hari ni rasa mcm nak ckp pasal perkahwinan dan penceraian...........entah tiba2 terasa nak ckp pasal hal ni mlm ni....mst akan ada org ckp liya ni kwin pun belum, pandai2 je nak tulis citer hal2 org dah kwin...hehehe, juz pandangan je ok, reality nye tanya pada sesiapa yg dah kwin ye...
.
.
bercinta mcm nak rak, tp bila kwin tak smpi 3-4 tahun dan mula dengar ura2 nak berpisah...inilah reality nye....bukan ke kwin tu atas dasar cinta, pilihan hati sendiri, tp kenapa bila dah bersama mula terasa tidak serasi la, tidak persefahaman la dan tidak2 sebagainya...masa cinta semuanya indah, kentut pun bau wangi (kata org la)...tak timbul pun rasa tak serasi...klu gaduh kejap je baik semula, tak terfikir lak nak break up ke apa ke...tp bila dah kwin , gaduh ckit dah mula ckp pasal ungkit-mengunkit, dah mula ckp pasal rasa tak puas hati lalu timbul istilah cerai dlm hati..........kenapa ?? mengapa??
.
.
sekadar pandangan dan andaian, so aku ingin tuliskan di sini ..ianya bukan sekadar pandangan semata2, tp juga dr pemerhatian aku selama ini....
.
.
pada pandangan aku adalah, penceraian ni berlaku apabila , seseorang itu tidak mahu mengakui kesalahan sendiri dan menjadikan alasan kelemahan pasangan sebagai punca penceraian.....
.
.
aku cuba gambarkan hubungan my mum gan my dad, yg aku perhatikan selama ini....jika di lihat dr luaran terlalu berbeza sikap dan perwatakan my mum and my dad. ibu aku lebih cepat mengalah dan mudah mesra.ayah pulak lbh panas baran dan bukan penyabar (mcm aku kan)....sikap utama adalah berbeza jauh sekali.....jadi terfikir aku kenapa la my mum gan my dad ni leh menjadi pasangan....asam garam berumah tanggakan ...ada pasang surut..aku pun kadang2 memerhati saja perjalanan dan perlayaran kehidupan berumah tangga ibu dan ayah aku.....(dan bila aku amati baru la aku tahu kenapa ibu dan ayah boleh bersama dr dulu hingga sekarang)..mereka sebenarnya sehati sejiwa...apa yang dapat aku huraikan adalah sikap utama mereka berbeza, tp sikap2 sampingan mereka adalah 100% sama)...kenapa aku kata sama, itu hanya aku saja la yg leh tau...tak kan aku nak citer kat sini kan..rahsia la..yg nyata FAKTOR UTAMA my mum seorg yg sangat memahami kelemahan dan kekurangan my dad....ok kita mulakan dgn contoh2 dan pandangan yg lbh jelas...
.
.
pada pandangan aku tercetusnya ilham penceraian ni adalah kerana apabila berlakunya perbezaan pendapat atau perbalahan, dan salah seorg tidak mahu mengalah, atau dalam bahasa senang ckp tak mengaku salah, bahasa lg kasar EGO...manusia ni selalu sgt membuat pernilaian ttg perkara yg jelas terlihat, dan kurang meneliti dan mengambil berat ttg perkara yg kecil2....sedangkan sebenarnya perkara yg kecil2 ni la yg menjadikan manusia tu lupa dan alpa......
.
.
contoh , ayah aku jenis yg suka sgt tolong org, kadang2 dlm keadaan susah pun, ayah aku tetap nak tolong org andai ada org yg dtg meminta tolong..........so dalam situasi yg kadang kala my mum rasa, kita sendiri tgh susah , why my dad still lg nak tolong org...ibu kata nak tolong org berpada2 la...so aku sebagai anak hanya melihat dan memerhati.........dan berhari2 la my mum sakit hati dan marah dengan perbuatan my ayah.....dan bila aku amati mmg la ayah aku ni suka sgt tolong org..walaupun dlm keadaan dia sendiri sebenarnya tiada kemampuan utk membantu, tp ayah tetap akan usahakan.....jadi ibu akan marah, bising dan membebel membebel dan membebel (ada org kata ni la sikap pempuan bila dah kwin, ye ke?)............tp adakala dan tanpa aku sedari dan kurang aku sedari, dan saat aku menyedari sebenarnya my mum pun ada sikap suka membantu org , kadang2 dia tgh susah pun, dia tetap nak tolong org..................jadi aku sering terfikir kenapa my mum suka bising2 atas apa yg my dad buat, tp sebenarnya ibu sendiri pun buat perkara tu...dan pernah aku tanya kan perihal ini pada ibu, dan ibu hanya tersenyum dan memberi jawapan (sebenarnya bukan jawapan tp alasan, hehheheh gumpat my mum ckit)...........jadi apa tujuan my mum bising atas perbuatan ayah, sedangkan ibu sendiri buat.......anda ada jawapannya bukan?????
.
.
jadi anda lihat apa punca berlakunya penceraian.....ada idea??? Ok aku teruskan hujah ye…......kadangkala suami isteri tidak sedar, akan kesalahan masing2...itu pandangan aku...bila berlaku sesuatu perkara salah satu pihak akan cuba mencari apa punca utama , dan bila jumpa....pihak tertuduh akan dihukum tanpa budi bicara yg sewajarnya....sedangkan klu di halusi punca pertelingkahan itu, pasti kita akan jumpa kedua2nya sebenarnya menyumbang kepada permasalahan................cuma pihak yg kononnya tidak bersalah, terlalu EGO utk mengakui punca pergaduhan itu juga dtgnya dari diri sendiri...
