Dia Adalah Dia

Dia Adalah Dia
indahnya ada cinta......sakitnya saat hilang cinta

Sunday, July 11, 2010

sekadar sebuah coretan biasa

lama tak berblogging..............bukan malas tp tiada mood menulis..

hari ni baru boleh mula bangun dr katil..klu tak terlantar berhari2....

nak berblogging tp tak de mood dan idea....tak ada kisah yg nak di sharing klu ada pun semua citer tak best....citer2 yg best tak ada lg...betul ke tak de??? atau aku yg tak tau bersyukur....................ermmm entah



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
fenomena dunia dah nak berakhir.....bola yg bulat itu dah smpi ke penghujung.............spain VS belanda...mana satu???????? bukan kita yg tentukan tp bola bulat itu............jika dia ingin bergolek di gawang belanda maka bersorak lak spain awal pg ni.............tp klu bola bulat itu ingin bergolek kegawang spain makanya bergema la sorakan jersy orange nnt......................so mlm ini penentunya, selepas itu tiada lg la MC yg memanjang di atas meja opis2 di malaysia ini....................

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sakit............citer pasal sakit...........ni la dia minah sakit ni sedang cuba menyehatkan diri dan berblogging............aku mmg la manusia yg tak tahan sakit............klu dlm keadaan sakit mmg la aku menangis....sbb aku mmg tak tahan sakit................dan org yg boleh tahan dgn sikap aku masa aku dlm kesakitan adalah ibu aku sorg...........time sakit mmg aku perlukan perhatian 100%.....adoiiiiiii susahkan nak jaga aku ni...................

seminggu sakit tp 3 hari  yg terlantar telah menyebabkan aku kehilangan 4kg........................woWWWWWW 4kg tu, tak perlu habiskan duit beribu2 utk turunkan berat badan................skrang ni terasa ramping sekejap............mmg tak de selera makan langsung...........nak makan tp tekak terasa pahit...........................

teringin nak minum air kelapa.........beli air kelapa
terasa nak makan jeruk, 3-4 paket jeruk di beli
terasa nak makan pelam muda, kak arey jolok 3 biji pelam muda kat depan umah dia...........
tp tak de pulak terasa nak makan nasi ke atau apa2 yg berat2..................

terasa syahdu lak bila my mum hari ini masakan semua makanan yg aku suka, demi membuka selera makan aku..................nak tak nak aku gagahkan juga diri utk makan.............

ikan masak asam pedas letak daun kesum
jering masak sambal kering
sambal tempoyak.........................

mmg 3 menu kat atas tu my fav.................................aku makan juga ckit tp semua rasa pahit

pastu teringin nak makan tembikai beli lak tembikai
teringin nak makan buah mata kucing beli lak, tp makannya tak byk mana pun.............................ni la perangai org sakitkan semua nak............tp bukan makan pun..........................

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya aku tahu kenapa aku sakit..........................aku terlalu byk fikir sampai aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya.............................


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, June 5, 2010

percutian adik beradik


1 jun – 4 jun 2010

Destinasi
·         Shah Alam – Kuala Lumpur – Cameron Highland – back to Johor Bahru

Yang memberikan rasa bahagia
·         Dapat melarikan diri dr kesibukan bilik office yg tak pernah surut2 gan kerja

·         Ber ‘dinner’ bersama kawan2 rapat semasa di UTM....sgt2 bahagia dan seronok

·         Bergambar2 sehingga memenuhkan memory card handset dan digital camera....sakan ke main sampai 612 pic

Yang boleh mendatangkan kemarahan
·         Dinner kat area Cameron : tunggu sehingga 1 jam 15minit (serius masa tu muka aku mmg dah benggang sgt2).........................nasib baik nasi goring USA, nasi paprika telur mata sedap rasanya, kecuali kiew tiau bandung yg ala2 tak menjadi)

·         My sis yg sibuk berSMS dlm kereta, bunyi keypad hset sgt2 menganggu ( tak tau mcm mana nak silent kan keypad tu bila aku dh mula bising )..........non stop berSMS dah la jalan cameron memeningkan kepala...

