Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Friday, March 4, 2011

logbook : hari ke 10

tarikh        : 04.03.2011
masa         : 11.25pm
bintang diberikan utk diri hari ini adalah * * *


( kerja dan persekitaran )
di kelilingi staff lelaki , huhuhu tak tau nak ckp apa..rata2 too childish , tak pandai mengemas work station...........malas nak komen la ttg nie, isu yg mungkin akan jadi TEPU kelak....

kerja so far ok ok je hari nie...........future tak sure, harap2 aku enjoy, tp serius la jarak menyebabkan aku rasa penah giler...............huhuhuhu



( perkenalan singkat )
masuk opis hari ni 1pm......masuk2 perasan satu mamat tgh diri kat selling floor, ingat customers, tp lepas 30 minit dia masih berdiri di situ juga, aku guess dia new staff..........then lepas selidik selidik jadi detectif conan jap betul tekaan tu...klu teka2 tgk ciri2 yg ada pada nya, aku guess lg umur dia dlm 22thn ke 24thn......teka je ok, klu lagi muda tak jamin, klu lg berusia lg tak jamin..........

dari mula aku melangkah masuk ke outlet mamat ni dok tgk je aku ( sila abaikan kenyataan ini, anggap sajalah aku perasan sudahhh ) tp betul la dia dok curi2 tgk aku tau...........tak caya !!!! percaya la percaya la percaya la .........

kemudian sejam kemudian lepas aku siapkan sedikit kerja, aku ke selling floor terus mamat ni tegur aku, tp membuatkan aku sedikit rasa kurang umphhhhhhhhhhh....

mamat A : KO ORANG MANA?

huhuhu main kau kau lak mamat nie....tak suka tauuuuuuuuuu
cik daun semalu : JB, senyum

mamat A : KO TAK MCM ORG JB PUN...

huhuhu ko tok bomoh ke apa der...dah ckp johor johor ler nyampahhh tauu
cik daun semalu : senyum jeee tak syakapppppppp apa2 pun

senyappp dlm 10 minit..tertiba berbunyi lg

mamat A : KO JB MANA?

huhuhu senyum plastik.............giler habisssssssssssssssssss plastik der
cik daun semalu : Skudai

senyap kembali, 30 minit mcm tu my BB lak berbunyi....sesaat kemudian mamat tu berbunyi lg

mamat A : PAKAI BLACKBERRY YE
cik daun semalu : ye dan senyum ....serius plastik giler har.............................emmmm

mamat A : BAK MARI KO NYE PIN NUMBER ( terus dia kuar BB dia)

huhuhu suka2 dia je nak arah2 aku, bak mai bak mai..........klu aku bini org apa mcm der ko nak ber BB messenger gan laki aku ke der , tanya pun tak apa pun tak....suka2 je bak mai bak mai ....

cik daun semalu : sory my BB tak funtion dgn alasan nya secara ringkas

lepas tu mamat A ni pun mula la berceramah ringkas tentang BB masengger bla bla bla bla bla bla bla bla
coz my knowledge about BB bkn la 100% perfect so aku dgr je la...........then apa yg dia bebel tu agak fresh utk aku, then lepas dia bebel aku pun jawab la..

cik daun semalu : you SURE, REALLY ?

mamat A ni pun terus berbunyi

mamat A : AKU TAK TIPU KO LAH, AKU KALAU BENDA TAK BETUL AKU TAK CAKAP...KO INGAT AKU TIPU KO KE?

huhuhu, terkasima dgn jawapan nya........

cik daun semalu : i ada ckp you tipu ke, ada i kata you sedang tipu i ke? i just tanya apa you ckp tu betul ke...salah ke tanya mcm tu..........

aku senyum manis giler masa tu, but seriously plastik habissssssssssssssssssss der, klu ko tak perasan aku tak tau la....

mamat A terus diam, coz kebetulan ada customers tanya aku sesuatu dgn ketiba-tibaan ...so aku ada peluang utk tidak meneruskan perbualan gan mamat nie.................

dah la KAU KAU gan aku....klu kenalan rapat tu lain la ber ENGKAU ENGKAU KE BER AKU AKU KE, ni dah la baru kenal tak suka tul tau............cik daun semalu sensentippppppppppppppppp laaa...

cissssssssss ngada kan cik daun semalu nie, tp ADA MAK KESAHHHHHHH , mak tak kesahhhh ok ....kalau dah kenal lama leh la KAU KAU AKU AKU...kasar tul tak suka tauuuu


