Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Wednesday, August 25, 2010

mungkin aku insan paling sedih saat ini..........................

bila berlaku musibah tengahari td mmg sesuatu yg buat aku rasa down sgt2....tp aku sgt2 appreciate pd 2 of my friend sanggup dtg ke balai polis utk pastikan keadaan aku....malah tanpa pengetahuan aku pun...aku dpt tau pun bila masing2 dah sesat tak jumpa jalan....mereka tinggalkan office dengan sedar perbuatan itu adalah satu kesalahan, tp masih lakukan...dan sekurang2nya tindakan itu buat aku ckit terubat dengan kejadian yg berlaku....walaupun terubatnya itu hanya la 1% tp aku sgt2 menghargainya..........


org pertama yg aku call masa berlaku musibah tu adalah abg aku sendiri..dia pun terkejut bila dgr aku nangis, lepas aku ckp apa yg berlaku..dia ada sedikit ketawa walaupun tak jelas tp aku tau dia gelak ckit..lepas tu dia ckp........alah accident ckit aja tu, org lain lg teruk....tak de apa2 la , benda kecik je tu, bukan serius pun..dah2 accident biasa je tu.........lepas tu dia ajar aku buat itu dan ini...............mood aku dah ok ckit lepas ckp2 gan abg aku.........




lepas aku tgk sekali lg keadaan kereta tu, bermula semula mood sedih tu.....kepala kosong tak tau apa, dan tak tau nak call sapa lg sbb sgt2 perlukan teman masa tu, dan dalam keadaan mcm ni baru terasa bahawa aku tiada teman istimewa dlm hidup....jika ada pasti aku ada tempat utk zahirkan rasa sedih ni....dan baru aku sedar aku perlukan sesorg di sisi aku dan menemani aku dlm keadaan yg mcm ini...entah apa2 kan aku fikir masa tu....serabut dan entah apa2....then aku cari org yg dekat dan rapat utk zahirkan rasa sedih tu, terus jari2 ni tanpa fikir panjang call fadzil bgtau dia, tp bukan bgtau pun lebih kepada nak luahkan rasa kesal tu dgn menangis dan dalam keadaan di temani.............so call niat utk ada org teman aku nangis tu saja.......rupa2nya tindakan aku tu buat kan si fadzil terkejut.....dan berita itu pun tersebar la di dlm office..........



chin siong my staff yg sgt concern bila tau apa yg berlaku........di susuli fadzil (walaupun sedang berkecil hati AKA merajuk dgn aku) dia pun dtg juga menyongsong ke tempat kejadian.........walaupun sampai sesat2 cari balai polis, sbb masa di beritahu mereka dtg mencari, aku sudah pun berada di balai polis.....aku siap dah call ckp tak perlu dtg dan suruh mereka terus balik opis....tp tetap berdegil....dan mereka berdua berusaha juga cari balai polis nan satu tu....and finally selepas berkali2 bercalling2 dan bersms dlm keadaan aku yg tak stabil sbb sambil nangis2 sampai juga mereka......










abg2, pak cik2 dan adik2 yg ada kat unit traffic tu jgn ckp la, mereka siap senyum2 dan buat2 lawak lg agar aku berhenti menangis.....sampai ada pakcik polis tu tanya....kenapa langgar apa...ada sesiapa yg cedera ke ....aku terus ckp tak de..... pastu pak cik polis tu ckp ...ooo kemalangan kecik je, sudah2 jgn nangis2 lg, tak de apa2 la...kemalangan ckit je tu......aku tetap juga nangis2 kat ctu....