·         My big bro dah tau jalan area Cameron ber ‘S’ , ‘S’ , boleh lg sibuk nak berbalas SMS dan menjawab telefon.......

·         Sikap2 pemandu yg tak tau bersabar......termasuk la my big bro

·         Sebuah treller  BJU 44*9 nyaris menyebabkan kemalangan apabila menukar laluan dlm keadaan tidak selamat.............my big bro tekan hooonnnnnn panjang tanda protes

Yang menganggu mood
·         Accident kat cactus farm Cameron highland...persona dah parking cantik dtg wira dr arah depan sedang mengundurkan kereta terus bummmmmmmm persona....sejam dua gak berurusan utk ganti rugi...persona my big bro pecah no plat gan bumper.............kesannya claim around RM800-RM900



Yang memberikan perasaan suam suam kuku
·         My bog bro yg tak berapa nak mood sepanjang percutian (tak tau apa masalah)


·         Setiap 3-4 jam dapat call dr opis tanya itu, tanya ini..... ( klu nmpk dlm pic aku sedang pegang telefon tu , itu bukan lakonan ok....mmg tgh ada panggilan dr opis, tp tetap berposing)

·         Menuruni Cameron dlm keadaan kabus tebal di beberapa bahagian di sulami hujan sederhana lebat.

·         Jalan di Cameron highland mmg buat kepala pening dan rasa nak muntah....berliku

·         Kos petrol, penginapan, perbelanjaan semua mencecah RM800

·         Breakfast kat Heritage Hotel, biasa2 saja...................tak sesedap dan segah namanya


Yang  tidak akan di sukai dr dulu sampai sekarang
·         Perjalanan jarak jauh ..........................(aku takut naik kenderaan sebenarnya, mmg berdebar2 la sepanjang perjalanan)

·         Tgn aku terlebih kebas dr tangan org pegang staring kereta, sbb tangan aku dok pegang kejap kat pemegang tgn atas  tu..................kebas dan kejang

Yang mendatangkan perasaan tidak sabar2
·         Mengupload pic  

·         Strawberry yg sgt2 wangi .................boleh bayangkan bagaimana di kelilingi bau strawberry , sgt2 exited  tak sabar2 utk memetik  strawberry 


Yang mendatangkan kerugian
·         Key chain yg sgt istimewa ( sebulan yg lalu beli dr sorg remaja lelaki cina tetapi bisu semasa dia dtg ke meja makan di VIVO angsana ) dan key chain shark gold buy from aquaria KLCC ..kedua2 key chain ni aku gantung kat BLACKBERRY, masa turun dari kebun teh baru perasan dah tak de................. ;(

·         Kucewaaaaaaaaanya

Yang di jumpai sepanjang perjalanan
·         Rupa2nya byk juga kereta plat berpangkal P di KL..................org penang ramai ye yg bermastautin di KL tu...............selalu turun KL baru kali ni perasan

Yang bakal berlaku
·         Next holiday at PD or Langkawi.................coming soon

Sunday, May 30, 2010

serba serbi NEGETIF

hati rasa berdebar2 dah setengah jam, dgn tiba2...............tak tau kenapa...sgt2 berdebar2..apakah pertandanya....harap2 satu petanda yg baik2 sahaja utk kehidupan ini.........

tak cukup masa utk diri sendiri akhir2 ini..kerap berfikir yg tidak positif juga....ada feeling prajudis dgn tiba2....kurang selera makan...kenapa semuanya aura negetif...........dan sekarang hati masih berdebar2......

berfikiran negetif kerana semua unsur2 negetif di hidangkan depan mata serta di tadahkan utk halwa telinga..mcm mana tidak feeling negerif.............ada unsur berat sebelah di rasai dlm perbincangan yg berlaku....jadi segalanya menjadi negetif kini dlm fikiran dan emosi hati...