( keadaan diri )
benjol di kepala akibat terhantuk pintu tu hari, dah tak berbenjol lg lepas dgn jayanya menuam dgn air panas...tp rasa sakit masih terasa jika di sentuh.............tak leh pakai make up juga coz syakittttttttttt angat angatt tau klu tersentuh............so just simple2 je ke opis hari nie


( nasihat utk diri sendiri )
cik daun semalu aka putri khyalan aka cik liya hamid
jangan takut untuk jatuh sekali lagi....dalam tempoh terjatuh tu pasti cik daun semalu aka putri khyalan aka cik liya hamid akan terjumpa, terserempak dgn mcm2 perkara, manusia dan keadaan. lalu pelbagai perkara dpt di pelajari dlm tempoh terjatuh itu.........jadi jgn takut terjatuh lagi cik daun semalu aka putri khyalan aka cik liya hamid ................... berani melangkah pasti di hujung jalan itu ada signboard penunjuk arah kejayaan.....


ok la all my dear readers
salam sayang utk semua........ rasanya skrg ni mcm ramai yg menjadi pembaca blog ini............ter toucing sekejap bila ada yg feedback dan beri perhatian kat blog nie..............siap ada yg sms tanya bila nak update hihihihihi
cik daun semalu terkuncuppppp jap sbb tersentuh tauuuuu..............apa2 pun terima kasih


selamat malam you all, semoga hidup kita sentiasa di rahmati allah swt......rehatkan diri semoga esok menanti dgn penuh kebahagian utk diri kita ok......


saya sayang awak, awak sayang saya tak ???? muahhhhhhhhhh 23 kali <3 hihihihi
adiossssssssssss

Thursday, March 3, 2011

logbook : hari ke 8, 9 dan permulaan hari ke 10


Hari ke 8 yg lalu

Tarikh                      : 02.03.2011
Masa ketika ini         : 6.21pm
( dah tulis update lewat )

( kerja dan persekitaran )
Bermula dgn training di Taman Gaya about Extended Warranty …. Nice presentation from Mr Ong starting day with good mood….di ulang permulaan yg baik, sekali di ulang permulaan sahaja…..around 2pm baru balik opis, outlet buat sedikit renovation so environment kelam kabut so mengundang stress….maka kesan bunyi mesin potong memotong, ketuk mengetuk telah mengubah permulaan yg baik td pergi ke aras yg kurang baik lepas itu……

( kawan, sahabat, kenalan )
Harini agak penat sbb learning byk benda dr pg smpi ke malam..di ulang PENAT ..working hours terbaru ni 9.30am to 10pm…………perlu ke di ulang bahawa tempoh waktu tu agak memenatkan…….tidak perlukan, sbb sesiapa boleh fikir dgn akal waras………jadi minta kerjasama utk tidak menganggu  di masa bekerja utk sementara waktu sbb sy adalah pekerja baru , byk knowledge yg perlu di pelajari..jadi ini adalah minggu yg memenatkan dan pasti  1-2 bulan nie masa utk sesuaikan diri dgn benda2 baru nie…………………..jadi saat ini, masa ini, ketika ini, mengharap kwn2 yg rapat dapat memahami keadaan dan member ruang utk  bernafas dgn selesa…..tak bermaksud kwn2 membuatkan diri  tidak bernafas atau tidak selesa, tapi dlm keadaan sebagai pekerja baru masa yang ada pasti mahu beri 100% tumpuan pada kerja buat sementara waktu………….

Aku jujur  terharu andai ada kawan2 yg merindui dan mengingati aku…sungguh aku hargai dan rasa di sayangi…tp dalam situasi sekarang ni apa yg aku perlukan adalah sokongan dan permahaman……….minta kerjsama fahami keadaan aku yang berstatus pekerja baru nie…..

Aku  tak dapat hadiri majlis harijadi sorg kawan, bkn sengaja tp aku bekerja….dah 29 tahun kan, 1tahun je tak dapat raikan bersama, 8-7tahun yang dulu tak pernah pun aku lupakan………….Cuma tak hadiri majlis, tp masih kirimkan sms ucapan selamat……..tapi kenapa masih nak bermasam muka dan merajuk….sampai rumah pun dah jam 11.15pm tak kan la nak singgah gi majlis tu walaupun majlis tu blm tamat….tak terfikir ke esok pagi aku kena bgn awal lg utk pergi kerja…klu singgah paling2 balik kul 1 or  2am…….masuk kerja 9.30am, tempat kerja yg aku nak g paling2 35minit mean kul 8 aku dah kena kuar dr rumah……kul 8 kena kuar mean kul 7 dah kena bgn siap2…..so kwn tu tak kesian ke dgn aku………..8-7 tahun aku raikan hanya  1thn ni tak raikan besar sgt ke kesalahan aku……………so sorry mmg sekali je la aku minta maaf pasal hal ni, sorry tak cukup masa nak pujuk2, bkn budak2 pun dah besar dah 29 tahun….