.
.
mereka menjadikan watak utama sebagai pesalah, sedangkan sebenarnya pelakon tambahan juga sama saja, cuma ada pihak tidak mahu mengakui....jadi pada pandangan aku punca penceraian itu dtgnya dr salah satu pihak apabila enggan melepaskan EGO yg bersarang di dlm hati...........
.
.
oleh itu punca tiada keseraian, tiada persefahaman sebenarnya tidak wujud sama sekali...........dan kita juga sedia maklum, setiap manusia tidak akan mengakui kelemahan diri, tetapi sering memperkatakan kelemahan org lain...sedangkan sebenarnya kelemahan itu pun ada pada diri sendiri...cuma EGO, lalu tidak mengakui..........
.
.
jadi bila memilih utk bercerai atau berpisah, pihak si isteri akan menyalahkan itu ini pada lelaki, dan pihak lelaki pun akan menyalahkan wanita itu ini juga....saling memperkatakan kelemahan dan kekurangan pasangan masing2...tp sebenarnya kalau di perhalusi dan memunasabah diri, aku yakin setiap kelemahan yg kita nampak pada pasangan kita, sebenarnya secara tidak langsung kita juga ada sikap itu...cuma kita tidak mahu mengakui sahaja, malah sengaja mengaburi penglihatan kita untuk melihat kelemahan yg ada dlm diri sendiri.........tp andai kita sedar sebenarnya kita juga ada kelemahan itu, pasti dlm hati kita akan berkata, walaupun aku mcm tu aku tak selalu buat, aku kadang2 je...tp dia hari2, selalu buat.......lalu kuar la ayat , dia lbh teruk dr aku, jadi aku salah ckit dia salah byk.............MAKA ITU, hari2 ke, kadang2 ke, selalu ke, jarang ke..yang nyata ap????a...........MEREKA sebenarnya serupa...jadi klu serupa kenapa tak leh terima perbuatan pasangan kita sedangkan kita pun buat mcm tu juga......then kenapa perlu bercerai atau berpisah..............then tanya la pada diri tu kenapa?
.
.
jadi andai kita cuba menerima kelemahan yg ada pada pasangan kita, aku yakin tidak akan timbul masalah tiada keserasian.......kerana kita memahami manusia ini tidak sempurna....dan diri sendiri pun tidak sempurna.......cuma masalahnya pada pandangan aku, utk memahami dan menerima kelemahan sesorg tu bukan la satu kerja mudah, TAPI susah dan payah tu...............jadi apa yg perlu adalah....KERJASAMA utk saling bantu membantu dan saling memahami.........jgn mudah menghukum pasangan kita, andai kita sendiri tidak sempurna....jadi ada byk lg jalan yg boleh di ikuti utk memperbaiki apa yg berlaku...penceraian adalah jalan terakhir dan kurang tepat utk di pilih.............kerana penceraian itu bersulamkan EGO....oleh itu turunkan EGO
…buang kan EGO……………
.
.
.
jadi andai kita cuba menerima kelemahan yg ada pada pasangan kita, aku yakin tidak akan timbul masalah tiada keserasian.......kerana kita memahami manusia ini tidak sempurna...........cuma masalahnya pada pandangan aku, utk memahami dan menerima kelemahan sesorg tu bukan la satu kerja mudah, susah dan payah tu...............jadi apa yg perlu adalah....KERJASAMA utk saling bantu membantu dan saling memahami.........jgn mudah menghukum pasangan kita, andai kita sendiri tidak sempurna....jadi ada byk lg jalan yg boleh di ikuti utk memperbaiki apa yg berlaku...penceraian adalah jalan terakhir dan kurang tepat utk di pilih.............kerana penceraian itu bersulamkan EGO....oleh itu turunkan EGO dan pilih jalan yg paling tepat……………….memahami kelemahan pasangan adalah jln yg paling mudah…dan memunasabah diri dan kelemahan diri sendiri…………...kita tidak perlu mengubah sikap atau kelemahan seseorang itu, tetapi cuba kita mempergunakan kelemahan dan sikap itu pada saat dan waktu yg sesuai saja…..sikap manusia mmg tidak mampu kita ubah, tp mampu kita tangani dgn akal fikiran..
.
.
sebenarnya perceraian tu bukan la berlaku kerana tiada persefahaman dan keserasian (andai tiada persefahaman dan keserasian kenapa dulu2 bercinta mcm nak rak, sampai langgar batu pun, batu kena marah kan), tp penceraian itu berlaku kerana salah satu pihak tidak dapat menerima kelemahan pasangan , dan secara tidak sedar pihak itu tidak mahu mengakui diri sendiri juga memiliki kelemahan itu……………….SO EGO ADALAH PUNCANYA PENCERAIAN …
.
.
hanya sekadar pandangan dan pendapat…esok lusa andai aku pula berumah tangga, aku pun tak pasti samada aku mampu atau tidak utk praktikkan apa yg aku nyatakan di atas itu……mengakui kelemahan sendiri tu mmg payah rasanya, tp klu mengata kelemahan org lain tu mmg mudah la sgt2 kan….tak caya?? Tepuk dada Tanya la diri tu sendiri……….anda ada jawapannya..