rasa prejudis, sukar di nyatakan..................tp itu yg di rasakan kini

kurang selera makan dah masuk 2 minggu....lalu mengakibatkan pembaziran.....beli A, kemudian makan sesuap rasa menolak A, masih terasa nak makan, tp tak tahu nak makan apa, lalu beli B pulak...makan dua suap, tekak dan emosi menolak pulak B...kemudian naluri ingin membeli C pulak...dapat C dah rasa aura penolakan itu, makan sesuap terus menolak utk suapan yg seterusnya......................ini la yg aku lalui dlm tempoh 2 minggu ini..............kenapa?? dan mengapa???? tak pasti dan tak tahu.......................stressssssssssssssssssssssssss..NANDOS yg sgt2 aku gemari pun aku tolak dr memasuki rongga rasa.............................

ya allah beri aku sedikit ketenangan dan kebaikkan utk diri ini ya allah.........................teras kusut dan kurang keyakinan diri beberapa hari ini.............................

Wednesday, May 26, 2010

aku pentingkan diri sendiri

aku sgt2 rasa marah tp tak dapat nak di luahkan...dan tak ada siapa yg akan paham apa yg aku lalui...kenapalah aku mudah sgt naik marah, akhir2 ini.........panas baran melampau2 , setiap kali cuba kawal tp tak mampu..keadaan terlalu memaksa dan mendesak...tak tahu kat mana silap, tp aku akan pastikan keputusan yg aku akan ambil, tidak akan aku ambil kisah ttg org2 sekeliling aku walau seorang pun....keputusan yg akan aku ambil ni hanya la utk diri aku sendiri...............aku dah tak mampu utk terus bergini.........aku akan jadi manusia yg pentingkan diri sendiri mulai hari ini................

aku tidak akan peduli sesiapa pun lepas ni, keputusan aku adalah demi diri aku sendiri.......ye aku buat keputusan berdasarkan emosi, tp aku nekad dan terlalu yakin dgn keputusan aku ni

Thursday, May 20, 2010

piala thomas


Piala Thomas


Ini memandangkan sudah terlalu lama rasanya piala itu terlepas dari tangan Pasukan Malaysia yang mana kali terakhir memenanginya ialah pada tahun 1992 juga ketika itu kebetulan Malaysia menjadi tuan rumah..kali ini terlepas lg............







Malaysia kalah lagi………..kalah , kalah dan kalah..ramai yg kata skuad Malaysia tidak bersungguh2, kalah dgn rela…..sebagai peminat piala Thomas, aku sgt2 nantikan sukan ini...2thn sekali kan…tp apakan daya, skuad china mmg terlalu ulung utk di tandingi…

Kita terlalu meletakkan harapan kepada chong wei, dan mengharapkan mata pertama dr chong wei, dan berharap mata pertama itu mampu menaikkan semangat pemain ke dua, ketiga dan seterusnya….tp kita sedar atau tidak usia chong wei???…….pada aku, datuk lee chong wei pemain terbaik Malaysia tetapi fikir pulak factor usia……..pada aku dalam usia chong wei kini, dia sudah tidak mampu menjadi pemangkin utama skuad badminton….kita perlukan pelapis utk hari ini…