Aku pun rasa bersalah coz kwn aku farah hanan dtg jb dah 2 kali tp tak sekali pun aku luangkan masa dgn dia coz kesibukan aku yg memasuki kerja baru ni………..rasa bersalah sgt, sbb dulu2 kalau aku turun KL meeting sure aku akan tumpang tdo rumah dia sbb aku turun KL awal , company book hotel utk malam meeting saja …………dah 2 kali dia ada kerja di jb tp aku tak pulak tawarkan apa2 perkhidmatan pada dia, malah jumpa pun tidak….sebabkan dia turun di jb betul2 time aku tukar kerja baru………..so kerja baru 1 minggu mana mungkin aku nak apply cuti kan………………..so ada tak sesiapa yg memahami kepayahan aku nie……..ada ke?? So aku mmg mengharapkan farah hanan memahami aku, sbb dia pun org yang lama mengenali aku……..dlm tempoh 3-4 bln ni, utk apply cuti mmg bkn perkara mudah utk aku yg berstatus PEKERJA BARU even jawatan yg aku pegang agak SELESA………..ini melibatkan krediabiliti diri, so please paham keadaan aku ……

Untuk pengetahuan aku hanya cuti hari KHAMIS di ulang KHAMIS…………….tak paham juga so abaikan je la, sbb mmg malas nak layan juga…………..

Ada kawan2 yang sms atau call masa kerja………….aku tak angkat, siap ada yg reply sms kata sombong la, belagak la, tak ingat kawan la, apa la…………..please la kerja is kerja, main is main, enjoy is enjoy………..klu aku tgh kerja mmg agak payah utk aku sms or call nie…….so kalau sekali ringing aku tak angkat sila paham bahawa aku sedang sibuk dan tak berkesempatan utk angkat……..jika dah sms aku sampi 2-3 kali sila la tunggu aku membalasnya……..jika ada ruang utk membalas sms tu sure aku akan balas…tolong pahami aku……….satu org ringing smpi 3-4 kali non stop maxis digi maxis digi…klu satu hari 8-7 org yg buat benda yg sama…boleh paham ke apa aku rasa…siap ada yg sms sampai 10 kali dlm satu masa……………klu 10 org yg buat mcm tu……rasa2nya selesa ke aku yg sedang bekerja dengan status PEKERJA BARU ni………….thensatu pekara lg  stop miscall ME, miscall miscall ni utk budak2 bawah 22tahun………….aku dah 29 tahun istilah miscall2 ni macam dah tak sesuai dan kurang berminat…sbb kadang2  miscall2 nie agak merimaskan…..






Ada tiga situasi yg aku akan tidak angkat call or sms sepanjang hidup aku nie
·         Pertama org tu buat aku marah atau mengecilkan hati aku, call la sms la beribu kali kalau hati aku tak OK mmg aku tak akan angkat atau reply apa2…..

·         Kedua aku mmg bz……….dlm situasi ini mmg aku akan ignore seketika any call or sms…tp 95% kes aku akan reply dan call back bila keadaan mengizinkan…jika ada yg terabai aku akui aku terlupa atau terlepas pandang

·         Situasi ketiga mood dlm laut PMS, jika tau aku tak bz takde kecil hati tp aku ignore call sila paham mungkin ketika itu aku sedang mood PMS………


( malang tidak berbau )
Pasal kecuaian aku terhantuk pintu mlm semalam, aku akui keadaan persekitaran ketika itu agak menganggu hingga mengundang kecuaian tu……………..u all tak kesian ke dengan aku………benjol kepala kat dahi kanan ni sebesar telur puyuh….u all rasa tak sakit ke………sepanjang drive 35minit tu aku nangis tp u all tau ke, tak kan……………rasanya kalau tau pun sure tak beri kesan apa2 kan



Logbook hari ke 9
Tarikh    : 03.03.2011
masa      : 10.00am
( dah tulis tp update lewat )


Harini CUTI tiada cerita pasal kerja ok…………….