pastu pakcik polis tu amik statement, bila dia tanya no kereta aku...aku pun ckp...terus dia kata ...oooooooooo patut la kereta baru, tu yg nangis tu ye....lg la aku mengalirkan air mata.......terus cik abg traffic yg kat meja sebelah senyum2 tgk aku....pastu dia kata, pertama kali kena benda2 mcm ni ye...aku senyum dan terus lap2 air mata yg tak nak henti2 kuar tu............dah start rasa malu


sedih sgt2 smpi tak tau nak buat dan fikir apa sekarang ni, tiada teman hanya berblogging tempat aku curah rasa hati..........cuma yg aku fikir sekarang ni, jika aku ada teman istimewa pasti kesedihan yg aku sedang tanggung ni berbeza.......pelikkan aku tak penah fikir2 mcm ni sepanjang 6tahun tanpa teman di sisi...............dan dlm kedaan tersepit antara emosi dan perasaan, perkara ini yg terlintas di benak fikiran aku...........











pada semua kwn2 yg sudi call ( samada aku jawab atau tidak ) dan sms tanya keadaan aku, mmg sgt2 berterima kasih...terasa diri ni masih ada yg sayang..........pada bebudak office yg call tak henti2 dr seorg ke seorg tanya pasal keadaan aku...lg buat aku rasa terharu............











mungkin aku insan paling sedih saat ini......putri khyalan aka daun semalu :(




mungkin ada rahmat di sebalik kejadian ini..........Dia maha mengetahui............



dah tak ada kekuatan

entah la..........apalah nasib.......baru rasa nak ok dgn mood yg berkecamuk....dtg satu lg bencana yg bisa membuat aku rasa down giler2...........aku tak dapat nak kawal emosi saat ni....mmg down sangat...........ralat dan kesal atas kecuaian sendiri......tapi perkara dah nak berlaku tetap berlaku......aku cuba terima apa yg berlaku ada hikmah nya tp apa kan daya aku manusia biasa, yg mudah rasa kecewa.........

tanpa henti dugaan datang.....apa daya yg aku ada utk hadapi semua ini........aku berusaha utk menghadapi perubahan hidup yg mendatang...dan bila hati aku terubat dgn pujuk dari diriku sendiri, musibah ini pula datang.............

bagaimana pecahnya cermin belakang kereta tu, dan pelbagai lg.........bergitu la juga yg aku rasa skrg ni...........pecah dan retak...........sedih dan pilu..........duka dan kecewa.......




tak mampu nak tenangkan diri sendiri saat ini

Saturday, August 21, 2010

hanya KENANGAN.............


Bukan niat hendak menyingkirkan kwn2 dr ruang kehidupan, cuma mengharapkan pengertian dr mereka bahawa ada masa diri ini ingin menyendiri….bukan utk selamanya cuma untuk seketika………..diri tidak mampu utk berfikiran dan bertenang dengan baik……….jadi bersendirian adalah jalan terbaik buat masa ini…..aku sendiri keliru dengan apa yg ada di benak fikiran yg bercelaru ini……aku manusia biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan dan aku akui  kadang kala aku lemah dan tewas dengan perasaan sendiri…………..



Mengenalimu satu kesilapan dan keperitan
Namun mempunyai kenangan2 itu satu keindahan dlm hidup ini….

hanya KENANGAN


Friday, August 20, 2010

bukan semudah 1 2 3

melalui perkara2 yg menjatuhkan kita mmg la sesuatu yg sukar utk kita terima..........tp kerana memilih utk menjaga hati, pasti ada ruang yg memberi kita rasa kecewa............bukan ego kerana mengikut kehendak hati, tp kepuasan dan tanda amarah..................namun rasa kecewa yg bersarang di dlm diri tidak mampu utk kita membuangnya................apa yg kita gapai yg kita gendong, bukan mudah utk kita lepaskan, setelah kita berusaha dgn baik utk kita capai....................melepaskan adalah sesuatu perkara yg agak menyakitkan lebih2 lg perkara itu dilakukan tanpa sepenuh kerelaan..............walaupun keputusan melepaskan itu adalah di tangan kita, tp kerana maruah dan rasa tercabar telah mempengaruhi keputusan yg sukar ini..............