tp apa yg kita nampak badan kesukanan Malaysia seakan tidak berusaha mencari pelapis terbaru skuad badminton….saban kali adanya pertandingan, pasti chong wei yg mengalas beban di bahu…..pada permain lain pulak, kemampuan mereka sekejap ada sekejap tidak….langsung tidak konsistan, mcm biskut..klu menang di anggap magic, klu kalah mmg dah si jangka awal2…jadi kenapa perlu senarikan nama permain yg sama utk kali ini….bagi permain baru kekalahan kali ini,adalah ilmu buat mereka…tp buat permain lama, kita dah tahu dari factor usia mereka jelas itu salah satu kelemahannya..jadi dlm tempoh 4 tahun yg lalu atau 2 tahun yg lalu kenapa tiada langsung pencarian bakat baru, kemudian semai ilmu2 pertandingan kepada mereka , beri pengalaman yg berguna, dan kemudian menjadi skuad piala Thomas di masa hadapan….ini tidak tiap kali pun senarai pemain adalah org yg sama………..dari segi kemampuan dah jelas kelihatan barisan skuad kita kali ini mmg tidak cukup gagah utk menghadapi skuad yg bertaring seperti Indonesia dan china….

Jadi bila kita akan ada skuad pelapis??? Jika di televisyen sibuk adanya program reality menyanyila, belakon la, cari jodoh la dan entah apa2 lg tu..tak salah bukan adakan pulak program reality mencari skuad pelapis badminton negara……..

Tiap kali tertewas, seakan merelakan di tewaskan….di kampung halaman sendiri, bayangkan………jika beraksi di tempat org pulak, factor sokongan yg kurang di jadikan isu kekalahan..tp kali ini dengar2nya rakyat Malaysia agak memenuhi ruang memberi sokongan tp tertewas juga…..adakah kali ini ingin membuat kenyataan jeritan penyokong Malaysia kurang kuat membuatkan skuad badminton kurang bersemangat?????? Jgn cari alasan kenapa kalah, tp cari sbb mengapa kalah……..setiap kali kita menanti sesuatu yg baik dr skuad badminton, tp kali ini kita sebagai peminat di hadihakan sesuatu yg mmg sudah kita jangka……….

Menang kalah adat bertanding, tetapi kalah dgn bermaruah akan lebih di hargai  berbanding seakan menyerah utk di kalahkan……….

aku tak tgk pun piala thomas kali ni, sbb sibuk gan kerjaya, tp ramai yg merungut skuad malaysia bukan di kalahkan dan menyerah kalah............... 




piala uber....................yg ni baik jgn komen, karang melalut smpi 30000 patah perkataan nnt.........

liya oh liya.....bangau oh bangau







Beberapa hari ni aku sedar ttg sesuatu perkara, beberapa hari ni aku agak sukar utk melelapkan mata, kadang2 tu smpi jam 2 pun aku tak dapat lelapkan mata lg….padahal mata dan badan dah terlalu letih utk terus berjaga………

Dan aku cuba cari pelbagai cara utk lelapkan mata dengan membaca, berinternet, dan mcm2 lagi…tp semuanya gagal……..tapi entah mengapa aku mula sedar yg andai aku mengalami situasi bergini, hanya dgn menyanyikan sebuah lagu utk aku, 15 kemudian ianya mampu utk melelapkan mata ini……….dan akhirnya aku mula sedar bahawa sebenarnya sebelum ini jika aku ada org nyanyikan aku lagu ni, pasti aku akan terlena……..pelik tp benar, ini yg aku alami sejak akhir2 ini, cuma aku tidak sedari……….dan bila aku mula sedari , baru aku tahu betapa susahnya hendak meminta org nyanyikan lagu ni saat mata tidak mampu terlena…….malu dan segan utk yg utama….tp nampaknya ada beberapa kawan yg agak memahami dan sudi mendodoikan aku dgn lagu yg entah apa2 ni……………………

Lawak sungguh, tp kenapa la mata ni mengada2 kan………..aku tak mampu utk mengawalnya………….pasti pada mereka yg sedang membaca ni, tertanya2 apakah lagu yg boleh membuatkan aku terlena dgn mudahnya…………..


