( aktiviti )
Pagi ada hal sikit di kangkar pulai lepas selesai dlm kul 1pm…balik rumah mmg terus rehat rehat rehat rehat rehat tdo tdo tdo tdo tdo tdo sepanjang hari…




( gelagat )
Harini my mum mcm free sangat2, dia boleh masuk my room amik satu novel then lepas tu aku dengar my mum baca dan ketawa baca dan ketawa………………td my mum pun mula bercerita pasal ke’happy’an hatinya membaca buku DIARI MAT KILANG ………ada byk novel dlm almari tu, boleh novel tu yg my mum pilih….aku pun tak abis baca lg novel tu, baru 10 ke 11 helai aku baca…my mum leh ketawa2 dan abis dah baca……….lepas tu dia leh pulak ckp kan seronok kalau ada sambungan DIARI MAT KILANG………………..terus mata pandang pada bungkusan tp tak ckp apa2………lepas tu aku terus ckp dan janji my mum..next khamis nak bawa my mum g kedai buku cari sambungan DIARI MAT KILANG 2 utk teman my mum di kala sunyi…………she really enjoy with DIARI MAT KILANG, terus terfikir kalau my mum baca DIARY MAT DESPATCH sure my mum akan gelak lg besar………….



( permulaan hari ke 10)
Tarikah      : 04.03.2011
masa          : 11.40am
( advance update utk permulaan hari ke 10 )


 harini shift petang, jap lg nak bergerak ke office………………so semoga harini bahagia setiap saat 


(nasihat utk diri )
Kebahagian hak individu, you berhak mendapatkannya, jgn pandang ke belakang lg, terus menapak cik liya hamid....................



salam sayang utk semua.............muahhhhhhh 139 kali <3

Tuesday, March 1, 2011

logbook : hari ke 7

 Date 01.03.2011
Time 1.12am


( My Life Journey )
i wake up and think dreams are real. I sleep so I don't have to feel...................really don't want to feel

everyday im get up and put on a fake smile...but what if one day i didn't? would anyone notice im sadness and need a tight hug?






















........................................................It sucks to be alone, even when there are people all around me
bad journey day for cik daun semalu :(

Monday, February 28, 2011

logbook : hari ke 6

tarikh              : 28.01.201
masa               : 12.38am
bintang utk diri sendiri hari ini * *


( kehidupan, kerjaya, keadaan sekeliling )
so far ok je harini, takde apa nak di ceritakan.........

  • terpandang sesuatu yg tidak suka di lihat ~ so malas nak diperkatakan di sini
  • terdengar ttg sesuatu yg membosankan ~ so malas nak komen juga di sini
  • rasa tidak puas hati ~ so malas nak di jelaskan di sini
  • rasa nak berdamai ~ tak nak bincangkan juga di sini, dan mood up down up down so abaikan saja
  • fizikal penat sgt2 ~ tak leh nak di baiki, jika nak di nyatakan di sini mcm isu rubbish je jadinya 
  • nak ckp pasal hati dan perasaan ~ mood malas nak menulis guna emosi mendalam di sini
  • rasa bersalah ~ nak nyatakan malu pulak di sini , sila abaikan juga
  • membantu dan menasihati ~ tak kan itu pun nak ceritakan di sini, nnt org yg baca pun boring 
  • berkenalan dan mengenali org baru ~ blm ada mood nak bercerita di sini gak
  • memandang bungkusan yg masih setia duduk di birai hujung katil tu ~ but mood suam suam kuku utk di buka , giler takde hati nak buka langsung huhuhuhuhu...........malas nak huraikan di sini juga 
  • rasa nak menangis tadi ~ tak tau nak jelaskan di sini kenapa dan mengapa, abaikan juga
  • sy byk senyum, byk juga masam hari ini ~ life biasa la kan , so takde apa nak di jelaskan di sini gak

so kesimpulannya life ok ok je harini, mood menulis ada ckit kemalasan, jika ada mood kelak, dan kenangan2 hari ini masih di ingati, akan di coretkan dlm lembaran akan dtg kelak.......................