aku yakin dan aku tak penah salah dlm membuat keputusan selama ini..........dan setiap yg aku buat semuanya kerana HATI..............tp kali ini aku cukup sedih dgn keputusan yg aku buat, demi rasa kepuasan dan rasa amarah aku turutkan kata HATI..........aku tak salahkan HATI tp aku agak kecewa dgn keputusan ini...........aku memilih utk melepaskan apa yg aku sayang, tp tidak sepenuh hati................tp apa lg jalan yg ada utk aku pilih.......................ya ada jalan, tp bagaimana dengan HATI............aku lebih sayang HATI aku dr yg lain2, tp jika HATI yang aku pilih sakit yg aku kena tanggung bukan semudah yg org rasa.................

tangga yg kita daki, terpaksa kita turuni satu persatu dgn bergitu mudah sekali, sedangkan masa kita mendaki tapak2 tangga itu bukan semudah 1 2 3.............dan kini aku memilih utk tidak meneruskan pendakian malah menuruni anak2 tangga itu dengan rasa sebak.........................aku sakit hati, aku kesal dan aku marah

aku tak mampu utk sembunyikan apa yg aku sedang rasa, lalu amarah ini telah merosakkan beberapa hubungan yg akrab menjadi tegang dan dingin...............tp aku tak de pilihan ...HATI aku sakit jadi apa yg di sekeliling terbakar sama.............utk elakkan lebih ramai yg terbakar aku tutup semua pintu agar api yg marak tidak menjadikan org sekeliling mangsa keadaan..............................

seminggu melalui saat2 kemurungan bukan semudah 123...tp aku berusaha utk mengatasinya....aku ingat aku kuat tp rupa2nya aku sgt lemah............aku cuba utk memaut pada lengan sesorg tp aku tak tahu siapa yg mampu membantu dan mendorong aku berdiri tegak semula....................

namun aku tak menyesal atas keputusan yg aku ambil dan aku yakin keputusan aku ini akan memberi ruang yg lbh baik utk aku terus mendaki kelak........................aku percaya kepada ketentuan dariNya..........pasti ada bahagian yg sedang menanti aku kelak................









tp dlm mengharungi detik2 yg sukar ini, entah kenapa berhari2 aku mimpikan dia.............dia yg penah aku harapkan, yg penah menjadi tempat aku bersandar dan berpaut.........kenapa aku mesti mimpi dia di saat ini............6thn tak cukup utk aku lupakan dia.............aku berusaha dgn sebaik mungkin dlm tempoh 6 thn ni tp kenapa masih muncul lg.................kenapa mesti saat ini dia masuk dlm mimpi aku..............adakah dia rasa kepayahan aku di saat ini..............dan saat ini entah kenapa semua perkara2 lalu bermain dlm benak fikiran aku..................aku rindu masa lalu, dan aku rindu saat2 itu......................kenapa aku mesti rasa semua ini di saat ini............................tak tak bertapa aku sedang menanggung kesakitan yg tak tau bagaimana utk aku ubatinya..........berikan lah aku kekuatan dan bantulah aku menghadapi semua ini....................dan kenapa saat ini dia yg ada dlm minda aku..........................tak cukup ke 6thn yg dah berlalu...rapuhnya aku pada soal hati, dan tewasnya aku pada diri sendiri....................

beratnya beban yg tergalas di bahu ni...........................dan aku tak tahu sampai bila beban ini akan ku tanggung......................................perlu ke 6thn lagi, atau 12 thn lagi..............dlm perkara ini terasa bodohnya HATI ini.................



ya allah beri aku kekuatan dlm memberi kebahagian pada diri aku sendiri.....dan bantu aku berdiri dengan megahnya di kemudian hari..................aku pohon padaMu

Sunday, August 15, 2010

hati yang di sakiti....................

mood yg sgt2 swingggggg............rasa marah yg membuak2....rasa nak nangis yg teramat2.................gelombang PMS rasanya...............tp keadaan sekeliling juga menambah isi rasa ini............dr pagi cuba mengawal kemarahan yg membuak di dalam dada, tp kerana ini bulan yg mulia, dan aku juga berpuasa aku byk kan beristifar dlm diri.............sungguh sepanjang aku bekerja hari ini mulut aku tak habis2 berkumat kumit beristifar demi mengelakkan rasa marah yg membakar dlm diri.......alhamdullilah aku mampu mengawal rasa itu, tp hingga saat ini aku masih rasa sakit hati yg teramat.................

