. Mungkin Zara bosan dengan anginnya yang sering bertukar-tukar sejak-sejak akhir ini. Tapi itu Ria langsung tak ambil peduli dan tak mungkin dia berkongsi cerita denagn Zara walaupun Zara tahu serba sedikit kisah-kisah silamnya bersama Auri Iskandar. Mengapa Ria tak mahu berkongsi semua cerita dengan Zara, biarlah hanya dia yang mengetahuinya. Selagi ada cinta di hati, selagi ada rindu yang membara, selagi ada airmata yang mengalir, kau tetap dihati, cinta mu tetap di sanubari walaupun semuanya telah jauh pergi.
Seperti pelajar-pelajar lain jadual harian Ria sentiasa padat dengan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ulangkaji pelajar untuk menghadapi kuiz, ujian dan peperikasaan akhir.Itulah rutin harian semua mahasiswa yang asyik memburu kejayaan. Tapi bukan buru menggunakan senapang, pisau ataupun panah tetapi memburu dengan menggunakan otak kurniaan ilahi yang dianugerahkan sedikit kecerdikan oleh yang Esa. Ria bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan yang singkat ini untuk melalui dan merasai menjadi seorang yang bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Selepas siap mandi dan solat maghrib Ria dan Zara makan malam dan tepat jam 9 mereka telah pun berada di atas kerusi di bilik masing-masing untuk menyiapkan tugasan Penilaian Statut. Semakin rancak lagu Jendela Hati nyanyian Erra Fazira yang berkumandang di Radio Era semakin rancak jari jemari runcing Ria menari mengikut arahannya di keyboard dan sepasang mata yang cantik ‘perasan’ melekap pandang di skrin computer untuk memastikan ayat yang di taip betul ejaanya.
Tit tit tit tit
bunyi pesanan ringkas SMS dari telefon bimbit Samsung memberhentikan jari jemarinya dari terus menari di papan keyboard. Pantas dia menekan butang yang sewajibnya untuk melihat siapa yang menghantar dan sekaligus membaca pesanan tersebut. Tapi hatinya mengharap ia dari orang yang di nanti-nanti.Mengapalah dia harus mengharap pada orang yang dah dia buang. Kadang-kadang dia pelik dengan dirinya sendiri.Tiba-tiba lemah seluruh anggota badan apabila nombor yang tertera di skrin.
017-4554528
AURI ISKANDAR
Apabila kotak pesanan SMS dibuka ……………….
Aloo…hai Ria how are you? apa mcm sekarang ok ke?lama tak dengar khabar.
Itulah pesanan yang tercatat. Harapannya menjadi kenyataan setelah sebulan perpisahan dan hubungan mereka setelah itu tengelam timbul. Antara hendak tak hendak untuk membalas akhirnya dia membiarkan menanti tanpa sebarang balasan SMS dari nya malam itu. Betapa dia mengharapkan Iskandar mengirimkan SMS pada dirinya selama ini tapi bila ia tertunai mengapa dia enggan membalasnya pula.
Selalu sikap Ria begini terlalu tinggi ego kewanitaannya mungkin. Ria tak mengeri dengan dirinya sendiri. Terlalu ego kah dia pada diri sendiri. Malam yang suram itu tugasan penilaian statut tertangguh apabila seluruh urat sendi nya lemah dan tak mampu untuk digerakkan. Sukar untuk digambarkan bertapa susahnya membawa diri yang kecewa kerana cinta. Mungkin pada siapa yang pernah melalui dapat merasai apa yang dialmai Ria kini.Terpadam nyalaan asmara yang pernah suatu masa dulu hangat membara. Satu ikatan percintaaan terputus jua diuji masa dan waktu. Kini berlalu langsung pudar dari jiwa. Bila mengenangkan airmata mengalir berjujuran menjadi teman setia kedukaan.
Akhirnya kakinya lemah melangkah ke katil dan tanpa arahan dari pengarah hebat seperti Datuk Yusof Haslam atau Aziz M Osman kotak fikiran Ria ligat berputar seolah-oleh dipasang VCD yang memaparkan kisah silam seorang gadis yang kecewa kerana cinta.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung
erm
ReplyDelete