( nasihat utk cik liya hamid yg masih mendiamkan diri, hakikatnya tiada apa-apa pun jika kecik )
apalah yg awak dapat dgn mengecilkan hati cik liya hamid...........tiada apa-apakan...jika di besarkan hati tu ianya pun akan jadi biasa juga tiada apa-apa juga............jadi besar ke kecik ke kan sama je...........so kenapa nak kecik-kecik kan hati tu dah la orgnya kecik................so sila abaikan hati yg kecik itu, jgn nak ngada-ngada boleh tak dan jika hati tu besar pun sama juga kan..............so cik liya hamid renung-renungkan mari beramal..............


salam sayang dr putri khyalan aka si daun semalu .........................
muahhhhhhhhhhhhhhhhhh 203 kali kat si pembaca

Sunday, February 27, 2011

logbook : hari ke lima

tarikh            :  27.02.2011
masa             : 12.47am
bintang utk diri sendiri hari ini * * *
( sbb harini byk tersenyum dan ketawa )

( kerja dan tugasan )
so far harini ok je pasal kerja, dah lama tak kerja in weekend so ada rasa sedikit penat bila join semula retail line nie...........bila mudah penat nie, baru terperasan bahawa diri ini dah berusia, makanya pasti byk urat saraf, organ2, anggota badan dah nak expired tu pasal sakit sana, sengal sini dan mcm2 lg la rasanya.................. hari ni dapat customers semua lelaki, semua peramah tahap cipan habisssssssss.......nak tak nak kena la profesional dlm bekerja, so tahap keramahan mmg tip top la , kalau tak mana mungkin dapat jual laptop berbiji biji harini semuanya CASH MONEY sayangggggggggggggg..........


( soal hati )
  • menurut kajian ttg bulan kelahiran dr Dr Fadillah Kamsah, mungkin ianya ada kebenarannya :
  • mudah memaafkan tp sukar melupakan ~ ( agak pendendam )
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih ~ ( mudah serik )
  • berjiwa sentimental ~ ( kadang2 menangis tanpa sebab atau perkara yg kecil2@remah2)
  • minta di sayangi ~ ( sbb tu tak suka sengketa atau di sakiti )
  • emosi sgt mendalam tetapi mudah terluka hatinya ~ ( ada masa sukar di ramal dan benar mudah berkecil hati biasa utk perkara yg remeh2 )
  • suka mendiamkankan ( bila berkecil hati, marah mmg memilih utk memencilkan diri utk beberapa ketika)
dah 6hari bungkusan tu di atas birai katil tak berbuka ............................................langsung takde hati nak buka tak tau kenapa ............................


( motivasi utk diri )
jgn sedih pada sang hujan yg datang, mungkin utk seketika kebasahan itu amat tidak menyenangkan, tp kita sering terlupa bila sang hujan menjengahkan diri, pastu puteri pelangi akan turun menunjukkan diri membuatkan kita tersenyum dgn keindahan yg terlihat oleh mata ..............yg sakit pasti ada baiknya kelak, yg hitam pasti akan putih bila tiba masanya.........bergitu juga dgn airmata, ia turun membasahkan pipi pasti lepas ia kering senyuman akan mekar di pinggir bibir yg mugil itu
cehhhhhhhhhhhhh ke main lg cik liya hamid ni menyekolahkan diri sendiri ye hihihihihi semoga langkah yg aku sedang ambil ini tidak terhenti separuh jalan...................





salam rindu penuh kepenatan dan kepayahan :)
adiossssssssssssssssssssssssssss muahhhh 1000kali utk mereka yg menjengah blog ini, hari ini esok dan hari mendatang

Saturday, February 26, 2011

logbook : hari ke empat

tarikh            : 26.02.2011
masa             : 12.30am
bintang utk diberikan pada diri sendiri hari ini adalah * *


( kerja dan peristiwa )
harini byk berkomunikasi dgn my leader Shaun so far no comment about him utk 3 harini coz we not enough knowing each others..today colleague dah mula ber HAI HAI dgn aku, tp masalah aku sendiri yg tak berapa mudah nak beramah mesra ~ harus di ingat aku bknnya sombong cuma lambat mesra...... nanti bila aku dah mula bermesra pastu u all payah nak layan kemesraan aku nnt ok.............so sabar :)
i beating with u semua, all of u akan jatuh cintan cintun with ME lepas aku tunjukkan keramahan , kesopan santunan, kemanjaan, kemanisan senyuman dan segalanya lah, cuma ianya ambil masa ....................so di ulang sabarrrrrrrrrrrr :)






( sesuatu yg baru dan keberanian )
harini dah ada yg berani nak ajak aku tea break sama-sama, but sory to fast utk semua itu.........beramah mesra pun aku agak payah , ni kan pulak nak berTea Break with me.............sory guyz, lgpun aku mmg jenis yg suka sendirian berhad ...........next time may be ok, lepas aku serasai dan selesa dgn semua perkara di tempat baru nie.......