Mungkin aku agak tertekan dgn kehidupan kerja aku akhir2 ini, membuatkan fungsi badan aku berubah sama sekali……tapi tak kurang juga ,ada yg kata, sebenar2nya aku ni manja orgnya cuma kegarangan aku membuatkan org tak sedar aku sebenarnya seakan anak kecil, dan bila keadaan mendesak, ini lah yg berlaku……mengada2 dan mengada2…..entah la tak pasti……










 dan lagu yg dodoi yg mampu buat aku terlena adalah :










































Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus,
Mcm mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Mcm mana aku nak timbul
Rumput panjang sgt
Rumput panjang sgt

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang
Mcm mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Mcm mana nak makan rumput
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Mcm mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Mcm mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Mcm mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Mcm mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Mcm mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Mcm mana aku tak makan
Mmg makan aku
Mmg makan aku













Cukup sekadar serangkap dah mampu nak mengstim dan melenakan aku yg sedang dalam kesukaran melelapkan mata……………….klu dgr mcm merepek kan, tp hakikatnya itu yg berlaku…..tak tahu kenapa

Mujurlah akhir2 ni ada yg sudi menyanyikannya, tp sampai bila ye…

Aku kena settingkan semula fungsi badan aku yang semakin mengada2 ni, utk kesenangan masa hadapan…………apalah aku ni kan.....entah apa2

Malam td dapat lenakan diri dlm kul 2am selepas ada org nyanyikan lagu bangau oh bangau pada aku full series bukan rangkap2 ………………







Sgt2 merepek kan…………..tp itulah kebenaranya





Tapi kenapa mesti lagu bangau oh bangau ye……………aku pun tiada jawapan pada benda merepek ini………….

Wednesday, May 19, 2010

ilham imaginasi - hati menangis siapa tahu



KAU yang merubah segalanya.Kau sebenarnya yang mencuri hati hati ini Aku yang masih meratapi kehancuran cinta lalu yang tidak kesampaian. Apakah aku yang terburu-buru cuba melupakan peristiwa lalu atau mungkin aku mengharapkan cinta lalu.Gelora jiwa silam tak mudah terpadam, gelora kasih tak mungkin terluput kerana hatiku masih merantau jauh menjejaki dirimu dalam bayangan. Ku susuri jalanmu walau ranjau berliku, deraian airmata gugur dalam sujudku. Rindu mencengkam jiwa sebak dada tiada tertahan, hanya pada mu tuhan kuserah diri ini pohon cinta mu sesuci hakiki.Aku dikejutkan bersama ombak cinta luka. Perpisahan yang melanda hanya kerana peristiwa itu. Kiranya takdir mengizinkan ingin aku kembali pada mu.Usah la aku disalahkan terjadinya perpisahan ini kerana itu adalah suratan takdir. Tak ingin aku jatuh cinta lagi tapi takdir yang menentukan.


Benar kata pepatah, cinta itu buta. Perasaaan mencintai dan ingin dicintai tersemat dilubuk sanubari setiap insan yang bernafas di muka bumi ini. Zaman kanak-kanak Ria sering berkata ‘bodoh’ pada mereka yang hilang semangat, saat cinta mereka pada seseorang yang telah pergi sedangkan lelaki itu terbukti memberi cinta tanpa kejujuran dan keikhlasan. Namun kini perkataan ‘bodoh’ itu terpalit pada dirinya sendiri. Barulah dia mengerti dan memahami apa itu cinta dan mengapa ia menjadi buta di mata setiap pencinta.


“Ria oii, ko buat apa” lamunan dia terhenti dek segahan yang tiba-tiba dengan daun pintu bilik yang terkuak menampakkan isi perut dibalik pintu yang tertutup rapat sebelum itu.Pantas jari Ria mengesat baki titisan air mata yang melusuri pipinya. Hati kecil Ria mengomel geram, Si Zara ini kalau masuk main melulu aja,bukan tau nak ketuk ke atau beri salam selalu sangat macam ni. Pintu tu pun kalau ada nyawa rasanaya dah lama menanggung sakit jantung berlubang di buat ko.