aku geram bila tengok muka dia, aku geram bila pandang dia....tak tahu la kenapa..........huhuhuhuhu..beri aku kekuatan utk mengakhiri hari2 yg berbaki ini..............tabahkan hati ini  melupakan diri kau dlm ingatan ini...........

kerana diri aku bukan aku saat ini, emosi negetif terlalu memenuhi ruang diri...........masyallah bergitu sekali diri ini................hari ni ada dekat 23 misscall dr 6 org yg berbeza...tp sayangnya kerana ikutkan emosi yg entah apa2 hari ini, satu call pun aku tak angkat dr pagi td...............sbb aku tak nak salah sorg2 dr 6 org tu mendapat tempias dr ketidak warasan ku ini..............sbb aku kadang2 kala menempiaskan emosi ini pada org yg tidak sepatutnya.....................

my granny masih kat wad, td tak dapat nak jenguk dia...so just call dan cakap2 dengan dia............dia mintak aku dtg mlm ni tgk dia, tp mmg aku tak dapat nak penuhi permintaan dia...terasa ralat dlm hati sekarang ni, tp mmg aku tak dapat nak g hospital hari ini............................apa2 pun aku dah luangkan sedikit masa gan granny td borak2 gosip2 dlm telepon...........harap dia semakin sihat dan cepat sembuh.........

aku memangis membayangkan bertapa sakitnya hati aku ni...............aku menangis melepaskan keperitan rasa hati yg aku tak tau bagaimana rasanya, rasanya kau harus tahu, hati aku yg sakit ini.............sgt2 sakit tak tau kenapa dan mengapa...............emosi yg berkecamuk sgt2.........................kenapa nak rasa mcm ni

harap dapat bertahan.................dan lebih positif

ya allah kuatkan diri ini dalam menghadapi dugaan kehidupan ini..........mungkin kerana kelalaian aku , maka aku perlu hadapi semua ini.............

Friday, August 13, 2010

pada Mu aku berharap.................terimalah diri ini




terasa sayu dan sedih.............terasa terlalu byk dosa yg aku dah tanggung dlm kehidupan ini, tp masih tak mampu utk bertaubat dan bersujud kepadaNya.........aku selalu lalai, alpa dan lupa.......kenapa aku rasa mcm ni mlm ni mlm ni......aku tau aku makhluk allah yg lemah dan hanya dikelilingi oleh keindahan serta keasyikan duniawi.............

terasa takut menghadapi hari mendatang..tak tau kenapa...terasa sgt takut utk menghadapinya...........ya allah berikan aku kekuatan dan bantu aku menuju kejalan mu dgn tabah ya allah................aku perlukan sokongan dan keredhaanmu...bantu aku ya allah.....................

dalam beberapa bulan ni, kehidupan aku bercampur aduk, berselang seli, di kelilingi pelbagai, didekati segala mcm, dan di jauhi segala benda............terlalu byk smpi aku kaku, kelu dan rapuh dlm meneruskan perjalanan ini....................

aku senyum memperlihatkan kegembiraan hati ini, tp hakikatnya  hati aku suram dan sayu.......beberapa kali dlm bulan ini, aku gagal mengawal isi hati hingga memperlihatkan apa yg ada dlm hati ini ........tp aku dah cuba utk kawal cuma adakala aku tewas.................

aku perlu bimbingan dan sokongan...........tp aku tak pasti pada siapa aku harus berpaut pegang...........dan hari ini aku tewas dgn emosi yg tidak seimbang...............aku tewas dan tak mampu utk berdiri gagah seperti selalu......................dah beberapa hari emosi yg mengawal aku dan bukan akal...............di mana akal, kenapa kaku tanpa tindak balas...............jauhi aku dr emosi yg mampu merosakkan segalanya...........


ya allah lindungi aku dan terima penghambaan ku ini..................... walau hakikatnya dahulu aku sering melupakan mu.....
Related Posts with Thumbnails