( kepenatan dan ke'tensen'an )
dah la harini balik , jalan dr plentong ke skudai jemmmmmm teruk disebabkan rata2 sikap pemandu yg rude dah tak tahu nak bersopan santun dan ikut peraturan, kesan nya jemmmmmm la....masing2 nak saling memotong, selit menyelit..........dr 4 link jadi smpi 6 link berhempit hempit, mana tak macam siput sedut masing2 bergerak...........damnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn shi* tul tau stuck hampir 30 minit( kan makcik liya dah mencaru* dahhh )
lepas je dr jemmmmm speed seberani mungkin, dan kira lg 15 minit klu speed laju ala2 pop rock leh smpi la rumah kan, leh pulak depan sutera mall buat road block...........damnnnnnnnnn shi* sekali lg....( dua kali dah makcik liya mencaru* utk sekian kalinya ....stuck lbh kurang 30 minit sekali lg, boleh imagine aku smpi rumah kul 11.50pm..............aku kuar dr opis kul 10.20pm see berapa lama aku abiskan masa di jalan raya.................. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrRRRRRRRRRRRRRR


( motivasi utk diri sendiri )
kesabaran tu cik liya hamid , adalah kunci menghadapi kesukaran atau kegagalan .....mencari kesabaran itu satu kepayahan tp jika kita berjaya menghadapinya pasti apa pun dugaan rintangan cabaran yg mendatang pasti akan kita berjaya atasinya.......jika kita ada kesabaran ia senjata utk tidak kita berputus asa.........cissssssssssssssss ke main lg aku nasihatkan diri sendiri ye :)


salam sayang penuh kerinduan, salam sayang penuh tanda ingatan, salam sayang penuh kasih sayang dr saya utk semua ...................doakan yg terbaik utk diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat taulan dan org keliling.................adiosssssssssssssss

Friday, February 25, 2011

logbook : hari ke tiga

tarikh       :  25.02.2011
masa        : 12.30am
jumlah bintang hari ini utk diri sendiri  *



( keserasian dan penyesuaian )
susah kalau jadi manusia tak berapa nak beramah mesra mcm aku nie kan.............amik masa nak sesuaikan diri dgn org2 sekeliling..........kadang2 terfikir juga sombong ke aku nie ye? huhuhuhu dgn sikap tak berapa mudah nak mesra ni, mmg patut la dr sekolah lg org ckp aku ni sombong...................tp aku tak sombong tau, cuma gear ramah tu dr gear 2 nak ke gear gear seterusnya mmg amik masa...............


( kehidupan bekerja )
belik belik lg file file, document document, browser browser dan mcm2 lg la................hari ni belajar ckit pasal DSLR canon, nak tergelit urat jari ni dok belik2, tekan2 button kat badan DSLR tu............di tambah lak dgn tgn aku yg kecil molek nie, leh tahan juga la berat ye camera alah tu .............. belajar basic DSLR tak la sesusah belajar pasal LCD LED Plasma, notebook, netbook..........apa2 pun byk lg ilmu perlu di cari dan dipelajari................



( nasib badan )
harini nyaris2 kerugian ratusan ringgit..................nasib nasib......................sila bayangkan : sedang aku beri info pada customers boleh pulak tetiba gelang tgn emas aku putus, jatuh betul2 atas meja lappy, nasib perasan kalau tak mmg jadi arwah la gelang tu tanpa berkubur tanda...............kalau tak silap ni kali kedua gelang tu putus dgn tiba2, sekali dulu di rumah kira nasib baik la juga........adakah itu tandanya tangan ku ini meminta utk di pakaikan gelang tangan yg baru ngehhh ngehhhh ngehhhhhhhhh.....huhuhuhuhu


( sungguh memenatkan )
skudai ----------------------> plentong ------------------------> skudai

jarak agak jauh dan aku dah mula rasa sedikit tak selesa sbb pertama jalan tu jln utama lorry2 besar , sbb kedua, mata aku agak tidak awas bila memandu malam dan harini aku kurang keyakinan utk memandu..........


( peringatan utk diri )
berpatah balik bkn jalan terbaik dlm mencari kejayaan ................teruskan berjalan kerana ada sesuatu yg menanti seperti apa yg kita cari :)


life baru agak tough ............................. emosi penat, fizikal penat dan mental pun penat , semoga sy berjaya dan awak awak awak awak awak awak pun berjaya


dalam hati ada hujan rintik rintik ~ salam sayang dr lubuk hati yg paling dalam adiossssssssssssssssssss
Related Posts with Thumbnails