“Emm, Zara kenapa?” jawap Ria dengan senyuman yang dibuat-buat walaupun perasaaan terkejut dan geram akibat tindakan Zara tadi masih bersisa di dalam diri. Sikap Zara yang keanak-anakan kadang kala membuatkanRia sedikit bosan takala emosinya tak menentu. Seperti hari ini tiba-tiba dia rasa kesunyian dan amat memerlukan perhatian dari seseorang yang amat diharapkan.


“Ko nak apa?”Tanya Ria sekali lagi dengan nada yang kasar.Tapi dia tahu Zara dah biasa dengan sikapnya yang sering angin pus pus.


“Aku lapar la, jom gi arked makan goring pisang, minum ABC.” Perasaan malas menjalar di dalam diri namun mudah aja Ria menuturkan kata


“Jom, 15 minit siap” Bergitulah mereka, Ria Aliya Hamdini Ahmad Azamudin dan Zara Zarina Muhammmad Amar sering ke mana sahaja bersama terutamanya ketika perut mereka menari tarian zapin atau keroncong. Lapar la tu namanya. Dan antara mereka sukar menyatakan ‘tidak’ jika salah seorang dari mereka meminta apa saja


“Ok, aku siap jap lagi aku datang” dentuman pintu bilik Ria berdentum sederhana kuat namun masih mampu membuatkan hati Ria sedikit berasap dengan tindakan Zara menutup pintu.Tapi apa boleh buat nak marah-marah dah tiga tahun setengah berkawan dan dia pun setia bertahan dengan sikap panas baran Ria yang sukar diramal dan dikawal seperti kata Auri Iskandar ‘Girl Bad Temper’ pada dirinya suatu masa dahulu.Senyuman kecil terukir dibibir Ria bila nama Auri Iskandar tercuit keluar dari memori yang tersimpan rapi dan terpatri dalam hatinya. Lelaki yang mengajar dia erti rindu dendam setelah hati sucinya tanpa pernah dihuni oleh mana-mana lelaki sehingga usia mencecah 20 tahun dilanggar dan dicuri lari oleh dia yang bernama Auri Iskandar. Lamunan Ria diragut rakus apabila si Zara muncul secara tiba-tiba di tingkap bilik sambil menjerit.


“oiiiiiiii, mak cik ko tak siap lagi kata 15 minit, berangan aja tak habis-habis” Walaupun kurang enak dengan sikap Zara tapi kerana menyedari kesilapannya yang mungkir janji Ria hanya tersenyum kambing dan sepantas kilat dia siap menyalin t-shirt hitam berkolar V dan sehelai jean EDWIN yang di terima sebagai ganjaran dari ayahnya kerana berjaya menjejak kaki ke universiti setelah cemerlang dalam peperikasaan SPM 1999.Inilah satu-satunya seluar jean yang paling mahal pernah dia miliki dengan harga RM 99.90 setelah tiga tahun ayahnya mula membina hidup baru setelah perniagaan yang diusahakan selama 19 tahun mengalami kegagalan. Ria sedar tahap kemampuan keluarganya kini tidak semewah dulu. Dengan sedikit bedak dia sapukan ke muka dan semburan perfume kegemarannya GURVEN BOURQUET aroma fantasy Ria pantas keluar mendapatkan Zara yang sedang menantu.

Setengsh jam menghabiskan masa minum petang di arked meranti Ria dan Zara melangkah pulang. Tiba-tiba wajah Ria yang ceria dan rancak berborak riang di samping Zara bertukar suram dengan sekelip mata apabila sebuah kereta honda putih bernumber plat BBB 8381 melintas laju dihadapannya. Hanya dia yang tahu mengapa dia mampu berubah dalam sekelip mata petang itu. Mungkin Zara bosan dengan anginnya yang sering bertukar-tukar sejak-sejak akhir ini. Tapi itu Ria langsung tak ambil peduli dan tak mungkin dia berkongsi cerita denagn Zara walaupun Zara tahu serba sedikit kisah-kisah silamnya bersama Auri Iskandar. Mengapa Ria tak mahu berkongsi semua cerita dengan Zara, biarlah hanya dia yang mengetahuinya. Selagi ada cinta di hati, selagi ada rindu yang membara, selagi ada airmata yang mengalir, kau tetap dihati, cinta mu tetap di sanubari walaupun semuanya telah jauh pergi.


Seperti pelajar-pelajar lain jadual harian Ria sentiasa padat dengan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, ulangkaji pelajar untuk menghadapi kuiz, ujian dan peperikasaan akhir.Itulah rutin harian semua mahasiswa yang asyik memburu kejayaan. Tapi bukan buru menggunakan senapang, pisau ataupun panah tetapi memburu dengan menggunakan otak kurniaan ilahi yang dianugerahkan sedikit kecerdikan oleh yang Esa. Ria bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan yang singkat ini untuk melalui dan merasai menjadi seorang yang bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia Skudai.


Selepas siap mandi dan solat maghrib Ria dan Zara makan malam dan tepat jam 9 mereka telah pun berada di atas kerusi di bilik masing-masing untuk menyiapkan tugasan Penilaian Statut. Semakin rancak lagu Jendela Hati nyanyian Erra Fazira yang berkumandang di Radio Era semakin rancak jari jemari runcing Ria menari mengikut arahannya di keyboard dan sepasang mata yang cantik ‘perasan’ melekap pandang di skrin computer untuk memastikan ayat yang di taip betul ejaanya.


Tit tit tit tit


bunyi pesanan ringkas SMS dari telefon bimbit Samsung memberhentikan jari jemarinya dari terus menari di papan keyboard. Pantas dia menekan butang yang sewajibnya untuk melihat siapa yang menghantar dan sekaligus membaca pesanan tersebut. Tapi hatinya mengharap ia dari orang yang di nanti-nanti.Mengapalah dia harus mengharap pada orang yang dah dia buang. Kadang-kadang dia pelik dengan dirinya sendiri.Tiba-tiba lemah seluruh anggota badan apabila nombor yang tertera di skrin.



017-4554528
AURI ISKANDAR
Apabila kotak pesanan SMS dibuka ……………….



Aloo…hai Ria how are you? apa mcm sekarang ok ke?lama tak dengar khabar.



Itulah pesanan yang tercatat. Harapannya menjadi kenyataan setelah sebulan perpisahan dan hubungan mereka setelah itu tengelam timbul. Antara hendak tak hendak untuk membalas akhirnya dia membiarkan menanti tanpa sebarang balasan SMS dari nya malam itu. Betapa dia mengharapkan Iskandar mengirimkan SMS pada dirinya selama ini tapi bila ia tertunai mengapa dia enggan membalasnya pula.


Selalu sikap Ria begini terlalu tinggi ego kewanitaannya mungkin. Ria tak mengeri dengan dirinya sendiri. Terlalu ego kah dia pada diri sendiri. Malam yang suram itu tugasan penilaian statut tertangguh apabila seluruh urat sendi nya lemah dan tak mampu untuk digerakkan. Sukar untuk digambarkan bertapa susahnya membawa diri yang kecewa kerana cinta. Mungkin pada siapa yang pernah melalui dapat merasai apa yang dialmai Ria kini.Terpadam nyalaan asmara yang pernah suatu masa dulu hangat membara. Satu ikatan percintaaan terputus jua diuji masa dan waktu. Kini berlalu langsung pudar dari jiwa. Bila mengenangkan airmata mengalir berjujuran menjadi teman setia kedukaan.

Akhirnya kakinya lemah melangkah ke katil dan tanpa arahan dari pengarah hebat seperti Datuk Yusof Haslam atau Aziz M Osman kotak fikiran Ria ligat berputar seolah-oleh dipasang VCD yang memaparkan kisah silam seorang gadis yang kecewa kerana cinta.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung
Related Posts with Thumbnails